Monday, October 6, 2014

End of Rotation 1: MX 4090 & Emergency Medicine

Assalamualaikum.


Clerkship Period 1: MX4090/Emerg
Hospital: CUH
Dates: 08/09/2014- 3/10/2014



Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya I'm done with my first rotation. 2 weeks for research and 2 weeks for emergency medicine. As saya suka share experience dengan juniors, so tahun ni ambik pendekatan, habis je satu rotation, akan terus nak share overview and pengalaman setiap rotation tu macamana. So at the end, I will just compile semua link entry blog dalam satu entry untuk rujukan juniors.


So, first MX 4090. Secara ringkasnya, orang panggil ni sebagai research block. Ada dua tasks yang kita kena buat. Yakni:

1. Research Proposal Presentation worth 30/100 marks
2. Literature Review max 2000 words worth 70/100 marks


Disebabkan saya group yang terawal yang kena buat RP presentation, memang keadaan agak very stressful lah. Antara nak tunggu email from supervisor tu, memang menguji kesabaran. And ada je among my groupmates, yang takde supervisor lagi masa present RP. Tapi sebab kitorang first group, so module coordinator macam faham je laa. Tapi insyaAllah doable.


And then advise bila nak jumpa potential Supervisor for your FYP, make sure you got something in your mind. Selalunya supervisor akan tanya apa interest kita and at least you have rough ideas on your research questions. As for me, I'm doing neonatology for my FYP, and thanks Allah, my supervisor very supportive. And kalau boleh, print lah rough ideas kita tu, so in case kalau susah sangat kita nak explain our ideas dengan mulut, bila ada hard copy tu senang sikit untuk supervisor conteng-conteng mana yang patut.


Antara process sepanjang menghasilkan literature review. Messy. Heh


Regarding Literature Review pulak, mesti kita ingat 2000 words tu macam banyak sangat je. Padahal bila dah write up nanti, ada nak kena edit-edit lagi nak cut down words. InsyaAllah, masa research block nanti, akan belajar pasal EndNotes, pasal search strategy guna PubMed and through database accessible from UCC Library, and pasal statistics jugak and pasal macamana nak buat literature review jugak. So nak bagi tips untuk Lite Review ni pun tak boleh sangat laa, sebab baru je submit and tak tahu la score banyak mana. 





Briefly, literature review ni adalah kompilasi journal-journal research yang kita analyse, and then kita combined semua and analyse semuanya and try critic papers tu dengan baik. Faedahnya buat literature review ni, so that kita have a better idea on how we want to design our study laa. And jugak untuk tengok significant things in research papers tu jugak.


Basically, u need:
1 day : to sort out relevant articles
2 days : to go through the relevant articles
1 days : extract results from relevant articles
3 days : lite review write up
=7 days! 


Orite itu pasal 2 weeks research block. 


Next pasal 2 weeks emergency medicine. 


Macam saya, buat attachment kat A&E department kat CUH je. So ada laa beberapa clinical assignment records (CAR) and practical procedure yang kena observe and perform.


Nak kata best ke tak? Mmm. Tengok hari kot. Ada hari yang saya rasa, wahhh very the proactive. Ada hari yang saya rasa, apabenda laa aku buang masa hari ni kat sini. Tahu je la A&E, semua orang busy, and kita ni umpama halimunan je kat situ. Cuma intern/SHO/reg/consultant yang ada mata hati je yang akan nampak korang yang halimunan ni and very enthusiastic untuk ajar kita. Btw, emergency medicine worth 10 marks. Out of berapa, tak ingat pulak.


Resus Room

Lepak santai di coffee doc sensorang memikirkan masa depan.

So, advice yang paling penting sekali:

1. Buat muka tak malu. 
Walaupun diorang nampak sibuk, just buat muka tak malu je approach diorang tanya  anything you nak tanya.
2. Berdikari
Kena pandai cari cases, cari patients, cari interns, cari reg. Takde siapa yang akan kesah, so kena pandai berdikari and grab the chances whenever you can.
3. Proaktif
Kadang-kadang ada Reg or nurse yang akan mintak-mintak tolong. So familiarize yourself dengan benda-benda kat A&E tu, contohnya macam barang-barang untuk phlebotomy ke, IV line ke, urinary catheter ke etc. 


So, I guess itu sahaja buat masa ni. Jam 12.33am. Esok ada, I mean today lecture at 8am. Sekian, work hard, play hard and pray harder!!


Sekian, wassalam.

No comments: