Friday, December 9, 2016

Post-PTM Rants

Assalamualaikum dan Salam 1Housemanship. Alhamdulillah, selesai sudah ber-PTM a.k.a Program Transformasi Negara. Kalau last week, dah tulis pasal pre-PTM rants, jadinya hari ni entry pasal post-PTM rants.


Seperti mana kita sedia maklum, kalau pergi kursus ni, cabaran bagi seorang introvert ialah untuk bersosial dengan orang lain dan mengelakkan awkward silence. Kiranya macam harus keluar dari comfort zone sebab nak kena make new friends gitu, haha. Kalau introvert sama introvert, both can appreciate comfortable silence tu, heh. Apa-apa pun alhamdulillah, the five days and four nights in Port Dickson, went well, not too bad laa in term of nak bersosial, first day is always the hardest sebab nak tukar switch introvert jadi ambivert haha.


Malam persembahan



So, nama pun program transformasi kan. Ada lah transformasi tu sedikit. Sebab before I went for PTM, cuak nak masuk housemanship tu tinggi jugak lah. Tapi setelah ber-PTM ni, level cuak tu dah berkurang sikit sebab dah boleh lebih menerima hakikat that I’m going to be a housemen in Hospital Kuala Pilah dalam beberapa hari lagi. Tambah pulak tidur pukul 1pagi, bangun pukul 6pagi. 5 jam je tido for the past four nights. And then the rest of the day, bak kata faci program, Duduk & Dengar je. Haha itu pun penat, wonder jugak masuk kerja long working hours, macamana pulak rasanya. But at least, time PTM ni dah warm up tido 5 jam je hahaha.


Pengisian ceramah banyak explain pasal tanggungjawab as penjawat awam, pasal gaji (lol tu je yang semangat haha), pasal cuti (pun semangat jugak tu) and perkara perkara lain jugak. Tapi actually ceramah yang paling best was by a psychologist, sebab menarik sangat pengisian dia. Briefly, beliau kaitkan personality dengan working environment. I think, most of my close friends pun tahu how obsess I am with personality thingy haha.


Bila kita lebih kenal diri kita ni macamana, so kita lebih tahu macamana nak handle sesuatu situasi tu. And bila kita kenal personaliti kita, kita tahu di mana kelebihan yang kita boleh gunakan dalam career kita, dan tahu kat mana kelemahan kita yang kita boleh baiki so that kerja kita jadi lebih baik. Bak kata psychologist tu lagi, “How you response to a situation, will make a big difference,”…


And paling rasa sadis tu sebab most penceramah pun quite surprise and simpati sebab kitorang ni first batch yang dilantik kontrak. Ye lah, semua orang nak kerja tetap kot, nak secure ada kerja, ada pendapatan hahah. So, bila jadi lantikan kontrak ni, definitely benefit dia tak sama sangatlah dengan lantikan tetap. Begitulah…. Tapi for now, jangan nak risau sangat pasal lantikan kontrak ke apa, kena focus apa yang ada depan mata dulu yakni complete housemanship dengan jayanya dulu.


And finally, dapat jugak jumpa ex-pengarah hospital Jelebu. Sebab masa pergi klinik gigi jelebu, ada pakcik kat klinik tu cakap dulu pengarah hospital Jelebu tu, orang Jelebu. Semangat kita kat Program jumpa orang Jelebu, tetiba dah bercita-cita nak jadi Pengarah Hospital haha, bagi chance la berangannn. Berangan kan percuma. Kalau tak hospital, klinik kesihatan pun jadi laaa. Haha.


Okaylah, itu je kot my rants for today. Overall, PTM best and transform la sikit sikit and kasi warm up sikit before masuk kerja. Berbeza sangat lah PTM dengan BTN masa before fly dulu, itu memang brainwash habis lah hahaha. Hopefully semua rakan-rakan se-PTM 109 orang tu semua tabah dah cekal lah menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang housemen.


Semoga selain dari aim kita nak complete housemanship training within two year period, kita juga pada masa yang sama, bak kata my favourite Cork super senior asyik duk pesan, ENJOY housemanship tu sendiri. Ambil peluang untuk belajar, belajar, belajar dan terus belajar… Eleh korang jugak dulu duk jaja nak ambik medicine sebab dia life-long learning process hahahaha. And then nanti kalau kerna keluar kerja awal even before subuh, semoga kita curik masa sebelum keluar rumah tu buat solat tahajud sebagai sumber kekuatan.


Kadang kita mungkin tak nampak mana kekuatannya, tapi insyaAllah percaya pada Allah, takkan sia-siakan permintaan hambaNya kan, mohon kekuatan dan kemudahan dari Allah s.w.t….And sama sama jaga and tengok-tengokkan rakan-rakan sehousemen kita. Kalau boleh sama sama bantu, sama sama masuk, sama sama habis housemanship gitu..ameen


Sekian, selamat berhousemanship! Wassalam.

1 comment:

Fatin Days said...

Good advise. Bila keluar dari comfort zone baru rasa diri growing kan, xlah stagnant :)

http://www.fatindays.com