Friday, January 1, 2016

2015 : Apa Saya Dapat (ASDA)

Assalamualaikum wrt wbt.


Lagu tema hari ni, klik play sambil baca hoho




Alhamdulillah, sekali lagi kita semua dipanjangkan umur untuk melangkah ke tahun baru 2016. Takde apa yang berbeza, melainkan kita tulis tarikh instead of tahun 2-0-1-5 dan jadi 2-0-1-6. Sebenarnya takde lah azam azam tahun baru pun cuma mengharapkan barakah dari Allah s.w.t menyinari hari hari mendatang..


Untuk entry hari ni, just nak berkongsi "What are the life lessons that I learnt throughout 2015?"


1. Trust issues
Okay, sounds like macam ini problem, bukannya life lesson. Tapi nak cakapnya, jangan letak kepercayaan kepada orang 100%, tetapi letaklah kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. Hatta seseorang itu nampak baik macamana sekalipun, masih perlu berhati hati serta berfikiran rasional. Gituu. Jangan percaya blindly camtu lah maksudnya, ok.


2. Keep the spirit high
Ada masanya, sebagai orang yang ada lah sedikit fikrah Islam, fikrah mengenai kepentingan kita meneruskan sunnah terbesar Rasululullah s.a.w, ada masanya kita rasa nak masuk gua. Haaa, apa maksud masuk gua ni, maknanya macam nak slow down, nak lari dari kerja kerja dakwah dan tarbiyah. Ada masanya kita rasa, ok I got enough, after grad, I dont want to involve in these stuffs anymore. Jadi bila kita rasa macamni, don't let ourselves drawn into this kind of thinking. Kena SELALU reflect balik. For me, suka ingat quotes Buya Hamka, 

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”


3. Kasih sayang Allah sangat besar dan menakjubkan
Kita excited for something sebab that's what we are really looking for. Tapi Allah tak izinkan perkara itu berlaku. Kita sedih. Dan kita juga kecewa. Tapi, bila emosi kita tenang, bila kita berfikir menggunakan akal yang waras (suatu nikmat terbesar dari Allah) kita sedar, oh kalau Allah izinkam perkara tersebut berlaku, mungkin kita akan lebih jauh dari Islam, lebih jauh dari jalan dakwah dan tarbiyah. Dan dengan itu, kita bersyukur kerana Allah memberi takdir yang sangat indah untuk kebaikan kita sebagai hambaNya. Sebab dalam doa matsurat,

"Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu."


4. Pertolongan Allah
To be honest, masa exam final fourth year bulan lima last year, itu paling scary sekali. Rasa macam abes lah kalo kena repeat paper time autumn which is I want to avoid at all cost. Tapi alhamdulillah, nak kata effort dari sendiri tu takde lah sangat, banyaknya Allah yang tolong. Tolong pandu hati tulis jawapan yang betul, tolong lembutkan hati examiner...

Actually sampai bila bila pun, kena set dekat mind kita, kita ni hanya mampu usaha je, the rest terpulang kat kekuasaan Allah. Allah Maha Berkuasa atas setiap makhluk, jadi mintak dan mintak pada Dia, jangan malu dan segan sebab Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Masalahnya cuma kita je yang sombong tak nak minta.


5. Stay strong whatever life throws at you
People might see I look tough from the outside, due to the fact I might looks tegas or even looks happy sebab suka buat hambar jokes hahah tapi deep inside, macam jelly. Senang sangat terkoyak hati accidentally. Sometimes senang to be carried away with feelings and hence leads to other things like procrastination, eating disorder (lols). So, sebagai seorang pejuang, cehh, memang ada masa kita lemah dan lembik, tapi kena cepat bangkit. Although till today, I still couldnt find the hikmah, I'm still searching for it and may one fine day, finally I know it and say, yes I understood the hikmah now!




So itu sahaja about life lesson yang nak dishare nya, banyak lagi lah, tapi cukup la lima tu saja. Next, kalau orang tanya harapan 2016?


Macam orang orang lain jugak, nak jadi hamba yang lebih beriman, bertaqwa. Ini bukan masuk tahun baru je, tapi sepatutnya hari hari lah ye dopp. Cumanya nak pasakkan dalam jiwa ni, hari hari kena bangun dengan semangat seorang pejuang. So, kalo ada semangat pejuang ni, kena lah sungguh sungguh lawan kemalasan dan sebagainya..


Sebab 2016 ni tahun yang penting jugaklah. Nak grad May 2016, insyaAllah... Ni bukan sahaja harapan diri sendiri, tapi juga harapan family, harapan sponsors lagi. Allahu Allah, berat rasanya nak pikul.... Apa yang mampu ialah again, mintak kat Allah dikuatkan hati, diberi kudrat nak berusaha, dipermudahkan dalam peperiksaan semuanya... Dah rasa dah kemuncak final year ni huuuu, 100 hari lagi nak exammm gaiss!! Please, doakan semoga tabah..


And recently, di akhir akhir tahun 2015, boleh pulak ada seniors provoke about this baitul muslim stuffs and to be honest haha I'm allergic to hear the same thing again and over again about isi borang and whatsoever etc etc etc. And bila ada temen-temen bergurau senda tanya "azam cari jodoh 2016" sebab deme know since long time ago my goal for tahun 2016 nak kawen hahahaha. Tapi untuk jawab soalan ni, hanya mampu jawab "Allah lebih Maha Mengetahui,". 


I guess, when you feel  tired to find the right spouse, it is the time for you to be the right one. So, when Allah kata it is now the right time and there is already a right person, then at that time you will be more prepared rather than nak cuak bagai etc.


Dalam apa jua circumstances, husnudzon (bersangka baik) pada Allah. Jadi apa maksud husnudzon dengan Allah ialah:

1. Senantiasa taat pada Allah
2. Bersyukur apabila mendapatkan kenikmatan
3. Bersabar dan ikhlas apabila mendapat ujian dan cubaan
4. Yakin bahawa terdapat hikmah di sebalik segala kesukaran


Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,


أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah سبحانه وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya.

Mengenai makna hadits di atas, Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebahagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah سبحانه وتعالى akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah سبحانه وتعالى akan mengabulkan doa jika hamba meminta. Allah سبحانه وتعالى akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. Ulama lain berkata maknanya adalah berharap pada Allah سبحانه وتعالىdan meminta ampunannya.” (Syarh Muslim, 17 : 2)


Okay lah panjang lebar pulak. Overall, 2015 was a challenging year, full of emotions, staying strong and commitments. Semoga Allah mengampunkan dosa dosa yang kita yang lalu, sama ada kita sedar atau tidak sedar... Moga hari hari mendatang, Allah mengurniakan kepada kita rezeki yang penuh barakah, ameem ya Rabbal 'alamin..


Sekian, wassalam..

No comments: