Tuesday, October 28, 2014

Nasihat Untuk Yang Patah Hati

Assalamualaikum..


Sorry lah yer, macam poyo je tajuk entry hari ni. Pertamanya, aku nak definisikan patah hati ni as you put high hope on something ke someone ke, tapi tup tup Allah takdirkan something dan someone tu bukanlah milik kita. So, paham yer apa maksud patah hati ni?


Manusia bila patah hati ni, macam macam lah ragamnya, ada yang murung, ada yang mengurung diri, ada yang nangis dan etc. Bagi aku, normal je laa nak rasa sedih, derr nama pun patah hati, nak suruh orang bersuka ria ke? So, just accept the fact, "Yes, I am feeling sad,". Kalau lelaki tak tahu lah, tapi selalunya perempuan ni bila beremosi, selalunya berjujuran lah air mata. Well, that is totally fine IF you just cry ONCE. Yes, sekali sudah, takyah nak bazir air mata banyak sangat, lols..


So, antara advice yang aku boleh bagi kepada orang yang menghadapi patah hati ialah:


1. Semuanya milik Allah

Kalau kita betul-betul menerima hakikat yang setiap perkara atas muka bumi ni hanyalah milik Allah, bila mana kita kehilangan barang ataupun manusia, kita dapat pujuk hati kita ni cepat-cepat. Sebab kita tahu, "oh dia ni or benda ni milik Allah, so kalau aku tak dapat pun, its okay lah sebab at the first place, dia tu or benda tu bukan aku punya pun....". Jadi didiklah rasa redha akan ketentuan Ilahi.. 

Well, redha ni cakap kat mulut memang lah senang, nak taip bagi advice kat orang suruh redha pun senang, heh, tapi tu lah.. Redha ni perbuatan hati, di mana kita dengan terbuka hati, dengan senang hati percaya segala apa yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik ketika itu. Allah yang tetapkan ni, Allah sebaik-baik perancang, takkan nak question lagi?



2. Allah love you more than you love Him

Bila kita ditimpa patah hati ni, faham je the feeling dia macam crushing chest pain gituhh haha. And kita bertanya, kenapa Allah tetapkan begini begini untuk kita? Terlupa kita, yang kita ni hamba Allah, maka selayaknya lah kita diuji Dia. Ada kala kita rasa, aku dah buat dah semua yang Allah suruh, tapi kenapa Allah beri ujian kepada hati? Aku bukanlah ustaz ke ustazah, but I do believe, sebab Allah nak kita tambah and tambah lagi cinta kita ni kepada Allah.

Yes, you did solat, solat sunat, read Al - Quran, wake up for tahajjud etc, tapi mungkinlah kualiti nya kurang ke, atau cinta kita kepada Allah sebenarnya tak cukup mendalam ke. Jadi ujian ujian yang Allah beri ni, supaya kita ni papppp sekali dapat muhasabah yang deep sikit. Kalau yang jenis asyik berangan, Allah bagi ujian, nak kasi "jentik" suruh ingat kat Dia.

Maka bersyukurlah kita atas ujian hati tersebut, sebab besarnya kasih sayang Allah kepada kita ni, tak usah nak cakap, sangat sangat besar. Janganlah kerana kita kehilangan sesuatu, makanya hati kita jadi tak keruan pula, sedangkan Allah memanggil-manggil kita, kembali untuk tanamkan rasa cinta kepada Dia. 



3. Allah give what you need, not what you want

Kalau kita request kat Allah something, dan kita tak dapat apa yang kita request, ingatlah, mesti Allah makbulkan request-request kita yang lain. Contohnya kita doa kat Allah, "Ya Allah, bila mana aku tergelincir dari jalan menuju-Mu, segeralah tarik aku kembali ke landasan yang benar menuju-Mu,". And then kita doa lagi, "Ya Allah, aku berhajat sangat dapat pegi disney land paris (contoh), maka sampaikan lah aku ke sana,". Nak ditakdirkan, memang tak dapat pegi disneyland, dan memang kononnya patah hati la kan, tapi kita terlupa barangkali Allah makbulkan doa kita yang first, yang di mana Allah nak tarik kita dari tergelincir dari jalan menuju Dia. 

Berbaik sangkalah dengan Allah. Allah sedang memberi kita yang terbaik.. Jadi senyum =)



So itu sahaja advice bagi kakak, abang, adik yang mengalami patah hati. Well, patah hati ni bukan boleh hilang sejam, dua jam, it takes time. Bak kata omputeh, time is the best healer... 


Jadi, moving on lah. Masyarakat memerlukan kita, yang student medik, kita perlu jadi doktor, yang student engineering, perlu la jadi engineer, dan etc. Jadi jangan berputus harap.. 


Setelah cakap or taip panjang lebar ni, satu je take home message dari aku, remember that, Allah loves you~


Nak dedikasi lagu untuk hati hati yang patah hati. Hehs =P


PLAY!


Last shot

Happy Ending



Sekian, wassalam :')


p/s: we meet people for a reason, either they are a blessing, or a lesson.. thank you, because Allah teach me a lesson through you (haha macam pelik je english aku ni.. hehs)

No comments: