Friday, February 5, 2016

Tak-Bother-Dah-Nak-Counting-Days-To-Finals

Assalamualaikum.


Klik PLAY!




Dah Februari dah. Cepat sangat masa berlalu. Nak update blog pun tak sempat sebab tak tahu nak update apa. Lar ni pun baru je habis Geriatrics Rotation in Bantry. Overall, sangat awesome! Alhamdulillah.



So pejam celik, pejam celik, dah habis dah rotation ke-5 untuk final year ni. Tinggal lagi 2 rotations je. As for me, tinggal rotation Obstetrics&Gynaecology and Paediatrics. Lepas tu, finals! Cuak okay, sape tak cuak tu memang ada penyakit Anxiety Deficiency Disorder lah, hehs.



Okay without further mumbling and babbling, hari ni nak tulis pasal CHANTEK. Laa hipstur sangat ejaannya pun. Masa naik bas otw from Bantry back to Cork today, macam biasa lah menghayati keindahan, kehijauan bumi Ireland ni. Saujana mata melihat, gituu. And indeed, it was a very CHANTEK view. 



Bantry Bay



Dalam bas, rasa macam, lah penatnya nak back and forth ulang alik rotation away ni, lagi 6 minggu pulak tu. Rotation luar tu tak kisah pun hospital apa, tapi the journey itself is tiring though. Tetiba macam ter-reflect balik, mungkin Allah nak suruh aku rehat dalam bas kot and tenangkan fikiran musim musim stress macam ni dengan Allah bagi pemandangan yang hijau ni... 


Kita manusia, kita boleh merungut sebanyak mana kita nak. Tapi kita manusia, kita juga boleh usaha untuk carik yang positif dari setiap keadaan yang kita tak suka. 


Dalam setiap takdir yang Allah tetapkan, nak taknak, kita kena cuba bersangka baik, kena cuba lihat keindahan yang tersirat daripada keletihan/ketidaksukaan yang tersurat. Only then, kita akan jadi hamba yang bersyukur, jadi hamba yang boleh merasa kasih sayang Allah. Sadisnya hidup, kalau tak mampu rasa yang Allah sayang kita sebagai hambaNya, meskipun kita ni selalu buat dosa.


Kalau banyak orang fikir, falling in love with other human being is the best feeling, well, how about falling in love with The Creator of human being then? Lagi lagi lah best kan. Tapi sayangnya, tak ramai pun di antara kita usaha untuk cinta Allah sebetul-betulnya. Sebab kita terlalu sibuk kejar dunia.


View depan Doire Liath B&B



Being a medic student, boleh la bagi alasan, ohh aku study medic ni kerana Allah taala. But ye ker? Ke just jadi alasan penyedap di mulut kita jer? Cabaran jadi budak medic ni, sibuk study, sampai lupa rasa cinta kat Allah. Pagi-pagi keluar hospital, balik petang. Pastu nak study. Kadang-kadang letih kita itu buat kita rasa, oh I just want to get everything done! Solat ticked, baca al Quran ticked, etc etc ticked. Tapi penghayatan kita macamana? Mungkin lah orang lain menghayati je, mungkin it is just me, sometime we do thing just because kita nak tick, tick things we have to do routinely.


And yeah, sebab tu kena selalu perbaharui niat, for like every single day.... As for my opinion, 3 benda paling utama kena jaga: 

1. Niat
2. Solat
3. Doa 

Sebab kalau jaga 3 benda ni, hayati sungguh-sungguh 3 benda ni, insyaAllah yang lain pun terjaga, ie baca al-Quran tak miss, solat sunat tak miss, sedekah tak miss, etc etc.


2016 ni memang tahun yang mencabar, especially untuk budak budak final med. Bukan setakat beban nak prepare for finals, tapi jugak beban harapan dari sponsor, dari kaum keluarga, dan sebagainya. Kalau nak fikir cuak tu, Allahu Rabbi. Tapi sebagai seorang Muslim, yang perlu berusaha, perlu bertawakal, perlu berdoa, kena selalu remind diri kita, 


La haula wa la quwwata illa billah..
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)



Sebab memang betul pun. Kita ni, kalau tarik balik segala nikmat, kudrat, akal yang Dia pinjamkan ke kita ni, kita ni simply nothing je and hamba yang lemah. Sebab tu penyerahan dan pengharapan kepada Allah sangat penting. Dengan letak sepenuh penyerahan kepada Allah, hati kita akan menjadi tenang. It is like, I have done my best for my part with izin Allah, and now let Allah decide the rest. 





And yeah, final med ni memang journey yang penat. No one will deny this. Kadang rasa balik hospital, terus je nak kebabom tidur. Tapi fikir, tak study lagi, tak prepare esok punya case whatsoever typical medical students homework so. Tahan jugak lah mata, gigihkan juga hati. Nak ikut malas ni, boleh je, tapi sebab kata study medic kerana Allah, kena gagah jugak. Huhu. And remind jugak, takpe lah biar lah sampai Mei ni berpenat lelah, nanti dah grad Mei (ameen insyaAllah), ambik hang tanam anggur 8 bulan sebelum masuk housemanship. Kalau pregnant, sempat bersalin dah before jadi HO. Lels~



So, bila jumpa sesama kawan finalmed, its okay kalau kawan-kawan kita mengadu stress ke cuak ke, tanggungjawab kita, kita neutral kan semula.. Jangan kita pulak sama sama tambah stress and cuak kawan kita. Haha well kadang-kadang kita kena bajet tough, so that orang lain pon jadi kuat sama, although hati kita ni hati tisu. (Inilah antara cabaran sebagai seorang warden di sini, hehs)


Okay tu je laa k. Semoga terhibur.



Wassalam..

5 comments:

Hanis Amanina said...

satu batch ada berapa org total, ain? :)

Norain Ishak said...

Hanis, ada 200 hahah. batch kitorang ramai sebab kan ada yang twinning tapi end up yang twinning stay jugak utk 5tahun. gituu

Hanis Amanina said...

wow! malaysian majority eh?

Norain Ishak said...

Hanis,, Malaysian dalam 70 something je, the rest mostly Irish and ada ada 20 something budak Canada

aminah azhar said...

saye follow blog akk since zmn sekolah lagi,skrg dh fes year med.n ur blog inspire me a lot about medical student life lagi2 study oversea.how fast time flies since u're already in final year! all the best k.ain for your final examm n do pray for us too to pass this tough n long journey.

Allah yuftah 'alaiki.