Monday, September 30, 2013

Levetiracetam

Assalamualaikum..


Take a deep breath.... and let it out slowly.... Cehceh. Aku dah habis my very first exam as a 3rd year medical student. Tahun yang baru ni, Pharmacology menjadi pembuka peperiksaan. So, yeah again, pasal drugs semua lah. Benzodiazepine, carbamazepine, ethosuximide, lorazepam, valproate and many more! Supposedly minggu depan yakni 7 Oktober ada exam Pathology. Tapi tadi dapat emel cakap, exam Patho postpone 21 Oktober. Phew~

Firas pre-raya baju raya testing. #throwback


Rindu ayahnya guwe... T_T




Musim exam ni gedik sikit, homesick lols


Lega tak lega. Rasa bernafas sikit. Kalau tak macam dah lemas je every week exam. Anyway, sebab dah postpone exam, makin banyak laa kot topik yang masuk, ahah. So, pulun tetap pulun study ye anak-anak sekalian!


Aku exam tadi pukul 6.15-7.45pm. Pagi tadi kelas aku start pukul 9am sampai lah 1pm. Pastu 2pm-3pm. Supposedly pukul 3pm sampai 5pm aku ada kelas CPC Patho, tapi sebab Encik Parrfrey nampak kelas sangat sikit orang, dia cancel kelas and cakap kitorang boleh datang on Thursday, tapi attendance hari ni dia still ambik gak lah. Thanks Encik Parrfrey kerana sangat memahami isi hati kami yang nak exam pukul 6pm on the same day tu! Guaner bohh nak fokusnya, otak duk pikior pasal pharmaco.


Pastu tadi, exam aku kat lecture hall yang sebelum tu ada budak 2nd year punya lecture. Wallaweyh, feel blessed bila junior ucap goodluck all the best bagai. Wohoo~ Tambah tambah aku among yang cepat gila masuk lecture hall, belum sempat diorang keluar, so of course lah terserempak dengan juniors. Nothing much can I say, but just thank you and may Allah bless you girls.. 


So, point penting hari ni ialah... Hargailah orang di sekitar anda. Kadang ada yang kita tak rapat sangat pun, but still they hope the best for you. Dan nikmat dikelilingi dengan orang-orang yang baik, alhamdulillah. Thanks ya Allah so that I can be a better person jugak macam diorang. Very supportive people. Sekarang pulak dah jadi senior, memang nak kena tunjuk qudwah yang baik ler kat adik-adik sekalian. 


And then pagi tadi jugak ada talk pasal kes Kevin apa entah. Pointnya ialah, tentang kecuaian doktor dalam mendiagnosis pesakit. Kadang kita jadi doktor, kita ingat kita ni je yang betul, kita tak ambil pandangan orang yang takde basic medicine.. Jadi, jangan macam tu, barangkali sikap kita dalam bekerja might risk the safety of the patients. Pembunuhkah kita? 


The same thing goes bila kita bekerja dalam sesebuah organisasi atau persatuan. Jangan disebabkan kemalasan kita, membuatkan sesuatu perkara rosak berterabur semuanya.. 


Sekian, itu sahaja. Harap dapatlah points yang nak disampaikan.


Wassalam.

No comments: