Monday, August 19, 2013

Hangat-hangat

Assalamualaikum..


Semalam aku saja lah buat survey kat twitter, apa yang anda faham dengan pepatah, "hangat-hangat tahi ayam" menerusi kaca mata Islam. Ingat ada orang nak reply lah, but lupa, diri ini bukan selebriti. Hampa, takde siapa reply, hahah.


Secara umumnya, yang aku faham, hangat hangat tahi ayam ni, maksudnya, bila kita nak buat something, masa mula mula je kita sungguh-sungguh, masa mula mula je kita semangat. Lepas tu, makin lama, prestasi makin merudum. Semangat kita dah tak berkobar-kobar seperti dahulu. Dimanakah silapnya? Banyak faktor lah sebenarnya, berbeza antara setiap orang. Antara sebab yang common, sebab kita takde geng untuk compete, ataupun sebab kita rasa kita tak nampak reward di sebalik perbuatan kita itu.


And then masa aku tengah berangan kat rumah, tetiba terfikir, sifat hangat hangat tahi ayam ni bahaya. Takde lah bahaya sampai menggadaikan nyawa, tapi...








Contohnya lah aku create kisah rekaan. Namapun create, duhh ain. Masa bulan Ramadhan. Ada seorang lelaki bernama Ali. Ali ni masa permulaan Ramadhan, masyaAllah semangat gila beribadah. Tapi as time goes by, lama lama semangat dia makin luntur.. Boleh pulak masa akhir Ramadhan tu, orang pergi Tarawikh kat Masjid, dia pergi lepak dengan kawan lama kat Pub. On the way nak gi Pub untuk berlagha, tetiba accident, masuk longkang sungai klang, mati lemas dalam kereta.


Agaknya itu mati dalam keadaan baik ke tidak baik? Secara kasarnya mati dalam keadaan tak baik la sebab nak buat bena tak baik. Tapi tukang cerita ni tak pastilah kalau Ali masa tu dia ubah fikiran nak gi Masjid ke, itu luar rekaan. Yang nak tekankan kat sini, Ali mati dalam keadaan tidak baik.


Sayang ke tak sayang. Dah elok elok masa awal Ramadhan, beribadah, kumpul pahala semua, tapi bila akhir Ramadhan lain pula jadinya. Betapa pentingnya sebenarnya pengakhiran hidup kita. Bagaimana kita nak create ending yang diredhai oleh Allah sebenarnya. Sebab tu jangan sibuk judge orang, aihh dia ni tak tutup aurat bla bla bla, sebab kita ni pun tak tahu pengakhiran hidup kita ni macamana. Sebab tu after solat, kita doa kat Allah, mintak Allah bagi pengakhiran yang baik dalam hidup kita.


Bajet retis kan kita ni kadang-kadang, dengan amal tak seberapa, lalu berangan nak masuk Syurga. Allahu Allah...


So, berbalik kepada hangat hangat tahi ayam. Nampak tak apa yang aku cuba nak relatekan dengan kisah Ali? Harap nampaklah. Jadi dalam beramal, kena konsisten, ataupun orang selalu kata kena istiqamah. Takutnya kita kalau Allah ambil nyawa kita dalam keadaan iman kita jatuh merosot. Yes, iman ada naik turun, moga Allah matikan kita dalam keadaan orang yang beriman.


Tapi jangan pulak kita diri sendiri yang insyaAllah ada kefahaman Islam ni, cakap dalam hati, "ohh pengakhiran tu yang penting, so skang ni baru permulaan, boleh lah buat jahat dulu, later-later dah tua bangka bertaubat lah,". The point is, tahu ke bila masa pengakhiran kita tu? Niat kena jaga.


Nak konsisten tu bukan senang. But I guess the best way to be istiqamah ialah tawakal kepada Allah. Kena percaya, Allah lah yang beri kekuatan untuk kita tetap terus beribadah, tetap ikut perintahNya, tinggalkan laranganNya. Di kala mana kita dah mula rasa malas beribadah, sedihlah hati kita akan kerana tidak disinari cahaya dari Ilahi. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk tetap tekun menjadi hambaMu.


Sama juga bila nak start masuk belajar ni. Jangan mula mula je nak semangat, lama lama makin malas. Agak agak dah sedar masuk fasa pre-malas, minta kawan tampar sekali, hehs. Orang berjaya, kena pandai jaga momentum.


Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat 41:30)


Sekian, wassalam.

No comments: