Wednesday, August 13, 2014

Tangga-tangga Kejayaan

Assalamualaikum.


Perasaan nak balik Malaysia tu adalah perasaan yang sangat sangat best walopun penat menghitung hari flight pulang ke Malaysia. Cuma nak bagitahu jugak, perasaan yang paling tak best dalam hidup ini adalah perasaan untuk balik semula ke Cork. Very awful feeling ever!


Jadi positivity amat lah diperlukan untuk menghilangkan perasaan miserable ini. Flashback balik dari tahun satu, masuk tahun dua, masuk tahun tiga. Dan kini nak masuk tahun empat. Ianya seumpama kita mendaki tangga satu persatu...


Sebab tu dalam group whatsapp rumah mawaddah, aku cakap je excited nak balik cork, sebabnya kita selangkah menghampiri kejayaan. Fikir yek, kalo kita tak mahu balik cork, so kita takkan masuk tahun empat. Kalo tak masuk tahun empat, macamana nak masuk final year dop. Kalo tak masuk final year, camne nak grad ye dop. Kalo tak grad, acamno nak kawen ye dop. Haha.





Plus, harus nikmati zaman belajar, zaman where u can still make mistake. Nanti dah kerja, rindu zaman belajar pulak kannn. So hargai masa sekarang!


So hati memang kena tabah la yeop. Nak nangis berbaldi baldi kat airport tu, tu dah umpama ritual aku laa masa kat airport, takde siapa lah boleh halang haha.


Itu je laa ceritanya bohhh, jangan berputus asa dari rahmat Allah. Sebagaimana mencabar pong kehidupan kita ni, insyaAllah Allah sentiasa ada untuk kita. Cuma kita je ada ke spend masa untuk Dia?


12 hari lagi balik cork, yeayyyyyuhuuuhu T___T



Wassalam.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: