Monday, January 26, 2015

Decision-Making

Assalamualaikum,


Ya Allah sebulan dah tak update blog. Last update blog masa habis PUISI 2014. Pastu senyap dan senyap. Bukan tiada luahan rasa, cuma jari jemari seakan malas untuk menari-nari di atas papan kekunci. Gituu puitisnya, kan. Heh.


Fyi, saya sedang di minggu terakhir untuk rotation Mixed Surgery. Menariknya rotation ni sebab setiap minggu belajar benda baru. Jadinya, semakin banyak benda nak kena belajar, haha. Minggu pertama opthalmology. Minggu kedua dermatology. Minggu ketiga Anaesthetic. Dan sekarang minggu Surgical Specialties, and saya pilih Orthopaedics. Amboi manly sungguh pilihan. Hehs.


Fyi teman-teman lagi, insyaAllah lagi 15 minggu kami pelajar tahun 4 perubatan UCC akan menghadapi peperiksaan akhir kami. Malam tadi, saya sengaja meng-BOB-kan ahli usrah saya dengan peta minda di bawah. Saya BOB demi kebaikan sejagat. Memang cuak sangat ni memikirkan betapa banyak silibus yang perlu dicover dengan masa yang tak seberapa.


*BOB: buat orang bersalah




Tapi bila mana kita ditimpa kerisauan ke, kecuakan ke, berbaliklah semula kita kepada Pencipta. Kerana dengan izin-Nya, kita diberi ujian sebegini. Solusinya ialah, berusaha, berstrategi, berdoa, dan letakkan pengharapan serta pergantungan 100% kepada Allah. Kalau kita fikir macam ni, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban minda dan emosi kita yang asyik nak risau dan nak cuak belaka. Kita kan ada Dia.


Jadi hari ni, mengambil langkah berstrategi, maka saya pun memulakan proses mengulangkaji Medicine dengan topik Cardiovascular dulu. Bila came across mengenai Cardiac Catherization dan Stenting, lalu saya mencari video di youtube. Boleh klik link ni kalau berminat http://youtu.be/pWfGjNeUyo8


Apa yang tetiba saya dapat reflek selepas menonton video berkenaan, sebenarnya dalam kita menjadi doktor kepada masyarakat suatu hari nanti insyaAllah, kita perlu membuat decision making yang terbaik untuk pesakit pesakit kita. Kita sedia maklum bahawa setiap rawatan mahupun prosedur penyiasatan, ada kebaikan dan keburukannya. Jadi disinilah, kita seharusnya membuat suatu keputusan yang terbaik untuk pesakit kita.


Saya bukanlah alim ulama' tetapi saya merasakan secara tidak langsung kita mengaplikasikan konsep fiqh muwazanat (fiqh pertimbangan) dalam proses decision making dalam dunia perubatan sebenarnya.







Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi, terdapat 3 perkara yang utama dalam fiqh muwazanat ini. Antaranya ialah:


  • Pertembungan antara 2 maslahat(kebaikan)
  • Pertembungan antara 2 mudarat(keburukan)
  • pertembungan antara maslahat dan mudarat



Further reading sila cari sendiri.


And tertarik untuk relate fiqh muwazanat dengan 4 prinsip etika perubatan menurut Tom Beauchamp dan James Childress.



  • Respect for autonomy - the patient has the right to refuse or choose their treatment. (Voluntas aegroti suprema lex.)
  • Beneficence - a practitioner should act in the best interest of the patient. (Salus aegroti suprema lex.)
  • Non-maleficence - "first, do no harm" (primum non nocere).
  • Justice - concerns the distribution of scarce health resources, and the decision of who gets what treatment (fairness and equality).



Sebagai doktor Muslim, yang membezakan kita dengan doktor belum lagi Muslim, selepas kita decide sesuatu perkara bersama pesakit kita, berserah dan bertawakallah kepada Allah, moga-moga Allah memberi kemudahan dan keberkatan... Alangkah indahnya nikmat Islam~



source: englishbookgeorgia.com


So, itu sahaja yang nak dicoretkan. Haha tak tahu kenapa rasanya banyak ayat skema dalam entry hari ni, terima je lah okay.


Sekian, wassalam.

No comments: