Monday, September 29, 2014

Fly On

Assalamualaikum..



Alhamdulillah for today. Macam-macam perasaan ada. Fyi, aku masih tengah dalam A&E punya rotation. So, macam biasa lah, pagi pagi dah pergi A&E department, punyalah pelajar cemerlang kan. Rasa macam give up pulak nak kejar nurse untuk observe procedure yang ada dalam logbook Emergency Medicine tu... Sebabnya aman damai je A&E. Kalau A&E aman damai, it is not a good sign for med students macam aku yang tengah hunt for procedures signature. Haha. 





Cuma belah pagi tu, sempat tengok ada seorang patient perempuan, admitted sebab road traffic accident. Takde lah berdarah mana-mana, cuma suspected ada cervical and lumbar fractures before pergi x-ray. Boss dia pun ada datang and genggam tangan dia. Haha. Tetiba aku pulak yang rasa touchingnya. Tapi patient tu relax je, kalau aku jadi dia, kalau orang bagi support camtu, dah meleleh air mata gamaknya. Heh.


So itu kisah waktu pagi. Balik rumah dengan rasa kecewa, but before that pergi kedai dalam hospital tu, beli susu coklat mooju, biasa ah faveret kan. Pastu kat kaunter tu kan ada tabung for charity. Rasa tabung tu memanggil-manggil aku kan, so aku letak sikit coins.... Sebab time tu, aku harap sangat, bila aku datang belah petang kat A&E, aku boleh siap kan sikit-sikit logbook aku tu. Memang sangat perlukan pertolongan Allah.. Jadi, bila kita rasa susah, time rasa susah tu lagi lagi lah kena bersedekah. Moga-moga Allah beri barakah, beri kemudahan ke kita.


Petang tu pergi balik A&E. Sejam jugak berdiri (bukan duduk, heh) kat resus room tu, tapi sayangnya tak smepat nak tengok IV Cannulation. Pastu rasa cam penatnya tercongok kat situ, better aku round round dalam kat major department tu. So, dapatlah complet beberapa procedures, including male urinary catheter and nasogastric tube. 


Windu anak-anak buah den. Ni tengah sesi kelas swimming dengan ayah kat Empangan


Ayah dulu masa admitted hospital, memang pernah laa kena urinary cathether, and ayah cakap memang ya Rabbi sakit dia tak boleh nak cakap... And today, bila nampak SHO tu sendiri yang pergi pasangkan, patient lelaki tu takyah cakap ah jerit dia, habis keluar F word, S word bagai.. Pheww.. Kesian pulopp.. Yang masa masuk nasogastric tube kat hidung tu pun nampak macam seksa je.. Pastu nampak laa cecir green kat tube tu. And rasa macam haha, nasib baik laa ni patient, jahat sangat pulak nak rasa termuntah kan. Get well soon bro. (Sejak bila jadi brother aku entah)


Pastu tragedi ada seorang pakcik ni around 50 something, very shortness of breath. Aku berdiri dekat dengan dia laa sebab space tu je ada untuk aku hunt observe procedures. Dia panggil aku. Uuuu cakap yang dia rasa very unwell. Alamak aku dah cuak dah, sebab nampak dia semput sangat. Pastu cepat cepat panggil nurse sebab kang KO pakcik tu kat situ, aku pulak yang salah kang. Pastu nurse tu pun pasal oxygen kat dia. After that, still nampak dia macam tak well sangat, so aku sebagai med student yang penyayang, try la nak calm dia, cakap, you will be fine, you will be fine sambil tepuk lengan dia. Huuuu~ Touching tak?



Bahaya je aku ni, very emotionally attached dengan patients. Sebab tu takut nak masuk psychiatry rotation end november nanti. Takut aku yang psycho kang, haha. Jadi, kena ajar jiwa jadi strong sikit bila ada kes kes macam kesian kat patients ni. Ye lah empathy tu memang laa perlu tapi jangan sampai terbawa perasaan pulop. Mmm.


Pastu kisah lain pulak, pasal groupmate aku untuk rotation ni. Budak graduate entry lah, perempuan. Haha. Dia ni takde lah friendly sangat. Dia sikit sikit sembang ngan nurse, ngan patients. Aku ni dah laa malas nak menyampuk kan. So rasa macam, whatever laa kau... Tapi Islam kan ajar kita untuk treat orang dengan baik kan, eventho orang tak layan kita dengan baik pon. 


Orang tak friendly dengan kita, tak ape lah, tapi kita, tambah kita ni jadi duta Islam, kita tunjuk laa yang kita ni berbudi bahasa. Aku jarang nak cakap cakap take care ni, tapi manusia yang tak belajar berkasih sayang, takkan dapat menikmati kasih sayang. So, why not kan, jadikan budaya ucap take care kat orang. Hati kita pun rasa happy bila kita doakan orang lain, ye dop?


So itu sahaja pengajaran untuk hari ni. Looking forward for more tarbiyah dari Allah. =)


ps: title lagu Coldplay. hehs


Sekian, wassalam.


No comments: