Wednesday, April 9, 2014

Mesin Soalan



Assalamualaikum.


Bajet busy minggu ni, tapi bila tengok balik takde laa busy pun. Auta je semua ni. Heh.


Sesungguhnya Cork memang cantik. Lebih tenang dari Dublin dan lebih kebandaran dari Galway. HAHA. View everyday lepas balik dari South Infirmary Hospital


Kelmarin masa aku buat praktis jawab soalan pathology, banyak lah came across soalan yang macam, "A 64 years old woman presented with history of abdominal pain for the past 3 months... blaa.. bla.. bla.."


Sampai satu masa, tetiba rasa nak reflek diri sendiri. Especially untuk budak budak medik lain, pun boleh reflek sama. Kita budak medik, selalunya akan tanya kat nurse dulu, "Is there any 'good' patient that we can do history taking with them?" So, after nurse dah suggest patient sekian sekian, maka kita pun bersemangat waja menuju ke katil patient.


Maka seterusnya kita pun memperkenalkan diri kita.. "Hi, my name is Norain (pronounce as no-rain), imma 3rd year medical student. Is it okay if i would to have some chat with you?". Selalu patient akan cakap okay lah. Heh. Padahal dalam hati mungkin diorang rasa, haish budak budak ni, menyibuk je, aku tengah sakit pun nak ajak sembang. Haih.



"So what brings you to the hospital?" tanya kita. Then patient pun cakap lah sekian sekian. Dan kita pun dalam masa yang sama, teruja betul nak tahu kalau dia ada symptoms ni ke, symptoms tu ke... Teruja. Motif kita buat history taking ataupun clerking, untuk dapatkan rekod yang jelas dan perfecto!



"Alright, I think I already got a lot information from you, thank you so much, hope you're getting well soon, take care!" Lalu kita meninggalkan patient itu.



Kita melihat dari perspektif kita sebagai pelajar medik. Kita nak cari patient untuk buat written case and SNAPPS kita. Kita nak clerking patient, especially kita yang bukan English language as mother tongue untuk practise speaking. Kita nak belajar tentang penyakit patient and sebagainya.









Tapi jarang sekali kita jumpa patient as in sebagai manusia biasa?


So, jadi budak medik tu bukan manusia ke? Anda bertanya.


Budak medik yang macam robot, nampak je macam manusia.


Sebab kita kadang jumpa patient, without ada rasa macam "Ya Allah, kesiannya dekat makcik ni, dah 3 bulan sakit badan, pastu ada sembelit pulak,, huhu ..."


Sometimes we are just being too passionate about medical stuffs, nak tahu diagnosis dia, medication dia, etc,,, sampai hilang nilai nilai simpati. Kita tanya soalan dan soalan dan soalan. Macam mesin soalan. Sebab tu tadi kata macam robot. Tak salah pun kita tanya soalan banyak banyak, sebab memang kita kena ambik a very thorough history pun, cumanya kena ada body language yang baik... 


Now, baru nampak kepentingan masa 1st year dulu medschool suruh belajar modul Behavioural Sciences, famously known as BH, where we had learnt about how to communicate with the patients, and how to approach patient dengan biopsychosocial model.


Cuba bayangkan diri kita jadi patient, kita ni dah lah duk hospital, ada penyakit pulak, sakit situ sakit sini, tak selesa pulak duk hospital, jadi kalau ye pun nak ada orang interview atau "small chat" kononnya, kita nak lah orang tu ramah mesra, senyum, simpati..


Kalau dengan consultant, bila dia sarcasm atau marah ke, kita nak buat muka stone, takpe. Tapi dengan patient, avoid buat muka stone. Buat lah muka memahami, "ya makcik, saya faham makcik sakit". Intonasi pun kena lah ada naik turunnya.





Tapi tu lah, nanti dah kerja doktor betul-betul, lain pulak cabarannya. Tapi at least sekarang, kita make effort lah untuk jadi budak medik yang berperasaan sikit. Moga moga nilai nilai "lembut" ni sebati dengan kita sampai masuk alam pekerjaan, agar tak jadi macam karakter doktor garang dalam short film "Budak Baru".



Take home messages :

  • belajar memahami orang lain

  • prihatin

  • senyum

  • simpati dan empati

  • bersabar (haha especially kalau jumpa patient yang dia macam nak taknak entertain students hoho)

  • penyayang

  • doa (walaupun kalau kat sini patients not yet muslim, tapi kita doa je laa Allah kurangkan kesusahan yang dihadapi)



Tambah kita pelajar Islam medik, lagi lagi perempuan sebab pakai tudung, obvious sangat laa jadi duta Islam.


Walaupun patients yang kita interview tu tahu je kita bukan boleh buat apa apa pun dengan diorang, but at least with some conforting words, it can heals their emotion, insyaAllah.


Tu je lah nak kabornya. Next week last week for hospital rotation. The facts that I love to be in the hospital, yang buat kan aku rasa reluctant untuk miss pergi hospital. Haha. Bajet rajin, macam hari ni walaupun takde tutorial, saje nak clerk patients.


Sebab dah sort of promise kat GP, sebab dia kata kena improve communication, so I've told him my next rotation will be in the hospital, so Im gonna do practise on history taking.. Memang kena ar kan.. 


Rindunya kat GP. Ingat lagi masa time dia hantar pergi train station, dia cakap, tengok tu dah ada bunga kat rumput rumput, tu tandanya dah masuk spring... 



So itu sahaja nak dikhabarkan,, moga Allah jadikan insan insan yang ikhlas dalam menuntut ilmu dan moga usaha diberkati, ameen ya Rabbal 'alamin =)


Sekian, wassalam.


No comments: