Friday, August 30, 2013

Ortho Week


Assalamualaikum everyone!!! Welcome back to school, hahaha.


Dah sebelas hari tak update blog. Dari last week, teman ni busy melayan air mata untuk pulang ke Cork ni haa. Dah sampai dah pun. Dah seminggu pun start kelas. Alhamdulillah!


So, minggu first as a 3rd year medical student ni jugak dikenali sebagai Ortho Week. Sebabnya kitorang belajar pasal orthopaedics. Banyak benda lah kena belajar seperti arthritis, fractures, spine disorders la and many more. Dari Isnin lepas sampai hari ni, lectures from 8 to 10 am on various topics. Pastu tadi ada test, tapi tak ambik markah lah. Hehs. 


Yang awesomenya, lecturers yang mengajar ni semua consultant kot. Perh perh. Apa yang aku perasan doktor ortho ni sangat cool oh. Ada sense of humour and takde lah serius tak tentu pasal. However, tapi kalau orang tanya aku, minat tak nak specialise in ortho? Errr tak kot. Gambar gambar dalam slides lecturers aku banyak yang scary. Fuhhhh. Mungkin jugak aku tak nak specialise in Emergency Medicines because i need times untuk feel "i'm okay" bila tengok kecederaan accident yang OMG seram gila.


PEI was delighted to support the Orthopaedic Core Curriculum programme (Cadaver Session) which was held in Cork on Thursday May 23rd last. The session was hosted by Mr. James Harty, Consultant Orthopaedic Surgeon, Cork University Hospital.


Eh. Gambar atas tu gambar training jadi doktor ortho. Saje bagi hiasan. Kang letak gambar luka-luka, ada yang muntah depan laptop jugak kang, eh. 


Lepas tu untuk clinical practise pulak, kitorang belajar macam-macam gak lah. 


First, manual handling. Masa dalam small group kitorang tu, kena belajar cara-cara nak angkat barang. Kena bend the knee bagai. Haha. Padahal kita before angkat barang berat ikut suka hati je, takde masa nak fikir, i have to bend my knee, look straight forward and bla bla. Pastu belajar juga teknik teknik nak berjalan berpimpin tangan dengan patients, cara nak angkat patients. 


Secondly, belajar pasal hand hygiene. Tetiba teringat masa program celik sihat rebung. Aku kot yang ajar cara basuh tangan semua. Pastu masa kat kelas ni, tiga kali tangan kena masuk screening biru tu tengok ada kuman atau tak, 3 kali baru lepas dengan lecturers. Haha. Nasib baik lecturer I tu baik okey, dia nasihatkan suruh potong kuku atleast twice a week. Lolsss. Kalau boleh taknak nampak putih-putih tu pun. Tapi tu la, aku perasan masa 2nd round aku screening, bahagian permukaan kuku la banyak yang kotor. So next time, kena cuci bahagian tu lebih sikit. 


Thirdly belajar pasal scrubbing. Huk alorh sampai 3-4 kali nak kena cuci tangan sampai ke siku. Mahu setengah jam sebelum nak masuk oepration theatre gamaknya. But that is what all the surgeons and the teams kena buat lah sebab nak prevent infection daripada kena patients kan. And then pakai gloves pun kena belajar. The cool things is pakai gown. Weee, tetiba nak jadi surgeon padahal tidaklah sama sekali.


Throwback. Haha. Ni namanya ber-scrubbing di sungai.

Melihatkan gambar gambar kecederaan, apa yang boleh aku nak reflek dari minggu ortho ni, jaga lah diri baik-baik. Please say alhamdulillah that Allah still allows you to live like a normal person today. Tulang belakang takde bengkang bengkok, takde tulang tulang patah, takde luka luka besar (eh tapi luka di hati tak dapat nak tolong laaa haha). Berhati-hati lah bila buat sesuatu kerja tu, termasuklah bila memandu ke, membonceng motor ke, jaga keselamatan diri sendiri dan orang lain. Tapi kalau sudah ditimpa kemalangan atau kecederaan, memang tak boleh nak elak, kena redha and tabah lah. Andai ada yang silent reader yang ada kecederaan di mana mana termasuk di dalam hati, aku doakan semoga cepat sembuh! Kita boleh berusaha mencari rawatan, tapi Allah jualah yang menyembuh kannya, dont forget that ya!


Overall, minggu ni not too bad lah. Takde lah homesick macam last year bila sampai kat Cork ni. Aku nak nangis tapi takde air mata pulak. Haha. I hope, I will enjoy my third year studies throughout the year lah. Mohon doanya yer!


So, itu jelah updates untuk minggu ini. Esok insyaAllah ada Riang Ria Raya PPMC. Sebagai exco, kena masak lah ye tak, hohss. Tapi jadi kuli je lah, nak jadi chef, urghh tak mampu den.


Sekian, wassalam.

No comments: