Thursday, August 15, 2013

Nak Study Obersea Gak!

Assalamualaikum..


Baru baru ni, budak budak batch 14 kyuem dah selamat terima keputusan A Level diorang. Alhamdulillah. Tiada berita mencederakan diri atau membunuh diri. Semuanya selamat dan redha dengan results masing-masing. Kalau yang lepas requirement tu, mesti lah gembira gila kan. Bagi yang tak lepas, don't worry. Ini bukannya pengakhiran segalanya. Peluang ada di mana-mana. Tapi ianya tak muncul begitu saja, kena usaha mencarinya.


Aku bukanlah orang yang terbaik untuk bagi motivasi kalau tak lepas requirement after A Level ni, tapi orang yang pernah melaluinya pasti lebih baik untuk depa share how they survive after A Level. Alhamdulillah, so far aku tengok sahabat sahabat yang tak lepas requirement, yang tak fly, semua sihat belaka, ceria bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta.


" Hang tak berada kat tempat diorang, senang cakaplah,"


Betul. Memang tak dinafikan, kalau kita tak berjaya dapat apa yang kita hajatkan, kita akan rasa kecewa. Okey fine untuk kita kecewa, normal lar tu tapi yang penting jangan berputus asa dari rahmat Allah. Rezeki Allah memang Allah dah tetapkan untuk kita. Dan itulah yang terbaik, aturan Allah. Aku tengok sahabat yang di Malaysia masa tak lepas requirement, memang lah sedih takde placement semua, tapi diorang usaha carik, and Alhamdulillah dapat jugak placement. Allah mungkin nak ajar kita letak effort lebih sikit dari orang lain. Setiap effort tu ada pahala tau sebab kita berusaha cari jalan untuk dapatkan ilmu! Jadi jangan mudah mengalah!


Ada je orang yang dah fly, dapat placement, especially kalau medic, ada kes terpencil, yang quit belajar sebab tak dapat cope study medic. Haa jadi nak cakapnya, jangan ingat bila dah fly, semuanya indah belaka. Belajar dalam negara ke, luar negara ke, kat mana-mana sahaja kita boleh timba pengalaman untuk mendewasakan kita. Yang masalahnya kalau belajar kat mana-mana, tapi jadi robot yang hanya tahu belajar. Taknak berpersatuan, taknak bercampur gaul, taknak menyumbang. Haa ini berat nanang sebab akan melahirkan individu yang selfish. And paling best, ada rezeki, boleh sambung master kat obersea, doalah!


" Tapi study oversea boleh gi jalan jalan europe,"





(Kalau study Malaysia, boleh jumpa family selalu. Itulah nikmat paling best budak yang study kat Malaysia, jadi sila lah bersyukur.)



Bab ni susah nak cakap. Kalau yang kaki jalan, kaki melancong, mungkin akan heran sangat pasal bab melancong europe ni. Aku? Entahlah. Takde perasaan. Peluang dapat jalan jalan tempat orang ni, memang rezeki Allah bagi and aku tak hope sangat pun. Kalau ada masa, ada duit, pergi lah jalan mana mana. Cari ibrah. Ni banyaknya yang gi melancong ni, posing gambar je lebih! Haha. History and culture tempat tu tak ambik tahu pun, yang penting post kat facebook, yer? Aku punya mind set, takpe lah tak dapat jalan banyak tempat pun skang, boleh gi untuk honeymoon ke, cuti bawak anak anak gi jalan ke. Kenapa nak kelam kabut, ada usia, ada rezeki, boleh pergi, insyaAllah. Yang study dalam negara pun... Malaysia pun banyak tempat best apa! Takpun dah kerja nanti, boleh gak gi jalan jalan obersea.


Apa apa pun, kat mana pun Allah letakkan kita, pasti ada hikmahnya. Dont ever deny that. Carilah ibrah di mana sahaja anda berada. Allah mahu ajarkan kita tentang kehidupan yang sebenar. Jangan berputus asa! Kalau kita melihat kehidupan lebih dari kehidupan di dunia, kita akan rasa lega sebab kita tahu, yeah Allah got somethings good for me after this test etc. Ingat, kita hidup untuk cari redha Allah, jadi pasrahlah akan ketentuan Dia tapi bukan mengaku kalah.


Haha ni sebenarnya nasihat untuk aku nak masuk 3rd year jugak ni. Dah dapat aura syahdu nak nangis kat airport ni huwaaaaa... Cuma tu lah, study berjauhan dengan family ni, kena korban sikit lah, rasa rindu, the local foods pun haha. Tambah belajar medic... Kena struggle lebih sikit. Tapi somehow masa lepak lepak kat rumah, ada rindu jugak lah my hectic life. Memang pijak katil masa malam je bro, siang hari guwa takde masa nak lepak atas katil..


Untuk yang struggle belajar tak kisah lah course apa pun, di kala mana kita stress why this is so hard, remember peluang menuntut ilmu yang Allah beri. Jangan siakan! Orang lain sibuk nak belajar, nak berada di mana kita berada, and kita tak boleh simply give up. Hargai nikmat Allah bagi tu. Tambah yang pegang biasiswa especially Majlis Amanah Rakyat. Amanah tu weyh. Then hang nak malas malas study, study guna duit rakyat ni lagi laaa. Allah, baru sedar sedang memegang amanah rakyat!


“Dare to live the life you have dreamed for yourself. Go forward and make your dreams come true.”
― Ralph Waldo Emerson


So, teruskan bermimpi untuk capai apa yang korang mahukan. Semoga dipermudahkan perjalanan oleh Allah. Doakan aku jugak okies..


Sekian, wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Ameennn :)

Anonymous said...

Ameennn :)