Sunday, September 6, 2015

33 Weeks to Finals


Assalamualaikum..


Alhamdulillah, dah 2 minggu dah jadi final med students. And baru ni lah rasa nak update blog, last update pun masa before balik Cork balik. Makin tua, makin rasa takde ilham nak menulis, haha.


InsyaAllah finals exam lagi 33 minggu. Tapi tu lah, memang takdenya lah nak berehat-rehat ke apa sebab each rotation ada end of rotation punya exam, punya jobscopes, punya tasks. So, memang sekarang ni gear 5 terus lah bohh, takde nak warm up warm up ke, cukup-cukup dah cuaca warm warm kat Malaysia sana tu.


"Ma, kenapa makcu nangis ma?" - Thaqif
Thromback 22 Ogos 2015


Apa yang paling penting, kena kekalkan momentum, just keep going, jangan give up, keep on the hard work, strive for the best, pray and have faith in Allah. Tu je laa mampu. Sebab usaha mana pun kita, Allah jugak yang tentukan, sama ada kita ni mampu jawab dengan baik ke tak dalam exam.. Allah jugak yang tentukan masa long case, short case exam, kita dapat examiners yang murah markah ke tak, patients yang co-operate ke tak.. Itu semua rezeki Allah kalau Allah mudahkan kita cemerlang exam. So, the best things to do, pray for your friends, so that Allah will grant you the same thing as you wish for your friends as well..


Okay, itu cerita pasal life as a final year medical student. Pada usia 24 tahun, umur ni dah level cukup dewasa dah kot, ye dopp. Rasa cam baru je kakak kakak aku umur 24 tahun, laa ni turn aku pulak. Serius la, umur 24 tahun ni, aku rasa tua sangatt. Haha. Lagi rasa tua, bila junior kau yang lagi muda dah kahwin, takpun kawan kawan sebaya dah beranak sorang dah. And kita pulak, masihlah menghadap buku.


Cork City


Hidup ni, kalau kita nak ikut rentak orang, memang tak terikut lah. Just sebab orang lain kawen, maka kita pun rasa ala kita pon kena kawen jugak ni sebab ini memang zaman atau usia orang kawen. No-no. Semua orang ada fasa-fasa kehidupan sendiri. Jadi, paling penting kita tak perlu compare jalan hidup kita dengan jalan hidup orang lain. Rezeki masing-masing ye tak.


Dan masalah utama kita ni, selalu cari apa yang kita takde, tapi tak reti nak menghargai apa yang kita ada. Contohnya, kita sibuk nak melancong oversea, tapi duit tak cukup, padahal dalam negara pon tak habes jalan lagi. Contoh lain, kita sibuk kelam kabut nak cari pasangan hidup, tapi family kita pon kita tak cukup berbakti, lepas tu study kita pon tak dimantapkan lagi. Dan contoh-contoh lain. Pokok pangkalnya, jangan letak kebahagiaan kita kepada sesuatu, tapi kita laa create kebahagiaan tu. 


Sindrom 'meroyan' aku rasa ramai yang budak oversea guna untuk referring kepada orang yang tertekan bila peers ramai dah kawen. Aku pon termasuk juga la pernah mengalami sindrom tu, tapi sejak dah umur 24 tahun ni, macam dah lali pulak dapat jemputan walimah kawan-kawan ni. Sebab at one stage, kita dah tahu, apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup kita ni dan lebih memahami erti kehidupan ini. 

First time ever attending a close friend wedding, Nabeq & Acap

As for me, aku nak habiskan medschool, pastu buat housemanship, pastu nak buat MO-ship kat Klinik Kesihatan. Tapi tu lah soalan standard makcik-makcik. Hari tu masa aku pi kenduri kawen, jumpa jiran-jiran lama pun hai penat sis nak layan. "Bila nak makan nasik minyak yang ni?" "Bila majlis nya ni?" Haha. Daripada tak meroyan, tetiba meroyan time tu, HAHA. Aku percaya, jodoh tak datang bergolek untuk semua, dan perlu berusaha, baik dari memperbaiki diri dan jugak mencari kalau tak dicari. Jadi, tengoklah rezeki dari Allah macamana.


Sebab kita hanya mampu merancang je, Allah yang sebaik-baik perancang, Allah yang menentukan. To rush into something that is uncertain, takut-takut, Allah ambil nyawa kita dulu. Sebab mati itu pasti. So, kepada hangpa, sibuk mana pon kita dengan study kita ke, dengan kerja kita ke, jangan lupa solat cuba on time, baca al Quran everyday, sebab anytime je Allah boleh panggil kita jumpa Dia.


Itu je lah nak tulisnya, tak tahu la ada mesej yang hangpa dapat ke tak. Just my 2cents sebab memang takde ilham sangat pon, lols.


Oh ya, one more thing, sekarang aku sedang melancarkan hashtag #tweetmedik kat twitter. So in case kalo korang ada twitter, aku tak suruh follow pun la, tapi boleh la search hashtag #tweetmedik tu. Saje buat, so that time bosan bosan kat twitter, boleh la tengok balik apa yang penting. Contohnya




Oh ada request dari Cik Farah Adibah, my junior 3rd year yang macam comel, 



Antara tips tips nya:

1. Jaga solat, baca Al- Quran
2. Kalau plan nak jadi ibu, jangan lupa makan folic acid 0.4mg at least 12 weeks before conceive
3. Belajar tarbiyatul aulad sebagai persediaan tahu cara nak mendidik anak menjadi soleh solehah
4. Cari calon bapa yang beriman, berilmu, beramal, bertanggungjawab, rajin untuk anak itu


Tu je ok Cik Farah, anything boleh set appointments untuk further advices. =P


Okey lah tu je. Alang-alang tu, jangan lupa okay sedekah sedikit doa so that aku and kawan kawan lain grad on times next year. Tak sabor naa teman nak balik Malaysia..





Sekian, wassalam.

No comments: