Wednesday, September 25, 2013

Workouts Wednesday

Assalamualaikum!


Hari ni hari Rabu, kalau blogger tegar tu selalu akan post satu entry, namanya "wordless wednesday". Aku sebagai budak medik pun, every wednesday je, memang itu "wordless wednesday" aku yang aku maksudkan sebagai satu hari yang, perh perh penat sangat.


Bayangkan...

CUH----30min--->Western Gate Building----5mins---->Brookfield-----20mins----->CUH-----30mins---->Western Gate Building-------30mins------>Home sweet home.


Penat tak penat. Tapi inilah lumrahnya. Aku anggap benda benda ni sebagai untuk tambah stamina diri je lah, sebab dah lah tak gi exercise kat gym ke apa. Hehs. Ni kira work outs aku lah ni. Lols.


So, tadi masa on the way balik rumah dengan Farah-Chan, jumpa lah budak-budak kecik irish yang comel yang kembar main-main beskal dengan mak bapak dia tunggu kat luar. Lalalala.... Comel sangat bohh.. Rasa hilang sikit penat berjalan kaki tengok anak-anak kecil ni. Mungkin agaknya, itulah apa yang ibu bapa rasa, bila penat bekerja, balik tengok anak-anak, rasa tenang je...


Tapi kalau anak-anak buas, lek lu, jangan jadi gorilla dulu... Sabar banyak deh.. Anak tu kan anugerah Allah, kita yang diamanahkan kena jaga elok-elok and betul-betul.


Okey itu cerita pasal kekeluargaan. Sekarang cerita pasal hospital rotation pulak. Hari ni 2nd last day aku untuk first rotation aku dekat CUH. Ya Allah, cepat gila 4 minggu rotation berlalu. Pejam celik pejam celik, eh dah habis first rotation? Overall, sangat enjoy. Sebab this time around aku rasa lebih banyak speaking English. Dengan patients, dengan consultants, doctors, interns, staff nurse and team mates irish. 


Kalau yang bukan medik, mesti kurang faham maksud "clerking" yang selalu dicanang oleh budak budak medik. It generally maksudnya kita as medical student, pergi jumpa patients and buat history taking. Kita akan tanya lah, why do you come here, past medical history dia, past surgical history dia, medication dia, allergies dia, vaccination dia, social history dia and macam-macam lagi soalan nak kena tanya lah sebenarnya. Kalau selalu practise, insyaAllah lama-lama soalan yang kita perlu tanya tu macam natural je, macam bak kata consultant urology aku, "bang, bang, bangg," sambil petik-petik jari dia. Haha.


Cakap pasal consultant urology aku ni, haha, aduhai kelakar gila hari and rasa loser gila tak dapat jawab soalan dia. Tapi aku maafkan diri aku lah, dah menda tu memang aku tak pernah belajar pun.. So, as a medical students, memang moments macam "Oh God, I know nothing about that!" haa itu biasa. Yang penting jangan down, and balik hospital buat homework. Masa first session, consultant ni serius gila okey, haha, cuak jer, pastu bila dah second session tu, dia macam gelak-gelak sikit sebab mesti kesian tengok kitorang terkial-kial nak jawab soalan dia masa awal pagi tu, lols. 


Cool habis dapat tutorial dari consultant terus. Looking forward untuk second rotation aku kat Bons. Wohoo~


Next, just nak post a few pictures from FF hari tu. Hihi.


Farah-Chan & Nabe' di Youghal


Diorang kata yang hijau2 tu rumpai laut.



In baking, the only thing I'm good at is buat peach cobbler. Bajet cam ana lah, nak buat untuk Along dalam cerita hlovate 5Tahun5Bulan. Eh dimanakah "Along"?

Jadi AJK Masak masa FF, memang best. Team mates semuanya cool and I had so much fun this year. Jangan pandang enteng kerja jadi AJK Masak, kerana anda serve peserta dengan makanan agar mereka bertenanga sepanjang program menuntut ilmu. InsyaAllah kalau ikhlas, ada ganjarannya kak oi!




RINDU MALAYSIA! InsyaAllah lagi 8 bulan!


Tadi masa sebelum solat Maghrib, Nasrah cakap dah sebulan dah kitorang balik Cork. And that mean, lagi 8 bulan balik Malaysia, weeheeheee. Ya Allah permudahkanlah urusanku dan sahabat2ku. Berikan kami kekuatan dalam melakukan kebaikan! 



Sekian, wassalam.. :)

No comments: