Wednesday, September 24, 2014

Terbang Tunduk


Assalamualaikum wrt wbt.


Dah selesai two weeks of research block. Sekarang masuk another 2 weeks for A&E Emergency. Hari tu belajar suturing, nampak cam senang, tapi motor skills kena bagus laa. Jangan laa jahit compang camping kan, sebab it leave scar kan.


Hari ni, bermula lah misi untuk settle kan satu persatu task dalam emergency logbook. Serius lah, memang kalau kat department A&E, memang kena:

1. Pandai bawak diri
2. Muka kena tebal



These are the ultimate two tips untuk survive kat A&E. Dekat department lain pun sama jugak, tapi faham je la kan A&E ni patients nya tak stable. Kat ward lain mungkin la senang hang tanya ja kat nurse nak clerking patients mana. Tapi kat A&E everyone is busy. So memang kena sukahati approach lah mana-mana nurse ke, perkenalkan diri, and tanya boleh tak nak perform or nak observe dia buat certain procedure.


Itulah, jadi budak medik ni, memang kena muka tak malu, kalau malu bertanya, and tak buat apa-apa, takde laa belajar apa apa. Malu bertanya sesat jalan ye dopp.


Hari ni pun pergi fracture clinic. Best and baik jugak laa registrar tu. Aku dah lah in mind takde langsung prepare for ortho punya stuffs, sekali banyak kali kena soal and rasa macam OMG mana pergi ilmu ilmu yang dah belajar ni, luls. Nasib baik laa dia tak sarcastic kalau tak dapat jawab. Hoho.


Well, this is just the beginning. Orang lain dah two weeks masuk hospital, aku minggu ni baru nak masuk hospitalnya, baru nak warm up so I should understand myself, it is okay kalau blur hahaha. Amboi!


Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.


Saje share lirik lagu fynn jamal. Deep.





Okey itu cerita pasal hospital punya stuffs. Now cerita pasal "kehidupan" pulak.


Alhamdulillah. I'm feeling so grateful to Allah for letting me to do a good thing within this month. Walaupun masa mula-mula dapat satu tanggungjawab ni, I was like, why me why me?


Tapi tu lah tarbiyah yang sebenar-benarnya. Erti sabar, erti tawakal. Managing skills, Organising skills. Etc. Banyak sangat dapat belajar dari kehidupan kita ni. Jangan restrict ruang pembelajaran just to academic stuffs.


Dan paling penting hargai lah setiap peluang untuk berbakti. Anggap itu medan pembangunan diri. Hidup ini jangan stagnant, Cuba tengok budak kecik, ada dia forever meniarap je? Dia mesti merangkak, berjalan, pastu berlari. Dan kita takde lah sampai boleh terbang kan. Hihi


Cabaran-cabaran yang melanda tu, sepatutnya tak membuatkan kita asyik merungut, sebaliknya anggap tu batu loncatan itu kita up kan diri kita. And paling penting in our life, in any circumstances, susah atau senang, the ultimate pergantungan kita kepada Allah s.w.t. So apa apa je, back to Allah, and ask from Him. Macam lirik lagu ni, paksakan ku tunduk sehingga mati, means to be rendah diri sampai bila bila.


Kadang-kadang bila kita rasa macam kita dah menyumbang, akan datang rasa riak. Jadi kita sendiri kenal diri kita, so before that happen, minta kat Allah agar jauhkan kita dari rasa rasa camtu. Sebab riak itu lah pemusnah amalan kita. 


Okey lah tu je nak ceritanya. Semoga hari semua orang baik baik sahaja, walopon kena cynical dengan consultant ke apa ke, haha.


Sekian, wassalam.



No comments: