Wednesday, December 17, 2014

Random Rants in Mid-December

Assalamualaikum wrt wbt..


Alhamdulillah, dah tamat pun 3rd rotation yakni psychiatry. Tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal psychiatry rotation, sebab nanti aku akan buat entry lain about that. Cuma nak update perkembangan terkini je, haha bajet retisss~


#1

Pertamanya, alhamdulillah akhirnya pagi ni baru dapat reply dari PPUM setelah sekian lama menunggu. Actually bukanlah penat menunggu, cuma curious sebab 2 rakan aku, yang apply kemudian dari aku dapat reply dulu dari aku which is aku rasa, why why? So, bila hari ni dah dapat, lega lah...





Start elektif on my birthday, haha nice sangat hari tu jugak aku belanja diri sendiri makan Secret Recipe kat dalam PPUM tu, hehs. Fyi, aku duk kat Jelebu, Negeri Sembilan, so hospital daerah yang ada is Hospital Jelebu laa, tapi hospital tu kecik je bohh. Nak buat kat Hospital Seremban, aku malas nak susahkan ayah aku untuk ulang-alik hantar and ambik aku. Aku pulak memang tak beranilah nak bawak kereta manual ayah pi Hospital Seremban yang memang susah gilaaa nak dapat parking. So, memang first choice aku nak buat kat PPUM, sebab kakak aku seorang accountant kat UM, sorang lagi senior exec kat UMCCed, yang memang dekat dengan PPUM pun, so everyday aku boleh pergi dengan kakak aku je. 

Plus, PPUM ni sangat dekat dengan hati aku. Sebabnya


  • Tempat kelahiran aku pada 15 Jun 1991
  • Tempat aku decide yang aku nak further medicine sebab masa aku habis SPM ayah selalu sakit and keluar masuk hospital. Tempat emergency tu takyah cakap laa kerap pergi time pagi pagi buat pukul 1-2 am camtu

And even sekarang pun ayah still buat follow up every 6 months kat PPUM. And tercetus lah minat nak further gastroenterologist... 


#2

Okey, itu cerita pasal PPUM. Now cerita pasal Final Year Project (FYP) aku pulak. Fyi, aku punya project in Neonatology. Walaupun sebenarnya aku takde lah fanatik sangat pun pasal neonates, cuma aku ingat lagi masa Prof Dempsey after bagi lecture awal sem hari tu dia kata, kalau ada sesiapa nak buat FYP in neonatology, boleh emel dia. I found that as very welcoming invitation untuk involve in neonatology. So, nak dipendekkan cerita, supervisor FYP aku ialah consultant neonatologist kat NICU (neonatal intensive care unit), CUMH.





Alhamdulillah, supervisor sangat helpful, and explain satu satu dekat aku so that aku faham thoroughly pasal FYP yang aku nak buat. Well, itulah function supervisor kan, maksud nya memang guide student tu betul-betul. I feel sorry for some of my friends yang ada supervisor yang tak properly explain the procedures. For me, bukan salah students laa lambat pick up or tak faham the plan, tapi sebab nama pun dah supervisor, you have to be super in guiding your students jugaklah. Tambahan pula yang memang takde background research experience. Sangat-sangat perlukan guidance...


Aku ingat lagi supervisor aku kata, better choose a project where you have interest in it, otherwise struggle untuk siapkan. Betul lah tu.. Sebab bayangkan aku dah check MRN sebanyak 567 babies tengok x-ray report. And ada beberapa baby tu bukannya ada 1 je report x-ray, banyak pulak tu sampai 9-10 gak tu. So, memang mata kena tangkas carik yang mana ada tulis there is bla bla right-sided, left-sided pneumothorax etc etc... It is a lot of work, and kalau tak minat, agak susah di situ. 


And aku takde lah minat gila pasal pneumothorax, tapi as time goes by tengok x-ray x-ray tu, develop interest jugak indirectly. And alhamdulillah dengan kudrat dari Allah, berjaya check untuk 3 tahun 2012,2013,2014 except nov and dis 2014 in 3 weeks. Alhamdulillah Allah beri kelapangan masa sebab aku tengah psychiatry rotation pun, yang tak busy sangat. Petang petang pergi NICU buat benda alah ni.


Setiap kesusahan, pasti adanya kemudahan! Percayalah!


#3

Hari ni babysit Qawiy, anak comel kak Izaida and Dr Fahmi. Cuak sebenarnya nak babysit Qawiy, sebab Qawiy masa dia kecik kecik, susah sikit nak strangers. Tapi hari ni dia sangat baik. Nangis sikit je, pujuk-pujuk, okey dah.






Haha. Ambik feel sikit camne lah kalau ada anak masa zaman belajar. That's must be very challenging though. Tapi aku tak lah, haha. Mungkin lah kalau sambung specialist nanti baru fikir macamana nak handle. For the time being, focus kat study dulu je laa yang mampu. Anyhow, tahniah sangat kat rakan-rakan atau senior-senior yang boleh manage jadi student and ibu at the same time, anda memang ohsem!


Okeylah, hari Jumaat ni ada exam Forenic Medicine, mohon doanya! Teruskan berusaha, teruskan meminta dari Dia =)


Sekian, wassalam

No comments: