Monday, August 12, 2013

Maju Dah?

Assalamualaikum.


Selamat hari raya korang! Semoga amal diterima Allah. Dah seminggu tak update blog, cuma rajin update fb, twitter and instagram sahajork. Haha. Alhamdulillah raya tahun ni meriah sangat, disamping meriah juga aku mendapat duit raya. Terima kasehhh!


Nak cerita pasal raya pun macam dah takde feeling, so aku nak cerita isu semasa lar sekarang ni. Amboi haiii, ramai betul bertunang di bulan Syawal mulia ni. Banyak betul kejutannya. Tetiba rasa peer pressure, hahah. Anyway didoakan semoga hubungan mereka diberkati Allah dan jangan lupa mengajak ke walimah nanti, eheh.


Aku rasa korang mesti penah dengar ayat ni, kawen awal nak. Mati awal nak? Sentap tak sentap. Tak salah pun sebenarnya berangan nak bertunang awal ke, kawen awal ke, tapi pada masa yang sama, prepare lah kehidupan di alam sana. Kita semua ni bukannya semua confirm akan bertunang, berkahwen, beranak, dan ber ber lain, tapi pasti ber-mati. So, always remember that whenever kita rasa huk alorh bila turn gua nak menikah ni broo.


Sekali lagi, tahniah yang sudah maju ke hadapan. Jangan excited sangat, tanggungjawab bertambah tu in term of menuntut ilmu keharmonian rumah tangga dan tarbiyatul aulad. Penting tu. Haaa yang belum maju ke depan tu, jangan rileks je, buat persediaan awal, so that bila masanya dah tiba, tak perlu nak kalut gelabah bagai.


Masa cuti ni galak lah duk fikir bab baitul muslim ni, tunggulah balik Cork, ke-busy-an menanti, takde masa nak pikir. Hehs. Less than two weeks nak balik Cork. Macam macam perasaan. Excited nak masuk third year, nak rasa pengalaman clinical years macam mana. Paling best, budak aucms yang twinning dapat jadi fullcourse, cool gilaa! So makin ramai lah Malaysian kat Cork yang akan stay instead of diorang balik Malaysia Januari tahun depan.


Dan yang merisaukan, masuk third year ni insyaAllah akan jadi naqibah lagi kot, cuak jugak ni, harap dapat jadi lebih baik dari sebelumnya. Ilmu pun haii takut berada di takuk yang lama je. Buku raheeq makhtum pun tak khatam lagi. Aduhai. Dah tu tak revise sangat pun patho pharmaco sempena nak masuk third year ni. Plan so many things to do, end up dapat buat sikit je. Hehs standard ler tu azam masa cuti, hehe.


Apa apa pun, doakan lah yang terbaik untuk perjalanan aku menjadi pelajar perubatan tahun ketiga. Akan ada banyak benda nak belajar, akan ada banyak pengalaman yang akan ditimba insyaAllah, dan aku mengharapkan doa kalian agar jalan berliku ini mampu aku lalui dengan pertolongan Allah. Mohon doanya!


Tetiba nak quote ayat ni, "Make du'a and turn your heart over to the Al-Wadud, the Most Loving, and seek His Love, Guidance, and Mercy in your marriage. The emptiness you feel at times, the frustration, or loneliness is part of your own test. Turn to Him, for He is also the Turner of Hearts."


Sekian, keep calm and keep on praying! :)

No comments: