Tuesday, April 22, 2014

Ibrah Di Mana-mana

Assalamualaikum..


Alhamdulillah. Rasanya macam weekend yang agak produktif sikit dari aspek aspek tarbiyah badanniyah. Tarbiyah makan pun sama jugak tu. Hehs.


Bukan sekadar gambar hiasan. Haha


Takde benda sangat nak dikaborkan, just nak kata, most of the time, kita ni kena sentiasa alert atau dalam bahasa bakunya, kena peka dengan keadaan surrounding kita. Tak cukup saje jadi peka, tapi kena ambil ibrah daripada persekitaran kita. So untuk minggu ni, adalah beberapa ibrah yang boleh diambil dari orang sekeliling.


Antaranya erti pengorbanan. Kadangnya kita ada tanggungjawab dengan persatuan dan juga tanggungjawab akademik. Misalannya, ada seorang hamba Allah nama dia Orla (bukan nama sebenar) ada exam pada 28 May, tapi dia ada tanggungjawab persatuan untuk dilaksanakan pada 25-27 May. Orla boleh memilih untuk pass kan tanggungjawab itu kepada orang lain, tetapi oleh kerana "nak seribu daya", Orla tetap memikul tanggungjawab tersebut.


Bagi aku, Orla ni bukan calang-calang orang yang mantap pentarbiyahnya. Kalaulah aku berada di tempat Orla, bukan mudah nak buat pilihan sebegitu. Dan aku percaya Orla ni pastinya dah ada persediaan sebelum memikul tanggungjawab persatuan. Moga Allah permudahkan urusan Orla ini. Inilah ertinya pengorbanan. Bukan sekadar apa yang kita pelajari dari teks teks usrah semata mata.


Next, erti tawakal dan penyerahan sepenuhnya kepada Allah. Weekend lalu, solat dengan seorang junior. Lepas solat, dia Deirdre (bukan nama sebenar) minta aku pergi dulu sebab dia nak solat istikharah kejap. Ting~ Cliche nya kita, bila dengar orang kata nak solat istikharah, mesti nak kaitkan dengan pilihan memilih jodoh. Tapi bila sembang sembang balik dengan Deirdre, kata dia, dia selalu buat solat istikharah bila nak buat suatu keputusan.


Tak semestinya bila tiba bab jodoh, baru nak buat istikharah. Bila mana kita rasa keliru dan buntu dalam membuat sesuatu, boleh juga buat solat istikharah. Doa solat istikharah ni pun menunjukkan betapa tawakalnya seorang hamba kepada Allah yang Maha Mengetahui segala galanya. Dan ingat balik tujuan dia istikharah ni adalah semoga Allah menunjukkan keputusan yang baik untuk dilaksanakan.


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


So after that, serahkan keyakinan kepada Allah, dan doa banyak banyak kat Allah agar diberi petunjuk sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik..


Okey panjang pulak ceritanya.


Dan kesimpulannya, ibrah(pengajaran) ni tak semestinya kita cuma dapat bila kita dengar ceramah. Ibrah ni boleh dapat daripada peribadi dan sikap orang lain jugak. Lihat orang yang rajin, kita belajar untuk jadi rajin. Lihat orang yang tak berkira, kita belajar untuk jadi tak berkira. Ambil ibrah dan aplikasikan. Kalau tak, ibrah sekadar tinggal ibrah.


Sekian,,, exam lagi dua minggu. Mohon doanya!


Wassalam.


No comments: