Saturday, June 14, 2014

Semua Orang Nak Jadi Bos?

Assalamualaikum.


Hahhhh lama sangat tak update blog. Proses penuaan kot. Sebab dah faham dah dulu, zaman zaman rajin baca blog orang. As diorang semua makin meningkat usia, makin jarang, makin kurang menulis di blog. So rasanya aku pun dah jadi macam depa kot. Heh.






Okaylah, berbalik kepada tajuk entry hari ni, sebijik macam tagline filem CEO, "Semua Orang Nak Jadi Bos!". Tapi tujuan aku menaip hari ni, bukan sebab nak ulas cerita tu pun. Cumanya nak meluahkan apa yang terbuku di minda bila kita kata semua orang nak jadi bos.


Siapa je yang taknak jadi bos? Sudahlah kaya, ada kuasa pulak tu. Boleh imagine kan, bos bos semua ada kereta besar dengan driver. Pastu rumah macam istana, ada swimming pool besar lagi. Income pun besar gaban. Almaklumlah BOS! Syurga dunia tu...


Tapi, cuba kalau kita bergelumang dalam kegiatan D&T (Dakwah & Tarbiyah) especially masa zaman belajar ni, siapa je yang nak jadi Bos? Kau?


Segala penat lelah kau, tenaga kau, masa kau, idea kau, takde siapa akan bayar. Dah lah tiada siapa nak bayar, kemudian kena jadi ketua a.ka. Bos lah kepada rakan rakan lain. Bos tak bergaji, bos yang takde satu sen pun keuntungan wang ringgit. Nak jadi?


Buta lah kita, andainya kita melihat setiap sesuatu itu perlu diberi ganjaran dengan wang ringgit dan harta duniawi. Sedangkan orang mukmin yang benar benar ikhlas dalam perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi, sudah tentunya mengharapkan ganjaran yang lebih besar dari Allah di akhirat kelak. Hatta tak bergaji, bukan juga pujian manusia yang diharapkan, tapi yang dikejar ialah redha Allah!


Teringat pesanan seorang ustaz, kita ni banyak dosa, sebab tu kita kena buat kerja Islam, supaya dengan amal tak seberapa kita ni dapat menghapuskan dosa dosa kita. Deep sungguh. Ayat tu memang sungguh memberi motivasi bila malas dan procrastination menjelma.


Firman Allah s.w.t dalam surah as Saff:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni dosa dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai, dan (memasukkan) kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar."


Dalam nak buat kerja kerja Islam pun sudah tentu ada cabarannya. Ada besar ada kecik. Di sinilah kita diuji sebenar benarnya dengan apa yang kita belajar dalam usrah. Sungguh, praktikal itu bukanlah semudah teori. Perlukan kesabaran yang tinggi!


Semua orang mesti ada pengalaman masing masing dalam kerja berpasukan. Sebab kita memang sejak dari zaman sekolah rendah pun dah memang terdidik bahawa kerja berpasukan ini penting dan akan bagi impak yang lebih baik. Jadinya dalam kerja berpasukan, akan ada yang jadi ketua, akan ada yang jadi anak buah. Bukan semuanya jadi ketua, bukan semuanya jadi anak buah. Disebabkan nama pun dah ketua, ketua ni lah umpama macam Bos lah yang nak make sure anak anak buah bertindak mengikut arahan dan pelan perancangan kerja serta memandu hala tuju sesuatu perkara itu.


Tugas jadi ketua ni bukan mudah. Macam macam yang si ketua ni perlu fikir. Tanggungjawab di atas bahunya untuk make sure semuanya berjalan lancar sebab apa apahal orang akan tanya dia dulu especially bos atas bos. Haha. And then kena alert macamana nak selesaikan masalah itu ini. Macamana nak plan strategi. Orang selalu kata ketua ni kaki mengarah je, padahal ketua ni lah orang yang lebih lebih lagi kena buat kerja kalau ada masalah berlaku atau something wrong somewhere.


Paling penting komunikasi. And when it comes to kerjasama antara lelaki dan perempuan dalam kerja berpasukan... Bukan nak bicara soal ikhtilat, tapi nak bicara soal faham memahami... Berdasarkan sembang santai dengan beberapa orang, kadang kadang ada stress sikit bila berhadapan dengan gender berbeza oleh kerana gaya yang berbeza, cara approach yang berbeza and cara kerja yang berbeza dan etc.


Jadinya, berdasarkan pengalaman yang sangatlah tak seberapa, saja nak poyo nak letak guides for girls yang jadi Bos bila buat kerja berpasukan dan anak anak buahnya kebanyakannya lelaki..


1. Straight to the point
2. Give task one by one. Some boys cant multitask
3. Be patient, their job are on their way eventho they didnt tell you
4. Be patient. If you really need a response from them, give them time. Like for 2-3-4days. And then ask them again politely :)
5. Thanks and appreciate and recognise their jobs/tasks/efforts they have done


InsyaAllah, takde isu emosi kurang stabil apabila kita belajar memahami rakan sepasukan.


Okaylah panjang lebar pulak ceritanya. Pengajarannya, jadilah bos dalam arena D&T, meskipun tak bergaji sebab kan dah janji nak kejar redha Ilahi. Dapat grab bonus point in term of meningkatkan skills sendiri, dah jadi lebih matang dalam berfikir dan bertindak.


So, ada sesiapa nak volunteer jadi BOS tak bergaji? Haha kbai~


Wassalam.









- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: