Monday, September 26, 2016

What Does It Mean To Be An Adult?


Assalamualaikum wrt wbt.




Sejak masuk tahun 2016 ni, bila dah masuk umur 25 tahun, rasa macam dah tua sangat rasanya. Normal ke perasaan rasa tua ni? Tambah bila dah grad dari medschool May lepas, and then celebrate my 25th birthday last June, lagi lah rasa macam, ala dah kena jadi orang dewasa ke? Sebab selalu rasa nak acah-acah remaja yang dibawah tanggungan ibu bapa. Hehs. Bila guna term orang dewasa ni, apa yang saya maksudkan ialah sudah ada kemahiran dan ilmu untuk bekerja dan tidak bergantung kepada orang lain untuk menyara keperluan diri. 



Zaman sekolah/kolej/university, kita tak pernah belajar secara formal cabaran jadi orang dewasa. Mungkin jugak ada di antara kita, masa kanak-kanak atau remaja, rasa macam tak sabar nak dapat the so-called kebebasan hidup bila dah tamat sekolah/university ataupun ada thought seperti “Eh, seronoknya jadi orang besar, ada duit sendiri, ada kereta sendiri, boleh shopping sendiri, bebas nak pergi sana sini,”. 



Tapi, hakikatnya tak lah semudah itu. Transisi dari jadi seorang pelajar nak masuk ke alam pekerjaan, adalah dua dunia yang berbeza. Jadi student, elaun masuk macam biasa, takde nak fikir nak membanting tulang empat kerat ke apa, mungkin ada students yang kalau belajar kat Malaysia terpaksa buat bisnes masa belajar untuk sara diri di uni, yang ini respek sangat. 



Kalau dalam konteks pelajar medic, pergi hospital, kita masih belum perlu bertanggungjawab ke atas patients jagaan doktor team kita. Tapi kalau dah mula bekerja sebagai doktor, dah kena pikul tanggungjawab ke atas patients, tak boleh nak main main, kalau tak, tak berkat gaji yang kita dapat dan yang lebih kritikal, kecuaian kita mungkin membahayakan patients kita. Sama juga dengan pekerjaan lain. Dah ada tanggungjawab dan tak boleh nak sambil lewa seperti zaman bergelar pelajar.



I’m blessed with three elders sisters, thus adalah serba sedikit overview tentang alam kedewasaan ini, haha. Setakat ini, apa yang dapat dirumuskan, untuk survive dengan baik dalam cabaran menjadi dewasa, ada 3 perkara:



1. Pandai menguruskan kewangan
2. Pandai cari masa untuk keluarga
3. Belajar ilmu lain



That day, I asked my friend about do you get the gaji after three month of working, and she said yes. Ya, sebab selalunya kalau keje gomen, dapat gaji after 3 bulan. Pastu tetiba cuak, do I have enough saving to survive for the first 3 months? Sebab kalau boleh taknak lah menyusahkan mak ayah sangat. Cukuplah they have tanggung makan minum pakai and kereta sepanjang jadi penganggur ni and I don’t want to burden them too much. Haha pastu buat calculation, rasa macam insyaAllah boleh lah survive kot, lol. Kalau tak, kena menagih kasih kat mak ayah lah hehs.



So, in this case, dah nampak dah betapa pengurusan kewangan ni sangat penting. Zaman belajar kalau boros ke takpe lagi lah, ni kalau dah bekerja tak reti nak manage duit, it is a disaster! So, kalau lah ada adik adik yang tersesat baca blog akak ni yang rasa cam tazzabar jadi orang dewasa, di sini akak ada buat checklist nak kena spend from your future gaji. 



Tadaaa!



· Duit for parents
· Duit kereta bulanan
· Service kereta dan roadtax
· Duit minyak, tol, touchNgo
· Duit sewa rumah (if menyewa)
· Duit bulanan beli rumah (if beli rumah)
· Groceries rumah
· Bil air, elektrik, astro, handphone
· Takaful
· Duit mara (mara scholars)
· Saving tetap
· Duit tabung kecemasan – jatuh sakit, kereta rosak, aircond problem, pintu pagar rosak, paip air kena baiki, etc etc
· Personal shopping (HAHA, kena reward la atleast)
· Belanja makan harian (ie lunch)
· Nafkah isteri (for para suami budiman)



Ok ni tak campur bila dah ada anak-anak



· Susu
· Lampin
· Pakaian
· Nestum biskut etc
· Nursery
· Tadika
· Wang saku sekolah
· Takaful 
· Buku sekolah and etc keperluan sekolah



Ok tak tahu lah kalau ada lagi tambahan. But, when I list this down, I was like, scary nya nak jadi orang dewasa. So much commitments and responsibilities, hidup ini bukan permainan. Perlu serius!



Kalau compared dengan my batch zaman mrsm tepeng dengan batch KY, budak budak medik ni kira golongan paling lambat sekali lah masuk alam pekerjaan. Dulu-dulu rasa cam, eh jelesnya juniors dah kerja dulu dari seniors, or bila ada peers yang dah start earning their own money earlier than us. Tapi hakikatnya di sebalik pendapatan itu, banyak benda nak kena manage. 



Harapnya dengan pendedahan ‘exclusive’ how are you going to spend your gaji, dapatlah menyedarkan belia belia penganggur seperti diri ini, haha, untuk mula serius fikir tentang perancangan masa depan. Kena jugak buat pembacaan tentang financial management. Dengan ekonomi yang agak gawat, barang mahal etc, financial management is indeed very important. The key ideas, I guess, don’t ever compare your life with your colleagues or whatsoever. Berbelanja la ikut kemampuan masing-masing ye dop. 



More importantly, reminder for myself, jangan lupa sedekah, especially kat keluarga sendiri. And bila nak personal shopping tu, atleast beli something that you can invest in yourself. It can be you go travelling to gain new experience, to learn new culture, or you buy any good books to read to broaden your knowledge, or it can be you buy a treadmill so that you can just exercise at home, lol. Teringat idea idea ni lepas tengok satu episode Inspirasi HLive with Prof Muhaya sebab rumah dia ada gym sendiri. 



And plan masa. I am seriously don’t know what to expect the life as a houseman. Orang kata takde life, haha. But for sure, akan busy. Sedikit sebanyak, dulu-dulu selalu juga tweets jelesnya orang kerja office 8 to 5 pm, they have like a normal human being life, haha kenapalah belajar medik ye. Kan dah kena kerja long hours. Lol. Mohon bersyukur! Sebab tu in my previous post regarding my interview experience, I have high hope to be posted into Klinik Kesihatan for my MO-ship. Haha apa apa pon mohon buat housemanship dengan jayanya dulu ye kak. 



So, selain listkan about all those financial planning, kena fikir jugak how we want to achieve the so-called work-life balance… Yes, we future doctors will cakap busy busy busy, I have no time etc etc. Haha cliché sangat doktor ni suka claimed kerjaya dia je paling busy. Busy orang kerja lain tak kira pulak, heee. But the truth is, tak kisah lah apa apa jenis pekerjaan pun, busy macamana pun, you have to MAKE TIME. Make time for our family, especially our parents, they are getting older, they become more sensitive some more. Plus if you have a spouse and kids, then you can’t neglect them, still you have to express affection and play your responsibilities as best as you can. 



After all, if you spend your pendapatan and your time for the sake of Allah, insyaAllah ada barakahNya. Hidup ini penuh cabaran, tapi kita ada Allah, tempat kita berdoa agar segala urusan kita dipermudahkan…



Talking about belajar ilmu lain, sebab alam dewasa ni menuntut kita untuk celik bab kewangan, celik bab hartanah (especially bila first time nak beli rumah), celik hal ehwal rumahtangga, celik bab pendidikan dan psikologi anak-anak. Dan tak dilupakan sudah tentu as a Muslim, ilmu kerohanian agar tak tersasar dalam perjalanan menuju Tuhan. Kalau search dalam facebook, insyaAllah banyak je page yang berkualiti yang kita boleh timba sedikit sebanyak ilmu alang alang scrolling newsfeed FB. 



Orang cakap, it is easier said than done kan. Sama lah. Senang nak menulis dari nak membuatnya sendiri. Haha yang menulis nanti, lebih lebih lagi diuji. Apa-apa pun, dalam hidup kita ni memang takkan stagnant, akan sentiasa ada cabaran yang mendatang. Yang penting, percaya kepada pertolongan dari Tuhan..



Istanbul, Turki (Disember 2012)


Okaylah itu je...selamat menjadi dewasa!



Sekian, wassalam.

No comments: