Wednesday, May 21, 2014

Masa Bukan Emas

Assalamualaikum wrt wbt.







How are ye people? Wahh lamanya dah tak update blog. Musim exam. Pastu musim post exam sibuk lah pulak memasak itu dan ini. Dah habis masak masak, sekarang musim sibuk gi Mardyke Arena pulak, jogging atas treadmill.

Haha. Ini sebenarnya boleh dikira buang tebiat jugak lah. Sebab bila fikir balik, sepanjang tahun pengajian as third year medic, tak pernah langsung pergi Mardyke Arena. So, disebabkan lepas habis exam, masa lapang tu banyak sangat, so time pagi-pagi, slot in untuk slot jogging kat Mardyke. Baru start last week. Pagi tadi adalah "visit" yang kelima, haha fefeeling proud. Blerghh.

The fact that aku rasa aku jenis morning person, kalau tido after subuh pun, limit untuk tidur pun sampai kul 8am je mampu. Mesti kena bangun and do something. So, sebab tu pagi pagi kul 8am dah gerak gi Mardyke, ambik udara pagi. Feeling fresh!

Honestly, aku bukan seorang yang fit in term of stamina. Boleh kata, budak lembik laa. Haha. Jogging sikit dah mengah. Lol. Tapi still kena lawan jugak laa, sebab kadang kadang tu yang mengahnya ialah our brain. Kalau kita terima bulat bulat fikiran kita yang, "okay aku mengah, and aku memang tak fit, and aku just nak exit workout ni", makanya memang lemah lah. Jadi kena kuatkan semangat! So, that is one of the ibrah sepanjang "visit" aku ke Mardyke.

Scrolling the fb newsfeed, jumpa quote ni,

"Semaikan hamasah, tingkatkan thaqafah, selamatkan daulah, dan hidupkan jemaah.."


Hamasah tu maksud dia semangat, kalau tak silap aku. Jadi, sebagai seorang yang perasan diri dia daie, selain kekuatan emosi dan mental, kekuatan fizikal pun perlu jugak. Kena belajar tingkatkan stamina! Start small pun takpe kot. Sebab bila cakap pasal jogging, some people akan ingat tujuan dia untuk kuruskan badan.


Itu salah. Actually tak salah pun kalau itu aim sesetengah orang. Tapi kita sebagai seorang Muslim, kena ada mindset lah, melihat sesuatu dari kaca mata Islam, setiap perkara kita lakukan adalah kerana Allah taala. Kita exercise sebab nak jaga jantung kita, nak jaga tulang tulang kita agar sentiasa kuat dan dapat berfungsi dengan baik pada jangka masa panjang untuk kita agar kita dalam melakukan kerja tarbiyah dan dakwah.


Hatta dalam pemakanan kita, tidur malam kita, basuh baju kita, everything yang kita lakukan kalau kita niatkan semata mata kerana Allah, pasti ada ganjarannya, insyaAllah. Jadi, alangkah manis dan indahnya hidup ini, bila mana setiap perkara yang kita lakukan, mengingatkan kita bahawa kita adalah hamba Allah yang senantiasa mencari redha dari Dia.


Thaqafah atau pemahaman jugak penting. Masa lapang yang banyak ni, eloklah kita target at least nak baca satu buku ke, satu kitab ke. Kadang kadang kita sangat aim high nak baca empat lima buku, last last satu buku pun tak tercapai. Jadi aim laa yang realistik bagi diri kita. So for now, target aku sebab kebetulan ada ambik buku Tafsir Ibnu Kathir Jilid 4 kat rumah Jannah, dalam proses nak habiskan sebelum balik Malaysia 3rd Jun ni. Sekarang baru 233/555 muka surat.


Dan aku ni bukanlah jenis yang rajin membaca. But again, sebagai seorang yang perasan konon diri dia daie, kena paksa jugak untuk baca. Dah umur nak masuk 23 tahun dah kot. Kalau ada quote kat fb kata, "be a person that you want your children to be". So, jaga jaga.


Dan manusia ni jugak bila ada masa lapang, mudah lemah hubungannya dengan Allah kalau masa tak dijaga. Jadi, Al Quran jangan tinggal. Sentiasa berhubung dengan Al Quran for quick reminder everyday, Kalau period pun, still boleh baca terjemahan Al Quran kan. In case kalau ada yang dah pasang azam nak khatama satu juz Al Quran dalam upcoming Ramadhan, maka, dengan masa yang banyak ni, boleh laa practise khatam satu juzuk Al Quran setiap hari. InsyaAllah mampu semuanya. Just reflect balik, kalau lah kita mampu untuk seharian baca buku Pathology ke apa ke, takkanlah nak baca Al Quran pun berkira masa.


Okeylah, panjang pulak bebelnya. Dan tangan yang menaip ni pastinya lebih lebih akan diuji dengan apa yang ditaipkan.


Result third year keluar 29 May ni. Mohon sangat doa dari sahabat sahabat yang randomly baca blog ni.


Sekian, selamat menjaga masa! Wassalam

Ps: masa memang bukan emas. Emas boleh dijual beli. Masa?


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: