Tuesday, March 1, 2016

The True Mark of Maturity is When....

Assalamualaikum...


It is March koranggg! Haha rasa macam baru je update blog last February and I'm using the similar phrase "..dah Februari...". 


I'm just came back from Clonmel after almost 4 weeks ObsGynae rotation in South Tipperary General Hospital. Alhamdulillah. Rasa happy sangat dapat balik Cork awal, sebab memang sangat longing for Cork. Bayangkanlah dah almost 6 minggu kot rotation luar, rindu katil kat rumah ni, bukan senang nak PJJ (perhubungan jarak jauh incase ada yang blurrr hewhew) dengan katil tersebut. Heh. So, bagi chance okay sister balik awal minggu ni. Heh.





Patutnya nak kena buat some homeworks dulu before nak update blog ni, tapi sebelum minat dan idea serta passion nak menulis ni hanyut dengan kemengantukan, sister update dulu okay. 


Masa dalam bas otw balik Cork tadi, macam biasa lah fikiran kan ikut sama melayang menghayati kehijauan bumi Shamrock. Dalam bermuhasabah dalam bas tu, terfikir pasal bab kematangan. Gituhaaa matang betul topik entry hari ni, haha.


Memikirkan usia yang bakal menginjak ke angka 25 pada Jun tahun ini (insyaAllah kalau panjang umur), terfikir pula, matang ke diri ini? So, hangpa, macamana hangpa define kan erti kematangan tu sendiri?


Orang kata, matang ni bergantung pada usia, makin tua, makin matang. Ye kerr, hahaha I doubt about this to be honest. Kematangan tu takde kena mengena dengan usia. I have encountered some people, umur dah lanjut, tapi hal remeh temeh pun tak mampu nak handle dengan baik. 


And then kalau hangpa google quotes about maturity hangpa akan jumpa ni...





Jadinya, setiap orang ada perspektif masing-masing dalam mendefiniskan apa itu kematangan sebenarnya. Okay sebab ni blog sister, jadi sister bagi pendapat sister je lah haha. 


For me, kematangan itu bila kita pilih apa yang perlu, dan tinggalkan benda benda uncertain, benda-benda yang tak pasti. I don't really know how to put my thought in words, haha harap sampai maknanya.


Contohnya, kematian itu benda yang pasti berlaku, sebab Allah dah mention dalam al-Quran banyak kali, kullu nafsin dzaikatul maut, tiap tiap jiwa yang hidup pasti akan merasai kematian. So, sebab mati ni benda yang pasti, maka preparation menghadapi mati tu pun kena buat, sebab mati ni benda memang pasti, dah tu kita tak tahu pun bila, dan tak tahu pun di bumi mana... huhu. 


Dalam hadis Nabi pun, Nabi bersabda, orang yang bijak antara orang beriman adalah orang yang mengingati mati dan mempersiapkan diri menghadapi kematian.. Moga-moga kita ni berusaha lah jadi orang yang bijak ni (selain pulun studyy nak kasi pass exam finals pheww)


Benda benda uncertain ni, contoh mudahnya pasal cinta ke jodoh ke. Berapa ramai stress pasal jodoh, tapi tak sedar, malaikat maut duk usha usha je dia? Whenever rasa peer pressure orang kahwin, cakap kat diri sendiri, kahwin tu belum tentu, mati tu pasti, dah tu nak duk melayan perasaan tu wat gapo? Lalu terasa diri sendiri.


So, jadinya, dengan adanya kematangan, kita tahu apa yang kita perlu buat. Kita memilih apa yang kita nak buat berdasarkan rasional dan berpaksikan iman, gituhaa. Dan 25 tahun insyaAllah, seharusnya bijak mengendalikan hal ehwal diri sendiri, baik fizikal, mental, emosi dan spiritual. Ok dah cam pakar motivasi pulop. Tapi, itulah hakikatnya..


Kalau kita merasa diri kita ni masih tak matang lagi walaupun angka dah makin banyak, berusahalah dengan lebih keras lagi!



Dari bab fizikal, berpakaianlah dengan matang, yakni pakaian yang sopan dan menutup aurat..


Dari bab mental, control your thoughts. Untuk yang jenis kuat berangan, bawa-bawa lah berangan ingat kepada Tuhan, dan berangan nak masuk Syurga, at least boleh usaha terjemahkan angan-angan tu dengan lebih ikhlas lagi beribadah kepada Allah s.w.t..


Dari bab emosi, jangan emo tak tentu pasal. Kalau ada orang buat kita rasa annoyed ke apa, kuncinya sabar je laa dan advice laa dengan profesional. Dan bawa bawa lah senyum depan cermin setiap pagi, bak kata Prof Muhaya, bersyukur bangun pagi muka tak herot dan masih mampu tersenyum, moga moga aura ceria sepanjang hari.


Dari bab spiritual, kala teringat, niatkan lah aktiviti aktiviti harian kita tu kerana nak cari keredhaan Allah. Sebab kita pun tak tahu, amalan mana lah yang Allah terima, sudahnya amalan pun tak banyak mana.. Sama sama didik ikhlas dalam hati tu.


And my other opinion, orang matang ni tak semestinya dia perlu nampak ataupun jadi serius setiap waktu, sebab orang matang yang sebenar tahu bila perlu jadi serius, bila perlu chills. Dan puncak kematangan ini ialah bila something happened, kita pause dan cuba berlapang dada. Contohnya, balik rumah lapor gils ni, sekali takde nasik, orang matang dia tak terus, weyh awat hang tak masak nasik, tapi dia ambik periuk, lalu dia masak nasik, hehe. Kematangan itu seiring dengan tindakan. It is all about self-controlled cemtu. 


Semoga dengan kematangan itu, hidup lebih bahagia dan orang lain pun bahagia sama, gituhaa. Life is short, jadi let us spread the happiness. :)


Okay laa, mohon doakan sister and my finalmed colleagues nak exam in 6 weeks. Cuak okayyy, tapi sebab nak jadi orang matang kan, benda yang pasti tu ialah ada exam, jadi kena prepare exam laa.


Sekian,, semoga bermanfaat!


pssst:  *Happy 7th Birthday dunianorain.blogspot.com on 18th Feb 2016*

No comments: