Tuesday, June 20, 2017

Discaj O&G

Assalamualaikum and hello people!!


Lama gila tak update blog. Ini memang gila-gila punya habuk sebenarnya. Last sekali update blog masa baru habis PTM bulan Disember tahun lepas. Sekarang ni almost setengah tahun dah kot tak update.


So memandangkan, I’ve just recently being ‘discharged’ from my very first posting yakni O&G, rasa nak share serba sedikit pengalaman yang tak seberapa.


Jadi first poster is never easy. Pertamanya sebab baru nak belajar cara bekerja, lepas tu nak kena belajar cara bekerja DENGAN BETUL, lepas tu nak adapt dari transition medical student kepada penjawat awam, daripada teori kepada praktikal, nak gain trust from MO (medical officer). Tak kira lagi kejutan budaya dari Ireland ke Malaysia nya. So, memang bukan senang. Tambah-tambah jadi first poster dalam department yang banyak risiko medico-legal nya, jadi faham-faham sahaja kalau MO (medical officer) jadi strict lebih dan banyak pantang larang dalam department O&G ni.





Mengenang kembali memori mula mula masuk department O&G ni, pada 21 Disember. Masuk dengan lagi 7 orang first poster generation housemen kontrak, luls. Nak adapt tu memang payah la, tambah kalau slow learner and bila time aku cam jadi blur kejap tu, memang sedap lah kena dengan MO kan, haha. Aku admit lah yang aku banyak buat silap, jadi rasanya itu jugak yang contribute kepada sebab kena extend dalam department yang aku sayangi ini.


Tak boleh nak dinafikan, nak pergi kerja tu memang tak motivated langsung ok. Dengan anxiety nak review patient, nak present case kat MO or specialist. Yang masih jadi medical students tu, polish la skill present case weyh, kalau tak, hangpa akan menyesal bila fikir kenapa present very badly time round dengan MO or specialist bila hangpa dah jadi housemen. I’ve learnt my lesson in a hard way. Plus, aku ingat lagi time aku rotation O&G kat Ireland dulu, memang banyak main-main and just for the sake of getting signed off je. Boleh score teori on papers, tapi belum tentu score bila dah masuk alam pekerjaan yang sebenar. Tak kira lagi kalau kena perli, “eh Ain ko Ireland bound kan, mesti la terror kan,”. Ada pulak, “eh rugilah government sponsor mahal-mahal hantar oversea kalau buat kerja macam ni,”.


To be seen as not so competent houseman, mencabar minda weyh. To be most of the time being rejected from entering emergency cases untuk caesarean section pun boleh bikin kecewa jugak. Satu benda lah yang aku fikir, kalau kau tak bagi peluang, then macamana housemen tu nak mahir untuk assist. And to be honest, after 4 months of O&G, baru lah muka aku masuk assist Caeserean section sebab masa tu yang had hebat-hebat assist dah gone going to their next posting.


Cerita kalau kerja dalam labour room pulak. Masa aku satu group dengan Sumaty and Hamidi, banyak depends kat Sumaty kalau tak dapat nak buat ARM (artificial ruptured of membrane) atau dalah Bahasa melayunya, pecahkan air ketuban patient. Tapi sejak jadi senior, aku push diri aku, nak taknak kena kasi pecah gak. Kalau groupmate aku tak dapat, aku kena kasi dapat jugak. Sebab kalau tak, nak kena panggil MO pulak. Bila dah kena nak panggil MO, boleh tercalar juga ke-competent-an aku sebagai houseman O&G yang lebih senior. And then zaman dulu, palpitation kot kalau nak pergi kerja labour room, sebab banyak benda yang unexpected. Patient high BP la, patient demam la, patient yang datang-datang, check check os full (jalan dah buka penuh) and etc etc. Tapi lama-lama sebab kita dah tahu apa nak kena buat, how to handle, boleh jadi chills and tenang sikit pergi kerja labour room.




And the after sedar kena extend, supposedly habis 20 April 2017, tapi 3 weeks before, I was being informed kena extend. And kalo O&G, kalo extend memang takde 2-3minggu ke sebulan ke apa. Memang-memang 2 bulan terus. Aku masih ingat lagi bila the other 6 of my first poster collegues habis O&G, sedih kot mengenangkan aku kena stuck dalam O&G lagi 2 bulan. Kiranya masa akhir Mac masuk ke bulan April, memang serius aku rasa macam miserable gila jadi houseman and rasa nak quit pun ada. I’ve cried almost every single night mengenangkan nasib. Tapi tahu je la, spesis ego kan. I just keep going. Buat muka macam takde perasaan je. Buat muka macam I’m fine to be extended. Btw, ego ni sejak zaman masuk MRSM Taiping lagi, rasa macam nak keluar asrama je, tapi sebab ego tu, tahan je sampai la dah fully adapt tinggal kan boarding school. So sometime ego ni kalau ada baiknya, kita perlu ada ego tu, hihi.




Ingat lagi kawan-kawan satu department yang berani tanya, “Ain, kau okay tak?”. Berani betul tanya hahaha. Lalu menjawab dengan gelak sempoi je la, “Ada ke orang okay kena extend? Tak okay pun, kena okay jugak lah,”. Gitu positifnya pada masa itu. Aku pun redha lah kena extend. Kalau nak MIA (missing in action) pun won’t change a thing. Aku bajet bajet, kehadiran aku perlu dalam O&G sebab masa tu ramai gila habis posting O&G, so yang tinggal senior first poster macam aku and Syazana. So, aku fikir, maybe ini peluang aku bak kata siapa #tamakpahala peluang untuk aku ajar housemen yang baru masuk posting O&G. Kadang-kadang tu rasa tak layak jugak nak ajar ke guide whatever sebab rasa “aku pun kena extend, nak ajar orang lain pulak”. Tapi aku percaya, apa yang kita tahu, yang kita yakin yang kita faham betul,  skill yang kita mahir, kita ajar and bantu and share dengan kawan-kawan lain. Kalau tengok dengan mata halus, dia macam rantaian pahala. Kalau kita ajar benda yang betul, nanti later on, dia akan ajar kat orang baru yang lain pulak, dan begitulah seterusnya.


Bila dah semakin lama dalam O&G ni, rapport pun dah much better dengan MO, sebab dah tahu macamana nak buat kerja dengan betul, kalau review patients, dah tahu apa MO nak tahu sebenarnya. Bila rapport dah okay, siap boleh sembang macam biasa je dengan MO, walhal dulu macam enemy hahaha. Bila rapport dah okay, MO pun okay je nak signed off logbook. Aku awal-awal dulu, rapport tak baik sangat, most probably sebab masa tu tak competent enough. And nak dapat signed off punya lah susah. Biasalah MO, mesti lah nak ada orang bawah dia yang dia boleh harapkan, yang dia boleh percaya untuk jaga patient kat ward and you boleh make their life easier…




Bab bab MO O&G, aku taknak komen. Tak kisah la MO kita tu macamana, we are the one yang handle our own selves.  Either kita nak ambil hati atau nak moved on, ataupun sometime kadang aku selalu cakap dalam hati, “malas nak layan” haha maksudnya takyah ambil hati. Kalau betul salah kita, kita admit. Kalau bukan salah kita, gunakan konsep malas nak layan tu. Bila malas nak layan, muka stone je la aku buat haha. Mulut MO is mulut MO. Kita jaga mulut sendiri sahaja gitu. MO kalau dah suka, kau buat salah, dia takkan make a big deal. Tapi kalau dia tak suka, benda simple pun jadi isu besar. So, berbaiklah dengan MO-MO (MOMO), life will be less miserable, I’ve told ya.


So, itu je lah nak share haha. Next masuk posting surgical. Dah berkarat kot surgery knowledge aku, nak kena stufyyy.


Sekian, doakan ku dalam doa mu k.


Wassalam..

5 comments:

Anonymous said...

Salam hi awak. Kita tengah consider nak minta HTAN so nak tanya sikit, hostel sana ok tak? Ada pro/cons duduk hostel?

Unknown said...

terispirasilaaaa! keep moving forward k.ain! u are one of my idol eventho we dont know each other huhuuuu, update la lagi bile dh hbis posting strusnye pulaks k i'm waiting! fighting k.ain, tidak ada jalan mudah menuju puncak kejayaan, kita sememangnya akan mnempuh beberapa jalan kesusahan and at the end of the day, kita akan pandang dan renung kembali kesusahan yg pernah kita alami dan tempuhi suatu ketika dahulu untuk kita berada sehingga ke puncak ini.
i pray to Allah hope u'll be a safe and competent doctor amin.
doakan saya jgk tau finals n pro dah nak dekattttt sgt dah tapi still macamni hmmmmmh ok assalamualaikum

Anonymous said...

Hi sis. I will be joining HTAN soon. I wanted seremban too but god had different plans i guess. Tapi i sedih cause my friends work in a general/state hospital and i end up getting myself into a district hospital. Some were like there wont be as much patients and etc. I did my practical years in one of the most busiest hospital in malaysia. So i feel sad a lil. Is it true that there are very much less patients and it is a very relaxed hospital?

Ninie said...

Baiklah...saya akan doakan kamu dalam doaku...kih3. mmg btul tu, nak kenal orang lagi kan...baru2 katakan. Dah la sambil2 kena observe...hehehe. btw...yang bab ARM tu, saya lagi kesian kt patient tu la sbb dia mesti lagi berdebar...kihkihkihkih. Good Luck Norain! Salam kenal.

Kepada kawan2 yg belum join giveaway COKLAT by Sii Nurul, boleh la ke link berikut:
https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

Unknown said...

Hi awak. Saya baru jumpa post ni. Lambat sikit. Saya bukan doktor. Tapi, patient yang kena stay lama dalam wad sbb masalah pp.
Bosan-bosan kat wad, saya suka perhati HO sampai diorg nervous. Saja menyakat. Haha.
Btw, nak bagitau. Saya sebagai patient saya faham HO ni masih dalam proses belajar. Tangan lebam2 kena cucuk amik darah 2-3 kali sebab x dapat urat tu perkara biasa la. Cuma saya nak nasihat, at least mesti ada interpersonal skill yang baik, especially dengan patients. Kalau dah terpaksa melebamkan tangan patient tu, cakap elok2 minta maaf. Jangan selamba je buat muka tanpa menunjukkan rasa bersalah ego punya pasal. Baru Terubat sikit hati patient bila fikirkan okay takpela kita nak bantu dia jadi doktor.
Kebanyakan HO bila nak review saya, terus masuk bilik terjah “okay?” Terpinga-pinga kita ni apa yang okay?
Especially HO lelaki please amalkan sedikit courtesy ketuk pintu bagi salam. Jangan terus terjah bilik selak langsir kita tengah selak baju sana sini.
Dan HO kena tunjuk konfiden depan patient. Jangan lemau je. Kalau patient tengok HO macam takut2, kita pun jadi x konfiden nak serahkan badan kita kat HO.
Kenapa saya cakap HO je? Bukan MO? Sebab dari pengalaman saya, yang MO ke atas ni biasanya ada good inter personal skills. Kita patient rasa selesa nak bercakap. Rasa dihormati dan jadi lebih yakin untuk serahkan badan kita nak kena cucuk sana selak sini.
Hehe jangan kecil hati ya HO HO sekalian. Saya faham youols penat dan stress. Just be confident and courteous. You sure can do it.
All the best of luck!