Saturday, October 18, 2014

Be Positive, Patient & Persistent

Assalamualaikum.



Kalau siapa yang ada baca entry masa hari Rabu lepas, mesti tahu lah yang saya membebel pasal kekecewaan and how to deal with it. Especially rasa macam "blerghh" je rotation paeds. Hari Khamis, cuba untuk apply. And masa hari Jumaat semalam, wahhh rasa macam semangat duk kat children ward. Feel so proactive and energetic!


Masalah yang datang, meminta kita untuk selesaikan, dan bukannya untuk kita lari. Be aware of what you feel, of what you think, and try sort out macamana nak handle all those kesusahan yang menimpa. Dan terapi yang paling penting sekali ialah SABAR!


Darwisy makin gemokk dah. K sabar ye dak awisy nak menempuh cabaran tangga tu. Haha. Huhu rindunya anak2 buah sekalian :'(



Ada masanya kita mudah untuk jumpa jalan keluar, ada masanya macam main dalam maze untuk jumpa jalan keluar kepada masalah kita, sebab tu kena sabar dan sabar. Allah s.w.t pun dah berfirman dalam Al-Quran,


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang  khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah 2:45-46)



Jangan bila nak tunggu musim exam, ataupun bila ada ahli keluarga sakit tenat, baru kita nak buat solat sunat hajat. Solat sunat hajat ni, tak kisah besar atau kecik mana pun masalah, kita boleh buat. Sebab kita ni manusia lemah je, apa apa pun pergantungan ke Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dari Dia yakni Allah s.w.t. Put your trust and tawakal to Allah. InsyaAllah, hati lebih tenang.



The reason why sometimes, bila kita ada isu, hati kita jadi resah, sebab kita terlupa nak letak pengharapan dan pergantungan kepada Allah, bahawa Allah yang akan membantu memberi jalan keluar. Allah berfirman lagi,


"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku" (Al-Baqarah 2:152)



Bagi saya, ayat ni just, subhanAllah. Kita ingat Allah and Allah ingat kita kot. Macam saya pernah baca kat page Champak kat FB, "kita ingat pada manusia, manusia belum tentu ingat kepada kita..tapi Allah, Pencipta kita, yang memberi rezeki, bila kita ingat Dia, Dia ingat ke kita," MasyaAllah the feeling~



And kita hidup kat dunia ni bukan berseorangan. Bak kata Dato Duta, kita kena bersolidariti. Maksudnya kena bersatu. Nak buat sesuatu kerja ni, memang tak boleh nak buat seorang-seorang. Kena buat sama-sama. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, kita saling top up menopup kekurangan masing-masing. Jadi, nak cakapnya, hargailah sahabat-sahabat dan orang-orang sekeliling kita... Gituhh tetiba touching, heh.



So, back to cerita pasal Paeds rotation. Macam saya ada cerita kat entry lepas, intern yang reject saya untuk present history tu actually SHO (senior houseman officer). So last Friday, I did met her again, "err are you the one that I met last wednesday?" and she nodded. Haha. Kadang-kadang cepat sangat buruk sangka... Never thought that she was so nice to me that day! Banyak ajar. Dua kali juga dia sign logbook saya, untuk present history and tengok dia ambil darah baby yang baru 20 hari. Serius, banyak mengajar. So happy baby~~


Hikmahnya, jangan cepat buruk sangka kat orang, just because she rejected to listen to my history presentation that day, does mean dia jenis tak suka mengajar, barangkali dia memang busy pun and memang tak dapat nak bantu medical students masa hari dia jagi paediatric assessment unit (PAU). So, kena belajar memahami kesusahan orang lain. Kalau tak dapat bantu, jangan pula tambah kesusahannya...



Happiness is print an inspirational photo of yourself, bhahaha.
Jadi medical student, ada masanya senang, ada masanya susah. Mmmm mungkin almost all the time susah. First year ada susah dia, second year ada susah dia, dan kesukarannya berperingkat dan meningkat naik mengikut tahun. Jadinya, jadi budak med student, jangan pernah rasa give up, self motivation memang kena selalu. Whatever laa people wanna say you poyo mentioning yourself a doctor in ur own poster, if that can boost your spirit, why not.... Keep calm, work hard, pray hard and be a doctor for ummah lillahi taala. May Allah ease everyone journey, no matter in what courses u are in. Let us make every good stuffs in this dunya as ibadah. Kerana dunia ini jambatan ke syurga!



Orite tu je la ceritanya... Indeed a busy weekend. Hari ni jumpa duta malaysia, esok jumpa MARA pulak. Alhamdulillah, life is good =)



Sekian, wassalam.

No comments: