Thursday, November 20, 2014

Worry End Where Faith Begins

Assalamualaikum wrt wbt.


Okay hari ni takde lah nak cerita pasal medic stuffs. Cukup la tepu almost 2 weeks lecture 8 to 5pm almost everyday.


Hari ni, Dr Rizzo ada maklumkan untuk sesiapa yang nak ambil "Prescribing Safety Assessment", those yang intend to work in UK, kena ambil laa test ni. Last week ada satu slot lecture pasal ni, and aku rasa macam interesting jugaklah, so tadi just bagi je nama untuk ambik assessment ni. Tak tahu lah dapat ke tak sebab tempat limited. Kalau ada rezeki, ada lah.


So, bila cakap pasal nak ambil assessment ni, mungkin lah ada yang ingat, aku nak kerja kat UK ke. Tak berhajat pun nak kerja kat Ireland, apatah lagi nak kerja kat UK. Tapi hari ni, rasa terdetik pulak. Itu dia, terdetik~ Buat masa sekarang, just nak excel my final 2 years as medic student, grad 1st class honour (ameen) and tengok laa macamana perancangan kehidupan (ie housemanship malaysia or abroad, rumahtangga, beli rumah, beli kereta, etc




Tapi itulah, manusia ni mampu merancang je kan. Kadang, kita plan itu ini, tapi Allah lebih tahu apakah yang lebih baik sebenarnya untuk perjalanan hidup kita. Tetapi, janganlah sebab kita kata Allah sebaik-baik perancang, maka kita sambil lewa dalam kehidupan kita. Usaha tu perlu ada juga.
Dan pada masa yang sama, letakkan absolute pengharapan kepada Allah, never on manusia. Just, never~


Jangan letak harapan pada housemates,
Jangan letak harapan pada team mates,
Jangan letak harapan pada sahabat,
Jangan letak harapan pada spouse sekalipun....


Sebabnya, bila manusia tak fulfil harapan kita, maka kita sendiri yang rasa kecewa. Sedangkan kita lupa, letakkan harapan hanya pada Allah s.w.t.


Contohnya, kita perlukan bantuan sahabat kita untuk tolong kita buat sesuatu, letakkan harapan kita kepada Allah, mohon pada Allah agar Allah beri ruang untuk sahabat kita ni tolong kita.

Contoh lain, pada spouse. Kita letak pengharapan pada Allah, agar Allah jaga spouse kita, bukakan pintu hati dia untuk kebaikan, limpahkan kasih sayang, lembutkan hati.. Sebab kadangnya, kita expect spouse kita ni perfect segalanya, sedangkan kita pun tak sempurna mana.


Haha dah macam kaunselor tak berbayar kan. But itulah hakikat kehidupan. Percayalah, bila mana dalam setiap perkara, kita hanya solely hanya berserah pada Allah, that's where you will find peace, insyaAllah.



Dan point kedua untuk bicara hari ni ialah kesabaran. Sabar ni bukan dibibir. Sabar ni, dalam hati je. Sungguhnya sabar ni ujian bagi orang yang tergesa-gesa, orang yang tak suka uncertainties, orang yang mahu jawapan segera. 


Tetapi terlupa kita, yang kita ni hamba Dia sahaja. Belajarlah ambil hikmah. Meskipun dah ditemui hikmah, tapi masih rasa, kenapa yer, kenapa yer? Maka pasakkan lah sabar. Dan percayalah ganjaran untuk orang-orang yang sabar. Dan yang masih tak temui hikmah, tetaplah bersabar juga. Dan percayalah setiap keadaan itu ada yang terbaik yang Allah rancang untuk kita.



Dan nak relatekan point kedua ini, dengan point ketiga, melihat masalah sebagai batu loncatan menuju Dia. Ada orang bila ada masalah, ada yang pegi shopping therapy, ada yang eating therapy, tetapi therapy yang paling mujarab ialah, pulangkan semula hati kepada Allah. Jiwa tak tenang, sebabnya kita tak isi hati kita dengan cinta kepada Allah, tetapi lebih kepada cinta duniawi stuffs. 


Always remind pada diri, kita ni milik Allah, maka layaklah kita diuji Dia. Kalau dengar nasihat ustazah Norhafizah Musa, bila ditimpa ujian, ucapkan Alhamdulillah sambil tersenyum. Memang susah nak buat, tapi boleh buat, untuk ajar hati redha dengan ujian yang Allah beri kepada kita. 






Okaylah, rasanya itu sahaja point point bicara hari ni. Untuk konklusi:

1. Letakkan harapan 100% kepada Allah
2. Belajar bersabar
3. Gunakan masalah sebagai batu loncatan menuju Dia



Sekian, yang baik dari Allah, yang kurang, dari kelemahan diri sendiri.


Wassalam.



1 comment:

Hanis Amanina said...

thank you ainnn :)

hmm, bila ada masalah, aku biasanya cari nature. most of times, nature tu mmg bagi tazkirah paling berjaya la utk aku. hayati diorang tetap berzikir; ingat pada Allah sepanjang masa. T__T

go go fighting ain! dah start rasa nervous, aku layak ke tak nak jadi doktor ni T_T