Saturday, September 24, 2016

Tanda Orang Berakal

Assalamualaikum.


Pada hari Sabtu yang santai ni, saja lah nak share gems from buku HAMKA ni. Bait bait katanya sangat eye opener. Semoga kita semua dapat manfaatnya. 


Tanda Orang Berakal (petikan dari buku Falsafah Hidup oleh HAMKA)

1. Luas pandangannya kepada sesuatu yang menyakiti atau menyenangkan. Pandai memilih perkara yang memberi manfaat dan menjauhi yang akan menyakiti. Pandangannya luas, ditimbangnya sebelum dikerjakannya.

2. Selalu menaksir harga dirinya. Menaksir harga diri ialah dengan menilik hari-hari yang telah dilaluinya, adakah dipergunakan kepada perbuatan-perbuatan yang berguna, dari hari yang masih tinggal ke manakah pula digunakan.

3. Selalu mengingati kekurangannya. Dilihatnya kebaikan budi pekerti orang lain. Dipujinya di dalam hati dan ditimbulkan cita-cita hendak meniru, seraya diansurnya pula meneladan dari selangkah ke selangkah. 

4. Tidak berdukacita lantaran ada cita-citanya di dunia yang tidak sampai atau nikmat yang meninggalkannya. Jika rugi tidaklah cemas, dan jika berlaba tidaklah bangga. Kerana cemas merendahkan himmah dan bangga menghilangkan timbangan. 

5. Enggan menjauhi orang yang berakal. Kerana tanpa teman yang berakal, akan lemahlah dia, dan dengan bersama akan dapat dia membandingkan di mana kekurangannya dan kelebihannya.

6. Memandang besar segala kesalahan itu, walaupun bagaimana kecilnya di mata orang lain. Tidak ubahnya membiarkan kesalahan diri yang kecil itu dengan hikayat seorang nakhoda kapal yang membiarkan sekeping papan yang dimakan rayap termasuk di dalam dinding kapal, itulah kelak menyebabkan kapal karam.

7. Sedar bahawa di antara akal dan nafsu, atau antara fikiran dan hawa tidak ada persetujuan. Kehendak nafsu biasa manis di pangkal dan hambar hujungnya, dan kehendak akal pahit pangkal tetapi manis hujungnya.

8. Tidaklah berduka hati. Banyak duka mengaburkan akal.

9. Tidak ada tempat dia takut selain Tuhannya. Kalau timbul takutnya tiba-tiba, diselidikinya apa sebab dia takut. Dari salah, atau hanya dari rendah himmahnya.

10. Tidak lupa aib diri kerana orang yang lupa memandang aib dirinya sendiri, akan lupa kebaikan orang lain.

11. Berbantah dan bertukar fikiran dengan cukup alasan, berlawan dengan penuh kekuatan kerana dengan akallah tercapai hidup, dengan budi tenanglah hati, dengan fikiran, tercapai maksud, dengan ilmu ditaklukkan dunia. 

12. Pandai membandingkan yang belum ada dengan yang telah ada. Umurnya yang tinggal dibandingkannya dengan yang telah pergi. Orang berakal hidup buat masyarakat, bukan buat untuk dirinya sendiri. 



Kanturk, Ireland (February 2014)

No comments: