Tuesday, August 12, 2014

Rindu Awak 300%


Assalamualaikum..


Perhh lama gila tak update blog. For the first time, almost 2 months tak tulis apa apa kat blog ni. Adakah ini disebabkan sindrom meroyan tengok orang kawen ke apa? Haha.


Well, aku akan balik Cork semula pada 24 Ogos ni dengan MAS. Weee. Dengan pelbagai kejadian yang menimpa industri penerbangan udara tahun ni, takde laa nak kata takde cuak langsung nak naik flight, tapi sebab benda nak jadi, jadi juga dengan izin Allah. Masih ingat lagi masa aku balik dari Cork transit Amsterdam tempoh hari, memang naik flight ni, memang tawakal je laa, sama ada kau sempat jumpa family kau ke tak, tu Allah tentukan. Boleh jadi flight 3 Jun yang kena tembak, tapi jadi pada 17 Julai... Memang malang itu tidak berbau, tetapi semuanya telah ditetapkan Allah. Jodoh, ajal maut, rezeki semuanya di tangan Tuhan.


Cakap pasal jodoh, aku rasa yang ada sindrom meroyan tengok orang kawen ni, bukan meroyan nak kawen awal, cuma curious jaa kita kawen dengan siapa. Janganlah kerana ada rakan rakan kita kawen muda, kita pun nak follow the trend padahal kita diri sendiri pun tak mampu nak uruskan. Haha. So, aku memang takde plan laa nak kawen masa belajar ni. InsyaAllah laa after grad, tapi tak tahulah after housemanship ke before housemanship. Luls confident je cakap macam dah ada bakal zauj.


Well ni post facebook yang agak menarik andainya korang yang randomly bukak entry ni ada consider untuk kawen muda. https://t.co/8jGk9Slijz


So duk rumah ni, haha takde laa buat apa sangat. Just my routine basuh pinggan, tido, makan, tv, sekejap sekejap je menelaah buku. Pergi program luar pun tak sangat. jadi faci MOC tak gi. Jadi volunteer rebung 2.0 pun tak pegi. Betapa tak adventurous nya aku kan. Orang yang jenis outdoor might side how boring my life is, tapi who care, I enjoy spend my time at home with my family. Nak jadi adventurous masa kat Ireland je laa kot. Kat malaysia ni memang cukup memanjakan diri sendiri, hihi.


Persediaan masuk fourth year?


Apa punya soalan daaa.. Tak berjaya nak habiskan OHCM. Tak menarik dan rasa tak menyerap dalam kepala. Cuma masa yang tinggal ni aku just nak focus kat buku pretest medicine tu on certain topics. At least bila buat questions, dapat la serap sikit sikit walopun tak banyak. Balik cork nanti, memang pulunnn laahhh. Huhu dalam hati memangis cuak gila koranggg!! Tolong doakan yek!


Aku harap sangat aku and sahabat semua doing well in our fourth year. Of course la aku tak ambik ringan momokan senior kat fourth year is very challenging. So mental preparation is indeed important. Kena kerja kuat kuat kuat!! Oleh itu, i choose "you" as my inspiration sebab kalau aku lulus fourth year dengan jayanya, ada projek yang aku nak buat ni. Projek apa, biarlah rahsiaa, bahjet sangat kann.


Okeyla tu je nak bebel ponn. Tajuk memang saja poyo nak rindu rindu awak, padahal awak tak rindu titeww pong. And takde karya cerpen untuk tahun ni, ketandusan idea. Tak sekreatif dulu. (Dulu kreatif ke masalahnya?)

K lahh. Wassalam..


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: