Tuesday, August 6, 2013

Hadiah Ramadhan

Assalamualaikum..


Dah 28 Ramadhan. Cepat tak cepat masa berlalu. Tapi tak boleh nak undur balik dah. Nak menyesal tak manfaatkan ramadhan pun takde faedahnya, kang orang dah banyak kali pesan kat fesbuk suruh prepare untuk ramadhan.







Apa apa pun, Alhamdulillah, terima kasih ya Allah sebab masih bagi peluang hamba yang hina ni, hamba yang sarat dengan dosa ni untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. Itulah bukti kasih sayang Allah pada kita. Kalau syaitan diikat, kita ni yang sentiasa buat dosa ni, Allah tak ikat pun. Allah biarkan je kita bertebaran di atas muka bumi sebab Allah nak kita ni kembali sedar dan taat kepada Dia. Alhamdulillah! Syaitan memang confirm confirm masuk neraka, tapi Allah tak mahu sebenarnya nak kita ke neraka, Allah nak kita masuk syurga dan sebab itu Allah bagi manfaat yang sangat sangat besar dalam bulan Ramadhan untuk kita kejar manfaat itu.


Bagi aku Ramadhan tahun ni sangat special. Kalau artis selalu cakap, "bagi saya ini tahun pertama saya berpuasa bersama suami saya, sediakan sahur dan hidangan berbuka untuk dia bla bla," but aku tak lah hahah. Special dan penuh bermakna. And boleh cakap this is the best Ramadhan i ever had and aku harap dapat lagi bertemu Ramadhan yang seterusnya sebab nak rasa betapa istimewanya Ramadhan ni di hati.


Untuk mencari malam lailatul qadar, takde maknanya kita cuma mencari di malam malam ganjil 10 malam terakhir. Lailatul qadar ni hadiah bagi mereka yang konsisten dengan tarawikhnya, mengawal nafsu masa puasanya dan semasa berbuka, bangun malam ataupun paling koman bangun solat sebelum sahur or qiam. Aku sendiri pun tak tahulah aku ni bangun ke tak masa malam lailatul qadar tersebut. Sebab tiga empat hari lepas aku selsema batuk demam bagai so macam tak larat nak bangun qiam.


Masa malam 27 Ramadhan tu, tercelik pukul 1.46am. Mula mula nak guna alasan selesema malas nak bangun, tapi masih waras, ni kalau dah terjaga macam ni, memang Allah nak suh bangun qiam, hang taknak buat hang rugi! So, gagah jugaklah untuk qiam.


Honestly speaking, the 26nights before, rasa susah sangat nak nangis walaupun masa bangun qiam, hati batu betul. Yes tahu je banyak dosa tapi macam aishhh kenapa susah sangat nak nangis mengenang dosa ni, Allah tolong la lembutkan hati aku ni. Tapi malam tu, rasa damai sangat. Sunyi yang amat sunyi. Dan berjujuran lah air mata. Just think that this will be your last Ramadhan...


Yes kita selalu ucap, "ya Allah, ampunkan lah segala dosa dosa ku,". Statement yang general. Tak salah pun. Tapi kadang kita kena speak out apa dosa yang kita buat. Takde masalah mengaibkan diri sendiri, ni memang antara kita dengan Allah. So just luahkan apa kesalahan yang kita buat, and sesali atas kesalahan tu. Ada masalah, luahkan apa masalah tu, bukan sekadar doa "ya Allah selesaikanlah masalahku," luahkan sedetails detailnya meskipun Allah tahu je apa masalah kita tu. I did that. And subhanallah, rasa lega sangat , rasa tenang yang amat. Minda rasa ringan sebab dah luahkan semua benda yang bercelaru.


Allahuma innaka afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu 'anni. MasyaAllah, this doa is very powerful to bring peace in our heart. Jangan sekadar lafazkan, tapi hayati maknanya. Salahnya kita dalam berdoa, kita selalu lafaz, tapi ada tak kita letak pengharapan yang bahawa Allah sedang mendengar doa kita dan akan mengkabulkannya?


The best part of this year Ramadhan is haha this will be macam "women talk" tapi takpe laa. I have managed untuk tak tinggal puasa from the first Ramadhan until 27th Ramadhan. Hadiah dari Allah yang aku amat amat hargai! Sebab supposedly 'kena' masa minggu minggu akhir Ramadhan, tapi Allah bagi peluang untuk terjaga masa malam 27, untuk lembutkan hati yang keras ini untuk sedarkan diri "Ain you have a lot of sins, mintak ampun sungguh sungguh, admit all your mistakes,".27/29.


Alhamdulillah. Apa yang lebih penting tak kisah lah berapa banyak solat tarawikh kita dah buat, berapa banyak malam kita dah bangun qiam, kita mengharapkan Allah menerima amalan amalan kita semua, ameen ya Rabbal 'alamin...


Two most important values in Ramadhan are kesabaran dan konsistensi. Sabar in term of mengawal nafsu. Sebenarnya, tak salah pergi bazaar, boleh je korang plan aku nak gi bazaar tapi taknak beli apa apa tapi saje nak test nafsu. Seriously you guys will feel good after that haha kononnya berjaya kawal nafsu la. Padahal berbuka sakan juga tu. Aigoo.


Konsistensi pulak, solat solat sunat yang korang buat, bukan boleh buat dalam bulan Ramadhan je, tapi dalam sebelas bulan yang lain pun mampu buat. And then sebenarnya korang bukan tak mampu puasa sunat Isnin Khamis, bulan Ramadhan yang sebulan pun korang mampu buat. Korang mampu konsisten bangun qiam like 4times per week, takkan dalam tempoh sebulan dalam bulan lain tak mampu nak bangun walau sekalipun? Time to reflect.


Semoga kita semua grad dari madrasah ramadhan dengan jayanya insyaAllah.


Sekian, wassalam.

No comments: