Tuesday, November 4, 2014

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum..


Apa khabar semuanya? Diharapkan yang berpatah hati, dah terubat lah sikit ye. Takpe, slow slow pun takpe. Tiada kegembiraan yang selamanya, jadi sudah tentu tiada kesedihan selamanya juga, kan?



Hari ni, aku nak berbicara tentang topik yang, erm, kalau silap gaya boleh touching sangat ni. Yakni pasal emak kita. Ada orang panggil "mak", ada yang panggil "mama", ada yang panggil "ibu", "ummi", "mummy" dan sebagainya. Tapi kita tetap refer kepada orang yang sama, yakni seorang wanita hebat yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita di atas muka bumi ini. Alhamdulillah...





Kenapa tetiba aku nak menulis pasal emak, sekadar muhasabah kepada diri sendiri, especially anak muda remaja. Biasalah kita kan, especially yang tak kawen lagi, tambah lagi yang jenis ber-perasaan, kadang-kadang kita tak dapat deny, rasa dalam hati untuk kita sayang somebody (opposite gender). Tak kisah lah, nak panggil as secret admirer ke, crush ke, or whatsoever. Tapi, bila mana Allah beri petunjuk kepada kita, bahawa somebody tu bukan untuk kita, sedikit sebanyak, kita akan rasa sedih...


Dan kita terlupa seketika, kita mengejar somebody yang kita sayang, sampai terlupa orang yang memang betul-betul sayang kepada kita, yakni emak kita... Emak kita dah besarkan kita dari la tapak kaki kita seluas 2 jari, sekarang dah besar berjari-jari dah. Emak yang susukan kita, mandikan kita, pakaikan baju kita, masakkan makanan untuk kita, ajar kita mengaji, bila sakit emak yang siapkan ubat kita, dan macam macam lagi yang mak buat untuk kita... Terlalu-lalu banyak!


Jadi, kesalkan lah di hati sendiri, andainya selama ini kita berhajat pada somebody yang belum pasti, yang belum pernah ada bagi kebajikan pun kepada kita, walhal, emak kita dah buat macam-macam untuk kita, yang kita belum mampu pun nak balas, hanya doa kita panjatkan pada Ilahi agar kurniakan syurga tertinggi buat kedua ibu bapa kita...


Muhasabahlah wahai diri. Kita manusia yang tak lari dari berbuat kesilapan. Ambil lah hikmah dan berubahlah. 


Itu sahaja short update untuk hari ni. Call call lah mak anda selalu, they miss you more than you miss them! ita cuba menyayangi emak kita sepenuh hati? Sudahkah kita cuba menggembirakan hati mereka? Sudahkah kita menyebut-nyebut mereka dalam bait-bait doa kita?

2 comments:

Anonymous said...

Ain! Lama tak baca blog Ain hehehe, teringat those days waktu Ain suka tulis cerpen :)

-Hur

Norain Ishak said...

@Hur, hahaha sekarang dah kering idea dahhh =)) thanks sebab masih ingat blog ni