Friday, April 4, 2014

Apa Yang Kami Mahu?


Assalamualaikum.


Perh lama gila tak update blog. Almost sebulan. Last update 8 Mac semasa hilangnya #MH370... So kalau orang tanya, apa cerita terbaru? Meh laa aku cerita. So memang entry hari ni je entry nak bagi tahu khabar aku je laa HAHA. (Sebuah entry SS)


Macam comel @ The Lough


Pertama-tamanya sekarang aku tengah Blok 3 dalam Term 2 as a 3rd year medical student. Maknanya Blok 1 aku dah lecture block, and then Blok 2 aku dah GP attachment yang aku duk rajin cerita tu, so sekarang Blok 3 ialah hospital rotation.


Aku punya hospital rotation kat South Infirmary - Victoria University Hospital (SIVUH). Tapi kitorang panggil hospital ni SI je, gituhh. Before before ni dah pernah dengar lah orang cerita pasal SI ni kurang best laa. So sedikit sebanyak rasa terpengaruh jugaklah and akan influence jugak lah my own perception about SI. Masa first week tu rasa macam, OMG, bosan gilaaa hospital ni HAHA. Sebab doktor tutor yang incharge student tu sediakan je jadual untuk kitorang.. tapi macam susah nak describe the feeling.


So aku namakan doktor tutor kitorang tu as Dr B. Dr. B ni haha memang baik and dia faham and aware je perangai student yang darah muda yang cepat nak naik angin ni, so dia selalu mention, "be chill okay". HAHA. But bila dah masuk 2nd week, rasa macam dah boleh terima hakikat... Sebenarnya SI ni best je... Despite of ada consultant yang macam-macam attitudenya, diorang still nak mengajar jugak. Tapi kalau dapat jumpa consultant yang attitude awesome and plus suka mengajar, memang rezeki sangat lah..


So, apa yang membuatkan aku kata SI best?


1. Intern-intern
Banyak jugak lah jumpa intern intern yang sangat baik. Sudahlah cantik dan hensem(motif), kadang kadang kitorang medical student takpun approach diorang, but diorang yang intern ni yang approach kitorang dulu, bagitahu patients yang sesuai untuk kitorang clerking, and siap offer boleh present case kat diorang... Coolio. Aku harap sangat lahh, nanti aku dah balik Malaysia.. aku akan jadi HO ke SHO ke MO ke yang baik.. Yang bila jumpa student ataupun intern, offer untuk tunjuk ajar sikit walaupun busy.. Diorang intern ni not yet Muslim pun yet boleh tunjukkan attitude yang suka mengajar which is apa yang disarankan dalam agama kita pun. So sayanglah kita yang sedia Islam ni takde attitude macam ni... Percayalah students akan sangat appreciate and akan doakan kebaikan untuk intern-intern yang baik ni... 


2. Orthopaedic Surgeon
Last Wednesday, aku supposedly ada anaesthethic attachment laa kat SI. Tapi macam bosan je (except for tutorial pain management dengan Dr M), anaes tu pun macam taknak ajar sangat, so balas dendam gaya baik, cakap kat ortho surgeon tu tanya dia boleh ke nak ajar kitorang sikit-sikit. Homaiii ohsem gila surgeon tu, aku namakan Mr R. Sangat cool lah dia. Sambil sambil ketuk tulang orang, boleh tunjuk itu ini kat kitorang. Kami students ni kadang bukannya dapat grab everythings pun, but we really like the facts that the expert macam surgeon sangat komited in teaching... wuwwuw tetiba macam luahan perasaan. Overall aku rasa orthopaedic surgery ni memang cool habis.. tapi kalau lah patient tahu apa yang surgeon tu buat kat dorang masa dorang under anaesthesia,, tak tahu laaa hehe.


3. Operation Theatre Nurses
Aku takkan lupa the OT Nurse masa kat Bons yang suruh aku pakai that blue gown just because I wear inner and tudung.. Macamlah dema hygienic sangat dengan rambut rambut yang terkeluar. Tapi kat SI, belum pernah kena sounds lagi laa sebab pakai tudung inner tu. Diorang akan tengok pelik, tapi trick aku so far ialah buat muka STONE. Ada seorang budak irish lelaki tu infact cakap, why you have to wear that thing (penutup kepala) sedangkan dah pakai headscarf.. Tapi still laa kena makesure headscarf tu bersih lah kan.. And lagi satu, OT Nurse kat SI ni semua so far aku jumpa baik-baik laah, suruh duduk bagai tapi to show respect, takde laa aku duduk kan,, diri je lah berjam jam lamanya tu... Phew~


4. Small & Sweet Buildings
SI ni hospital dia kecik je. Ada 2 main surgical wards kat bawah, and lagi 2 tingkat ward private room. So kiranya tak banyak pun laa patients. Kalau nak buat clerking, tips dia buatlah on Mon-Thurs. Jangan Friday, ramai patients dah discharge. And patients kat sini mostly for surgery lahh, so kena pandai pandai tanya nurse.. Sebab kalau nak ambik ortho history, apa sangat je haii. Tapi tu lahh dah suka SI kan, apa apa pun suka. Especially the big cermin untuk naik ke medical student changing room. 


Selfie with Teya, partner in good deeds not crime hehe

5. Dr B
Ceh best sebab Dr B itself. Cara Dr B ni lain sikit. Every end of the week dia akan tanya students, hows everything, anything to improve bla bla bla. Maksudnya dia nak dengar lah luahan hati students kan. Itu yang kita mahu.. Cara dia conduct bedside tutorial memang awesome but in term of tutorial case tu macam rileks sangat. Heh. Cuma bila hari presentation, itu aku suka sebab dia akan comment sebab boleh nampak laa motip dia nak groom kitorang sepuluh orang yang attached kat situ jadi presenter yang bagus. Contohnya macam hari ni, aku rasa dia komen lah presentation each of us..


We are.. me myself, Teya, Rob, Eanna, Cillian, Orla, Darren, Eoin, lagi dua orang Paul and DeeDee tak datang pulak tadi.. 


And yang buat aku rasa kembang setaman hari ni sebab bila tutor kau yang orang tahu dia kinda "kerek" sikit puji melambung kau infront of your colleagues, hahaha... ""Very good presentation.." She is very calm and cool.."... paling tak tahan nak kembang tu dia cakap, "So you guys, next time if you feel nervous, think about Norain,, I will remember you norain," My God geli geleman pulak HAHA. 


So dengan calm and cool presentation aku tu, aku harap Dr B got the point laa kenapa aku tak banyak cakap or tak banyak tanya masa orang lain present... Sebab aku memang cool... =P Motipp.


6. Hari hari lalu city
Sebab nak pergi SI pagi pagi kena naik bas 216, balik kena naik bas 208 which means kena jalan kaki sikit ke city centre. So rasa macam ambik angin hari hari, penat setengaharian di hospital, balik hospital menikmati pemandangan alam.. Calming effect..


So aku rasa itu je laa kot catatan yang buatkan aku rasa SI best. Kalau orang malas, dia akan rasa dia tak belajar apa apa. Jadi kena jadi rajin.. InsyaAllah you gonna learn something...


Jadi menjawab kepada title entry ini "Apa Yang Kami Mahu?"
Kami mahu belajar. Kadang kadang kami malas, tapi kami sebenarnya rajin kalau dapat push dari orang. Ye kami tahu kami kena berdikari, tapi kami juga perlukan guidance dari orang yang lebih berpengalaman. Kami suka je ke hospital and clerk patients dan kami suka je jumpa dokter dokter yang sudi ajak sikit. InsyaAllah kami akan berusaha lebih lagi, jadi kami mohon ya Allah temukanlah kami dengan insan-insan yang baik yang berdedikasi mengajar mendidik kami, beri galakan kepada kami, sungguh itu rezeki yang amat kami syukuri.. (kenapa dah macam sajak puisi bagai...?)


Exam lagi sebulan, mohon doanya untuk aku dan sahabat sahabat yang lain..


Sekian, wassalam.. 



No comments: