Friday, September 25, 2015

29 Weeks to Finals

Assalamualaikum...

Belanja satu lagu.




Akhirnya, berakhir sudah rotation TUTORIAL selama 4 minggu. Bukan nak cakap apa laa, rotation ni memang rileks jugak lah. Just ada case-based tutorial and then campur dengan anxiety buat intern skills training and emergency simulation training. Apa-apa pun, alhamdulillah.


Dan setiap rotation, masa minggu ke-4 akan ada exam. So, untuk yang tutorial block ni, just ada online assessment kena buat essay. Macam tadi kitorang dapat soalan,


"You have been given the role of Clinical director of a busy medical department. A number of prescription errors have occurred with serious consequences for the patients involved. Please outline steps that you would use to reduce drug errors in the future."


Masa jawab 20 minit je, pastu terus kena submit kat TurnItIn, otherwise nanti kena block tak boleh upload essays dah, hehe.


Pastu sembang santai dengan housemates terchenta, Tipah dengan Nasrah, diorang ada exam MCQ ObsGynae pagi tadi. Katanya susah jugak lah, soalan kemain details. Sampaikan clinical tutor tanya, "Is there anyone need tissue?". Lols! Pastu Farah pulak ada exam long case Surgery. Examiner dia memang well-known sangat lah kat Mercy Hospital tu, huhu. Gayanya macam quite tough jugak la examiner ni kat medical students. Hoho.


Inilah sebahagian kisah yang common kalau bersama sesama budak medik. Exam exam exam. Haaa tambah kat Cork ni, setiap 4 minggu je exam, setiap 4 minggu je exam. So, I could say it is like every 4 weeks, akan feeling down bila rasa tak cukup perform dalam exam. Tapi tu lah, memang tak boleh lari dari exam. As a student, apa yang kita kena buat, ialah, stay focus on our goals. Yang dah lepas tu kita tak boleh ubah. Yang kita boleh ubah our future. Sentiasa kena improve kan diri. Kalau rasa macam still underperform, then stay focus, stay strong and workout plan, how we can be better. 


But I can't denied the facts that to excel in medicine, it is all about

1. Study
2. Practise

And sometime you need,

3. Luck


Ataupun secara melayunya, nasib baik. Tapi kalau secara islami, macam rezeki Allah bagi lah. Rezeki Allah ni kan boleh datang dalam banyak bentuk. Salah satunya, kalau Allah mudahkan exam dengan case yang mudah, patients yang co-operate dan examiner yang murah hati bagi markah.


Apa-apa pon, kepada sahabat sahabat yang rasa down, keep the heads up. Our tough journey will end in about 8 months more, always remember, Allah always see us, knows what we feel, so mengadu lah pada Dia. Sebab mengadu pada manusia, memang boleh meredakan hati kita, but the moments kita mengadu pada Allah, dengan sepenuh hati, dengan air mata kita, then you know, Allah sahaja tempat kita bergantung harap...





And last Saturday, kan aku pi Dublin untuk short get-a-way yang aku really look forward sebab udara kat Cork ni penuh stress dah haha. And next rotation aku is MEDICINE. Haha aku mati-mati la ingat Medicine aku kat Mercy Hospital kat City, rupanya aku punya rotation kat Mallow General Hospital. Salah tengok punya pasal..Mallow ni jauh jugak lah. So, Ahad ni kiranya aku away sebab nak chup bilik single kat hospital.


Nampak tak, Allah kadang beri lebih apa yang kita minta, aku ingat dapat get-away pi Dublin sehari tu je laa. Tapi Allah bagi lebih, Allah bagi aku duk hospital jauh sikit dari Cork. Get-a-way 4 minggu terus Allah bagi. And then macam biasa the fourth week kat Mallow nanti ada long case. Haha. Turn aku pulak laa nak adrenaline rushhh.


Pastu cerita pasal final year project pon, boleh tahan lah anxious nya sebab nak kena sit down lagi dengan supervisor Encik Neonatologist sebab ada some more information yang aku tak extract lagi. Phew. Dengan aku rotation medicine jauh ni, haihhh memang menduga betul jiwa nak set up meetingnya, huhu. But luckily, satu benda aku suka pasal supervisor aku ni, memang dia jenis guide betul lah, layout betul-betul apa nak kena buat, and banyak bagi encouragement untuk siapkan dulu apa yang boleh siap, ie buat abstract yang due on 13th November and powerpoint presentation on 18th November.. So, lega hati sikit dia bagi advice camtu. 


And some "other stuffs" yang perlukan perhatian... Walaupon hati stone, haha kadang duk sorang dalam bilik pon boleh berjujuran air mata sebab there are so many things to do tapi depan orang bajet sado je laa hehe. Ye lah sebab apa apa susah camne pun, runsing mana, gelisah mana, anxious mana pun hati kita, again, get back to Allah.. And then kita akan dapat the calmness from Allah despite of the hardship we are facing with. 






So, smile! =)


"I know my life ain’t perfect
But I don't have to worry
‘Cause I've got all that I need
Right here in my, in my life
I know my life ain't perfect
But I like the way it's going
‘Cause I've got all that I need
Right here in my, in my life
Thank You for the good life, good life
Allah I want to thank You for the good life
I leave it all in Your hands, oh
Thank You for the good life, good life
Allah I want to thank You for the good life" - Harris J, Good Life

May Allah’s sakinah (calmness, tranquillity and reassurance) descend on us all. Ameen =)


Semoga Allah mudahkan urusan semua orang especially korang yang nampak la bosan sangat sebab sanggup baca bebelan ini. Yang ada faedah itu simpan, ok?

Sekian, wassalam.

No comments: