Thursday, December 25, 2014

PUISI 2014: The New Dawn of Islamic Youth


Assalamualaikum wrt wbt..


Alhamdulillah, tahun ini diberi kesempatan sekali untuk menyertai PUISI 2014, yang kalau nak dikirakan PUISI kali ke-4. Tak tahu apa yang specialnya sangat pasal PUISI ni, sebab telah diperkenalkan dengan PUISI sejak Muslim Overseas Camp (MOC) KYUEM masa Julai 2011 sebelum fly ke Ireland lagi. So, insyaAllah, kalau umur panjang, nak lengkapkan 5 tahun di bumi bertuah Ireland ni, untuk ke PUISI 2015, ameen!










PUISI 2015?



Setiap tahun PUISI ada kelainannya yang tersendiri. Jadi, insyaAllah hari ni, saya berusaha lah untuk menaip "Apa Saya Dapat" dari PUISI 2014, so agak-agak rasa macam dah layu, boleh baca balik apa yang saya tulis ini, insyaAllah. Tapi reminder, apa yang saya tulis bukan lah exactly quoted from ustaz Ridha and ada juga tambahan-tambahan dari refleksi kepada diri sendiri. 





1. Latar belakang seseorang menentukan sikapnya

Teringat ustaz cakap, kalau seseorang tu jenis yang kuat tidur, mesti ada salah seorang antara ibubapanya yang jenis kuat tidur juga. And kita takyah nak tengok sikap orang and judge dia, "aa dia ni macam tu macam ni, mesti sebab parents dia macam tu macam ni lar tuh". Kita lihat pada diri kita sendiri. Kalau ada sikap yang kurang baik, janganlah pulak kita kata "nak buat macamana, dah dibesarkan macam ni,". Tapi tak semestinya kita tak boleh berubah ke arah yang lebih baik, kan? Susah itu susah, tapi bukan mustahil. 

Contohnya, masa slot Resolusi, ada satu kumpulan ni punya resolusi ialah "Be early, not punctual,". And diorang kata, kayu ukur dia mesti kena ada 5 orang tegur and kata, "Eh kau dah awal lah sekarang,". Haha ni memang kelakar, tapi ada kebenarannya.




2. Orang muda jangan gelojoh

Kita ni orang muda, haha memang sebenarnya kita ni jenis yang cepat untuk judge, ataupun memang gelojoh lah. Bila keluarnya sesuatu isu di media massa, kita ni tak menyempat-nyempat untuk memberi komentar sendiri sebelum membuat rujukan atau bacaan terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah kagum kepada pemuda yang tidak gelojoh.

Ar Rasul SAW bersabda: `Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak ada padanya sifat sobwah'.
 Martabat: Hadith ini disahihkan oleh Shaikh Nasirudin Al Bani dalam kitab silsilah al hadith as shahihah 
Apa itu sobwah? Dalam kamus bahasa Arab, sobwah mempunyai beberapa pengertian. Antaranya 
•Bersifat keanak-anakkan; tak mau jadi dewasa 
•Tidak suka memikul tanggungjawab; dan suka menghabiskan masa dengan perbuatan yang sia-sia 
•Tidak dapat kawal emosi dan darah mudanya; menimbulkan masalah dan akibatnya memberi kesan buruk pada diri sendiri dan orang lain. 
•Suka menarik perhatian orang lain dengan melakukan perkara yang baru untuk menunjukkan kejantanan dan keberaniannya.
Tatacara menangani sifat sobwah: 
•Usia remaja, jangan menutup diri 
•Melibatkan diri dengan syuyukh 
•Menziyarahi orang soleh dan ahli ibadah 
•Memilih sahabat yang soleh 
•Melatih diri dengan kerja-kerja bekerja, berusaha dan kemasyarakatan 
•Menanamkan muraqabatullah 
•Melakukan riyadah yang tarbawi 
Rujukan: Syarah hadith Arba’in Ruhiyah, ms 113

Ambil contoh mudah, perkataan kroni dan kronisme. Before ni, saya ingat maksud dia sama je, rupanya tidak. Kroni secara ringkasnya ialah memberi projek kepada orang yang ada kepentingan sekiranya layak. Kronisme ialah apa yang Islam haramkan kerana memberi projek kepada orang yang ada kepentingan sama ada layak atau tidak layak. 

Lihat sahaja khalifah selepas kewafatan Rasululullah s.a.w, Saidina Abu Bakar  dan Saidina Umar Al-Khattab merupakan bapa mertua Nabi. Saidina Uthman dan Saidina Ali pula merupakan menantu Nabi. Tetapi mereka layak untuk memegang jawatan sebagai khalifah semasa itu. 

Jadi, sebelum nak respon ke mana-mana isu, selidik dulu, buat bacaan terlebih dahulu, dan jangan mudah dimanipulasi berita yang kita tak pasti kesahihannya. 





3. Amanah dengan masa

Sebagai orang yang punctual (amboi riaknya, haha tapi boleh dapatkan confirmation dengan sahabat-sahabat terdekat), saya pun turut tertipu dalam satu game LDK ni. Briefly LDK ni suruh gunakan satu kertas dimana semua ahli dalam kumpulan kita dapat masuk dalam kertas ni. And ustaz bagi arahan, kata kena buat dalam tempoh 1 minit and lepas tu kena freeze. So rasanya semua kumpulan, dah lebih dari seminit pun, still tengah work on the paper and bertungkus-lumus nak masukkan ahli kumpulan.

Afterward, ustaz pun cakap dengan kitorang balik pasal rules and regulation game LDK tu and tentang masa. Haha, memang pappp kat dahi lah. Tapi itulah kita. Kita ni ye lah kalau nak kata punctual pun, tak bererti kita amanah dengan masa. Contohnya masa lapang, adakah kita dah gunakan masa lapang kita dengan sebaik-baiknya? Selain masalah tidak menepati janji, dan tidak menepati masa, masalah asas nya ialah kita ni tak concern pun mengenai masa.

Jadi, untuk jadi Muslim by value, sama-samalah kita jaga masa. Masa pergi usrah ke, masa pergi program ke, masa pergi kelas dan apa-apa sahaja. Dan jaga masa solat! Jangan sengaja-sengaja lewatkan waktu solat.


Credit to page PUISI



4. Agama ajar apa bila berbeza pandangan

Oh ya, yang menariknya PUISI 2014, adalah kerana involvement ustaz secara langsung dalam aktiviti LDK. Salah satunya dalam LDK Out of The Box, di mana setiap kumpulan diberikan sesuatu isu semasa seperti, program "I wanna touch a dog,", "Denda kepada peniaga di Kelantan yang tidak menutup aurat,", "mengharamkan SIS kerana berfahaman liberalisme dan pluralisme" dan lain-lain. 

Kita boleh belajar dan terus absorb, tapi bila berhadapan isu sebegini, kita keliru atau sukar untuk menentukan bagaimana cara kita untuk menguruskannya. So, dalam isu isu sedemikian, sudah pastinya ada perbezaan pandangan. 

  • Pertamanya, perlu untuk kita sedar, sebagai Muslim with value kita tiada hak untuk mencela pandangan orang lain. 
  • Keduanya, fahami substance, bukan sekadar nama. Contohnya, bila berbicara mengenai terma liberalisme, pluralisme, apa sebenarnya maksud term term ini, bukan sesuka hati melabel tanpa kefahaman yang betul. Therefore, seek first to understand. 
  • Ketiga, cari ruang untuk mendidik, memahamkan dan bukan memaksa.





5. Kalau percaya, pasti perlu ada reaksi

Isinya bermula bila ustaz minta setiap group LDK, lakarkan apa yang kami faham tentang Negara Islam. Ustaz adalah bagi contoh, seperti masjid selalunya di bahagian tengah dalam bandar. Tapi sebenarnya apa yang lebih nak ditekankan dalam LDK ni adalah about the substance, again about isinya, bukan sekadar structure sahaja. Salah faham kita, ohh asalkan ada banyak masjid, maka ini adalah negara Islam. Tapi sebenarnya yang lebih penting bila orang Islam mengamalkan nilai-nilai Islam itu sendiri. So jadi kita boleh buat reflection, adakah negara kita memang benar-benar negara Islam dan lihat diri kita, adakah kita sendiri memang mengamalkan Islam?


Dari Nukman bin Basyir, katanya…
"Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap."
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
"Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?"
Huzaifah radhiAllahu `anhu lalu segera menjawab.
"Aku hafaz akan khutbah Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam itu."
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah radhiAllahu `anhu, Rasulullah sollallu `alaihi wassalam telah bersabda:-
“Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ). Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) , dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian. Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam pun diam.” (Riwayat Ahmad, Bazzar, At Tabrani)

Andai kita percaya pada hadis ini, percaya bahawa zaman khalifah akan muncul kembali, yang kita tak tahu bila akan terjadi, tetapi oleh kerana kepercayaan kita, sudah pasti perlunya ada reaksi, Kalau percaya, mesti kita perlu buat sesuatu. Sumbanglah untuk Islam, harta, tenaga, fikiran, kepakaran untuk Islam. 


Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam”. (Hadis Riwayat Muttafaq ‘alaih)

Dan ustaz menambah lagi, kalo betul percaya kepada Allah dan Nabi, macamana kita sanggup mengata orang? Allahu Rabbi, moga ampunkan dosa-dosa kita yang lalu.... 

Hadis-hadis sebagai refleksi kita

Rasulullah ﷺ bersabda: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah سبحانه وتعالى  pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)

Rasulullah ﷺ bersabda: 
“Gunakanlah yang lima sebelum datang yang lima: Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa kosongmu sebelum datang masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.”(HR Al-Hakim; sanadnya shahih)





6. Kita semua adalah khalifah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"." (Surah Al-Baqarah ayat 30)

Kata ustaz, anda bukan ustaz, tapi anda faham agama, jadi sebarkan. Secara ringkasnya, kita semua adalah khalifah, dan tanggungjawab kita, tak kira lah apa jua bidang yang kita ceburi, always bring people to God. Contohnya, bila ada orang puji kita, especially dari orang yang not yet a Muslim, gunakan peluang itu untuk brings people to God. For example, "oh this is what Islam ask me to do so.." Jadi orang luar akan nampak, betapa cantiknya ajaran Islam itu sendiri.

Saya pula bila ustaz selalu sebut "bring people to God" rasa macam wow itulah tujuan hidup kita, sebab kita semua suatu hari nanti akan berjumpa dengan Tuhan, tapi kita nak jumpa Tuhan dengan bekalan secukupnya. Kita taknak kita seorang je yang ada bekalan, tapi nak semua orang jumpa Tuhan dengan bekalan secukupnya. So, let us!



Credit to page PUISI


7. Fahami konteks dalam cabaran mengamalkan syariah

Sebagai budak medik, memang bab bab ilmu Islam ni memang cetek, tapi itu bukanlah alasan untuk jadi ignorant atau malas nak ambil tahu.  Salah satu contoh yang ustaz bagi adalah berkaitan kes lelaki transgender yang kini boleh berpakaian wanita setelah lelaki lelaki terbabit disahkan oleh psychiatrist mereka yang mereka ni ada penyakit Gender Identity Disorder (GID) oleh dua orang psychiatrist yang not yet a muslim. Tak ingat macamana, tapi one of the point ustaz cakap, kalau boleh biar yang sahkan lelaki lelaki terbabit itu adalah doktor Muslim, kerana bila dia Muslim, dia jadi takut kepada dosa akibat daripada menipu.

Oleh itu ustaz pesan lagi, first, kita perlu memperkasakan nilai dan sikap, dengan menjadi ulama' islam yang rabbani. Maksud ulama' di sini dalam surah al Fathir ayat 28, 

".. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama' (orang-orang yang berilmu)."

Cuba-cubalah untuk sentiasa ingat 24 hours for God, 24 jam dengan nilai agama, Bila buat dosa, biar terasa besarnya dosa, bila solat, jadikan untuk kerehatan bagi kita, paling penting kena jaga hubungan dengan Allah.

Second, ustaz pesan kena belajar memahami maqasid syariah, includes al Quran, sunnah, fiqh dan usul. Memang banyak, tapi SEDAYA UPAYA lah kita.. And third, menguasai multi-disiplin ilmu.





8. Back to nature

Cakap pasal nature ni, bila ustaz bercerita tentang nature masa sampai kat puncak gunung Wicklow, teringat kat ayah. Sebab ayah memang suka lah this nature-nature stuffs, sebab tu before ayah retired, dah siap siap buat rumah kat kampung sebab memang nak duduk kampung, ada sungai, ada tempat nak menanam sebab ayah kata duk kampung ni rileks. Tenangnya kita bila dekat dengan nature, kerana alam berzikir kepada Tuhan. Kita bagaimana?

Ustaz berkongsi satu doa dari Nabi Yunus, bila mana terperangkap dalam perut ikan



Syahdu sangat bila ustaz baca ayat ini...refleks kembali kehidupan kita, dari zaman kita dari perut emak kita (walaupun kita tak ingat satu apa pun), tapi Allah izinkan kita keluar dari rahim mak kita, melihat dunia, ibu bapa kita membesarkan kita, reflek balik timeline kehidupan kita dari kita kecil sampailah kita di hari ini, betapa banyak kesilapan yang kita dah buat, Pujuklah hati untuk kembali pada Dia..






9. Kita bukan tak tahu, cuma tak mahu

Selepas slot resolusi, ustaz menguji kami dengan soalan, apa yang tak islamik nya tentang dewan yang kami duduki. So adalah yang come out dengan, beg tak tersusun, ada sampah tak berkutip dan tidak memenuhi tempat duduk hadapan. Kemudian ustaz tanya, apa solusinya? Jadi ada yang menjawab, susun macam tadi, kutip sampah dan penuhkan ruang hadapan. Kemudian ustaz tanya lagi, dah selesai ke?

Phew. Belum. Sebab kita semua belum buat apa solusi yang kita dah cadangkan! So inilah namanya, kita bukannya tak tahu, cuma tak mahu buat. Hehe. And after that baru lah kami kami bangun and start susun beg semula, kutip sampah yang kelihatan dan penuhkan ruang hadapan. Nampak mudah, tapi isu globalnya, ialah masalah ini, tahu tapi tak mahu.. 





10. Resolusi PUISI 2014 sehingga next PUISI

  • sedaya upaya untuk tidak tidur selepas solat Subuh
  • hafal surah as-sajadah
  • zikir ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Sebenarnya banyak lagi yang ustaz kongsikan tapi tak tahu nak elaborate macamana dan mungkin ada point-point yang terlepas pandang juga. Menariknya pendekatan ustaz, ustaz bukan sekadar memberi, tapi ustaz banyak mengajak kami untuk berfikir. Approach ustaz adalah untuk membetulkan cara fikir agar betul cara kita bertindak terhadap sesuatu perkara.



Last but not least, jazakumullahu khair kepada Ustaz Ridhauddin kerana telah sudi bermusafir beribu batu untuk berkongsi ilmu dengan kami, mendidik kami tentang banyak perkara dan juga kepada Team PUISI 2014 yang bertungkus lumus menjayakan PUISI 2014 untuk membawa kembali diri kita kepada Tuhan... 


Sekian, wassalam.



4 comments:

Anonymous said...

jazakallah khair Ain atas perkongsian

Anonymous said...

masyaAllah akk. bermanfaat. :)

Hanis Amanina said...

stylo ooo oooo program ada masuk hiking sekali :) maaf ain, teringin nak pergi tp masa tu ada daurah

Anonymous said...

terima kasih Ain atas perkongsian.

Menarik coretan ni.

Mohon doakan ust sekeluarga dalam kebaikan ye