Friday, May 2, 2014

Daie Dementia

Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa hari ni rasa sayu dan lemau. Mungkin sebab makan nasik lemak, rasa bertambah tambah lemaknya. Phew.


Nothing much to share, just nak share satu ayat dari Surah Al Anbiya ayat 35. Terbaca ayat ni petang tadi after solat asar. Ayat pasal kematian. Well, kematian tu kan the best reminder for all muslim.


Kullu nafsin zaikatul maut, wa nablukum bi shahri wa khoiri fitnah, wa ilaina tur ja'un.
Tiap tiap jiwa akan merasai kematian. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan dengan cubaan sebenar benarnya. Dan kepada Kamilah kamu dikembalikan.


Senang je nak hafal ayat ni kan? Actually nak cakap pasal hafazan jugak. Phew. Kadang rasa macam, loser sangat. Claimed diri as pendakwah, as daie, tapi nak spend time untuk hafal ayat al Quran pun payah. Kalamullah ni. Kenapa laaa macam tu. Dah lama jugak tak menghafal sebenarnya, so bila came across ayat ni yang memang macam menusuk, terpanggil untuk hafal sebagai reminder sepanjang masa.

Akhir tahun 2011, aku rasa itulah detik turning point aku yang agak besar dalam hidup aku. The moment where I have made decision to commit in jalan dakwah and tarbiyah. The moment yang sangat best fefeeling dia. Rasa baru disentuh cahaya dari Dia. Rasa beruntungnya Allah tunjukkan jalan ini. Rasa berkobar kobar nak jadi orang yang lebih baik. Senang cakap all the good and awesome feeling ever I had ever felt.

Almaklumlah zaman ky kan liat pergi usrah. Sibuk kiasu katanya. Phew. Sebab tu bila dapat commit dengan usrah kat Cork, rasa macam happy. :)

Tapi itulah... Cabaran orang yang nak berubah jadi baik ialah sindrom "I'm holier than thou". Bila mana sampai satu stage, we become more judgemental than preaching people to comeback to Allah. Jadi kena berjaga jaga.

Dan.... apa yang lebih complicated ialah, bila mana kita rasa kita dah berada di dalam jalan dakwah tarbiyah itu sendiri, akan ada fasa keloseran or should I say daie yang loser? Bila mana berada dalam jalan dakwah, kita rasa dalam comfort zone, amal tak bertambah, dakwah takde laa buat sangat, sahabat sahabat bermanja ramai, tetapi macam ada something yang tak kena?


Kita mahu mentarbiyah jiwa jiwa lain, kita mahu berdakwah kepada orang lain, tetapi kita selalu lupa pada jiwa sendiri. Biasa dah rasa macam ni, cuma hari ni rasa sangat mencucuk cucuk sangat rasa ni bila refer ayat surah Al Anbiya' ni. Hang ingat hang claimed jadi daie, hang confirm masuk syurga? Speechless.


Antara ke-loser-an seorang daie: malas tadabbur al Quran, tak make effort hafal ayat al Quran, malas solat sunat, tahajjud apatah lagi, susah bangun subuh, masih obses dengan artis yang tak bagi faedah, addicted to drama, merelakan diri untuk lagha dengan hiburan, tak jaga pandangan, tak jaga ikhtilat, pakaian masih ada kekurangan, asyik berangan, tak jaga akhlak dengan sahabat, tidak beradab, keyboard warrior (asyik update status islamik, tapi hati sendiri taknak update) dan sebagainya.


Pernah rasa kita baca maksud ayat ayat al Quran, kita terasa tapi macam eh tak terasa sangat. Takde penambahan iman. Kesian sungguh jiwa kita.


After all, kita yang claimed diri as daie ni, mungkin sebenarnya poyo je. Mungkin kita sebenarnya tak serius pun dalam jalan dakwah tarbiyah ni. Oleh kerana tanggungjawab, kita berada dalam jalan ini. Nahh, apa niat kita sebenarnya nak commit dalam dakwah dan tarbiyah sebenarnya? Sebab orang? Bukan sebab Allah?


Kalau betul kita kata kita serius, take the first step now. Tell yourself that you need to dakwah and tarbiyah yourself. Kekuatan rohani ini itu membentuk kekuatan luaran. La hawla wala quwwata illa billah. Tiada daya dan upaya melainkan dari Allah. Andainya kita masih bermain tarik tali dalam membentuk diri jadi insan bertaqwa, apakah kita mampu serah tawakal kita sepenuhnya kepada Allah?


I dont want to list things we have to do to be a better daie. Semua dah besar panjang kot, cuma kadang kadang kita ni yang manja. Quoted from a friend, "ummah makin tenat, dapat pulak daie manja, berat, berat". Jadi, komited laa dalam mentarbiyah diri sendiri. Sungguh, hidup kita di dunia ini sementara, di kampung akhirat jualah yang kekal abadi.


Ayuh para duat, ingat balik muwasaffat tarbiyah : aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, akhlak yang mantap, sihat tubuh badan, luas pengetahuan, mampu berdikari, melawan hawa nafsu, menjaga masa, tersusun urusannya, bermanfaat kepada orang lain...


Spend time dalam bersujud, especially kalau time kita solat sunat. Orang kata, time sujud ni laa kita paling dekat sekali dengan Allah. Just tell Him everything you feel. He will listen to you. Allah tahu je kita ni hamba Dia yang lemah, jadi carilah kekuatan dan keampunan dari Dia. Cari ketenangan dalam sujud... Imagine that is our last sujud.... Pergh mesti scary..




Teringat kata seorang sahabat lagi, bayangkan masa sujud tu, bayangkan kita berada dalam tanah, ie dalam kubur. At that time, kita tak dapat nak sujud dah kepada Allah. Jadi kesempatan yang ada ni, sujudlah pada Allah, seek forgiveness from Allah, minta Allah berkati dan redhai hidup kita, terima amalan amalan kita sebab kita memang kata kita beramal, tapi Allah terima ke? Bayangkan suasana kubur tu sendiri, bayangkan suasana di padang mahsyar hari amalan kita dihisab, bayangkan.... Dan kita rasa macam taknak bangun dari sujud, sebab takutnya kita, dan sedarlah kita bahawa dunia ini hanya sementara....


May Allah forgive all of us, shower us with His blessing, guide us to the true path, accept all our good deeds and grant us His Jannatul Firdaus, ameen ya Rabb.



Ps: another turning point..
Ps2: kenapa letak tajuk Daie Dementia. First sebab bajet daie (pheww), Second dementia membawa maksud umum sebagai lupa or pelupa. Lupa diri sebagai daie, lupa nak tarbiyah diri sendiri.


2 comments:

Unknown said...

Hai kak.. Saya student sk 1 sas (2003-2008)
Nice to meet ya! :D

Norain Ishak said...

Abdul Hadi, haha. Okay. Kitorang darjah 6, korang darjah 1 masa tu. How fast time flies. :)