Wednesday, December 3, 2014

I Lived

Assalamualaikum.


"Yeah, with every broken bone,
I swear I lived," - I Lived, OneRepublic


Disebabkan saya sekarang tengah rotation psychiatry, jadi hari ni nak bercerita mengenai depression. Kita selalu dengar orang mengadu, stress lahh, depress lahh.. Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan depression?



Haha ada gaya depression? Sejak belajar psych ni, suka naa nak self diagnosed, pagi pagi bila rasa low mood, I asked myself, am I having depression? Lulss. 



Kalo menurut ICD-10, ada 3 core symptoms untuk depression;


  1. Low mood (takde mood)
  2. Anhedonia (hilang minat buat something yang before ni kita enjoy buat)
  3. Lack of energy (rasa sangat letih)

Kalo symptoms ni menghantui selama 2 minggu, maka anda barangkali mempunyai depression. Dan depression ni adalah kategori dia, sama ada mild, moderate or severe. Antara symptoms lain ialah terjaga awal pagi, contohnya terjaga dua jam lebih awal dari waktu kebiasaannya kita bangun, tidak lena tidur, kurang selera makan, sedikit pelupa, sukar untuk fokus, rasa bersalah, rasa hopeless, rasa helpless.... Tapi yang bahayanya kalau ada symptoms seperti halusinasi, delusion ataupun keinginan untuk bunuh diri. Ni sangat sangat bahaya....


Disebabkan saya tak belajar psychiatry di Malaysia, jadi tak tahu lah sangat atmosphere psychiatry nya bagaimana. Tetapi kat sini, mental health memang betul betul orang jaga. Especially kalau orang yang ada depression ni, risk assessment penting laa untuk kita ensure yang dia takkan harm diri dia sendiri ataupun membuat cubaan bunuh diri.


OMG. Rasa kelakar pula nak translate english term tu layman term in bahasa melayu, Kuikui~


Jadi itulah serba sedikit mengenai depression. In term on treatment, first and foremost kita cuba bagi cognitive behavioural therapy, psychotherapy, tapi kalau still tak jalan, then kita cuba bagi antidepressant and kalau ada psychotic, kita tambah antipsychotic.


Tapi hari ni, apa yang aku nak cakap pasal depression ni, nak cuba relatekan kepada, kembalilah kepada Pencipta, kembalilah kepada Allah. Tapi sebab kat sini patients are not Muslim, so kadang-kadang susah sebenarnya nak handle...


Sebab kita sebagai orang Islam, kita tahu, bila kita depress ke stress ke, there's must be something wrong with our relationship with Allah s.w.t. Bila kita letakkan pengharapan kepada Allah, insyaAllah la kita jadi hamba yang redha. Walaupun ditimpa banyak mana masalah, banyak mana kesusahan, kita percaya yang Allah ada untuk membantu kita.


Tapi kalau kita takde faith to God, kita akan put all the blame on ourselves, we feel very guilty to ourselves. In fact as a Muslim, kita tahu bila kita salah, kita segara minta keampunan kepada Allah, minta kat Allah untuk guide kita ke jalan yang benar dan paling penting, tak putus harap dari rahmat Allah. Sebab rahmat Allah tu sangat sangat lah luas. Kita kena minta dari Allah.


So, kome nampak tak point yang saya cuba nak relatekan ni?


Belum pernah lagi chat with patients yang ada depression. Harapnya dapat peluang, so that boleh cerita how our faith affects our emotion, our behaviour and our thinking.


Kalau Aaron Beck cipta teknik Cognitive Behavioural Therapy (CBT) on how our thinking affect our behaviour and emotion, kita sebagai seorang Muslim, ada therapy have faith to Allah as it affect our emotion, thinking and behaviour.


When you feel down, jangan tunggu time solat fardhu baru nak solat. Solat sunat, minta Allah tenangkan hati. And banyak-banyakkan istighfar.... And imagine betapa syaitan sukaria melihat hamba Allah berputus harap dari Allah, maka kita, perlu kuat, percaya bahawa Allah ada untuk apa sahaja keadaan menimpa kita. Ingatlah, ujian Allah peluang untuk merebut pahala kesabaran..


Mulut senang cakap, tangan senang menaip, tapi nak buatnya bukan senang. Tapi usaha sedikit sedikit walaupun sukar. InsyaAllah.



No comments: