Wednesday, August 19, 2015

Final Lap, Bertabahlah

Assalamualaikum.


Hari Rabu dah hari ni. My third last day at home sweet home, Kg Ulu Jelebu. Hari Jumaat dah nak kena turun KL. Lepas Isyak, gerak pergi KLIA. My flight pukul 2 pagi hari Sabtu tu.

Seperti tahun tahun sebelumnya, perasaan sayu menyelubungi hati ini. Sedih bohhh nak tinggalkan mak ayah, adik beradik, anak-anak buah. I'm a family-type person, memang aku jenis rela spend time dengan family dari pergi bersosial dengan kawan kawan. Aku boleh duk terperap dalam rumah dengan mak ayah. Sebab hobi memang suka duk kat rumah pun.

Tapi tu la, sekarang ni nak fikir positif je la. Aku cuba untuk "begin with the ends in the mind". Maknanya aku just nak imagine, bulan Mei 2016 tahun depan, aku dah grad, dah convo then aku balik Malaysia forever, and takde berjauhan dengan family dah. Tak lama lagi je, 9 bulan jerrr aku kena tempoh segala kesusahan ni, kalau aku dah tempoh 4 tahun yang begitu panjang dengan pertolongan Allah, insyaAllah these 9 months lefts, Allah akam bantu juga.

Haha. Tapi tu la, tak kisah la betapa positifnya nasihat kakak-kakak aku bagi, sayu tetap sayu. Budak-budak belajar jauh nun di benua sana ni je la tahu feeling sayu dia tu camne. Eh tipu, aku masa belajar kat MRSM Taiping dulu pon boleh tahan sayu diaaa, hahaha.

Nak balik kali ini, bukan nak kata sayu je, macam macam perasaan ada. So, kalau aku nak list kan kerisauan aku adalah seperti berikut..

1. Nak siapakn final year project - dengan nak analisa data, buat report semua, nak present research lagi
2. Clinical exam - oii sape yang tak cuak kena buat exam short case, long case depan examiners nak tengok kita ni capable ke nak jadi dokter
3. Kerja kerja luar akademik - tak tahu la mampu ke tak nak pikul tanggungjawab dengan baik, maka aku rela dibash kelak, huhu
4. Banyak gila nak kena study - budak medik ni, kalo takde faith, memang boleh mental aku cakap, dengan betapa banyaknya nak kena studynya tu
5. Tak nak repeat paper - aku kalo boleh nak seluruh batch malaysian grads on time and takde yang repeat paper autumn, insyaAllah mungkin tahun depan adalah tahunnya
6. Jodoh - no comments hahaha artis sangat jawapan aku haihh


So, nampak jelas dah lepas aku list semua ni. It is the matter of a very proper planning, insyaAllah semuanya okay. Tapi yang mencabar nya nak laksanakan plan ni lah ye dopp.


Gambar atas: first day sampai di bumi cork.. Gayat kauuu.

Jadi sebab tu, kena banyakkan doa... Ya Allah, berikan aku..

1. Kekuatan
2. Ketabahan
3. Kecekalan
4. Kesabaran
5. Kemudahan
6. Kemahiran
7. Daya ingatan
8. Kemurahan hati examiners
9. Kelapangan masa
10. Keberkatan


Ameen ya rabbal 'alamin...

Sebab kita ni, tanpa Allah, we are just nothing, hatta nak gerak tangan pon tak mampu.


Aku mohon doa doa ikhlas korang yang baca entry ni doakan aku dan kawan-kawan.

Huhu.


#TeamSayu
#roadtograduation2016


Wassalam....

No comments: