Friday, August 2, 2013

Kalau Aku Kaya

Assalamualaikum..


Kalau aku kaya,
Hari hari hari raya,
Bil-bil jiran keluarga,
Aku belanja selamba...
Kalau aku kaya,
Aku beli segalanya,
Bungkuskan semua,
Hadiahkan pada mama..


Hehs. Kaya ni ada macam macam jenis. Ada orang kaya, tapi jiwa tak tenang. Ada orang kaya, tapi terlantar sakit. Actually, kita ni sebenarnya memang nak sangat jadi kaya ke? Haaaa yang korang family memang kaya raya takyah jawab ler, kome memang dah kaya. Ni soalan untuk yang kurang kaya harta ni, hahah.


Kalau nak aku definisikan erti kaya tu, bagi aku, kaya tu means hidup kita tenang. Kita mampu beli apa yang kita nak, takdelah sampai tahap membazir. Pekerjaan kita susah, tapi kita rasa puas. Ada keluarga yang bahagia, keluarga yang taat pada Allah, memahami, menyayangi. Ada peribadi dan personaliti unggul or in other words kaya budi bahasa. Kesihatan yang baik pun satu kekayaan. Orang orang baik yang mengelilingi kita pun. Senang cakap, katakan kalau rumah bukan rumah banglo pun atau kereta bukan kereta ferrari ke, kita rasa serba serbi cukup.


Yeahhh itulah term yang dicari. Serba serbi rasa cukup! Orang yang selalu bersyukur kat Allah, orang orang ni lah sebenarnya yang paling kaya. Sebab dia appreciate every single thing yang dia dapat dari Allah. Now, look at yourself. Ada mata, hidung, tangan, mulut, kaki, memang kalau nak list nikmat Allah ni, berkajang kajang kertas pun tak habis.


So, whenever you feel, kenapa dia kaya harta, aku tak karya harta, istighfar, ada sebab kenapa Allah tak bagi perkara yang kita nak. Mungkin bukan sekarang, but in the future. Mungkin dengan harta, buat kita leka dengan dunia, we never know that. Dalam ayat Al Quran pun Allah berfirman, kalau kita bersyukur, nescaya Allah akan tambahkan nikmat-Nya. So, say Alhamdulillah!






Now, Malaysia banyak la kisah pasal mencemar Islam ni. Pasal gambar selamat
berbuka dengan bak kut teh. Pasal video salam raya dengan anjing. I would like to quote this from fb.


"The video has created uneasiness, as it is inappropriate....seems like the ablution was performed on the animal, the background music was inappropriate too, plus a woman shouldn't be wearing man's attire.

It's a provocation towards the society, but is not a crime that deserved her to be locked-up. If we observe that as a provocation, we too should observed things that we nowadays always take lightly, ie: not covering aurah, mixing freely with non-mahram, back-bitting etc etc which we always do;(, as something which Allah not please with, and try to avoid.

But her love towards another God's creatures is something that we should respect.
According to Mazhab Maliki, dogs can be kept as guarding animals. Touching and stroking dogs is not a sin, some scholars teach to only sertu ie: perform 6 wash with air tanah, 1 wash with air mutlak if the dog licks. Touching non-mahram is a sin and have to ask for forgiveness. Being nice to a dog can be a reason to reach jannah, in the story of ashabul kahfi, the men were told to live in the cave with a dog. So it is not a creature to be hated;)" -Maryam Jameelah


Straight to the point. Okey fine la kalau kita nak marah ke apa, but wait, kadang kita sendiri tak sedar yang akhlak kita ni pun mencemar Islam. Contohnya, kalau kat mesir, memang banyak kes pencopet. Negara Islam tu. Islam tu sempurna, orang Islam itu tidak. Tapi still akan bagi bad impression non muslim terhadap Islam. In a way, tu kira mencemar Islam. Kalau tengok yang suasana kita ni pulak, couple pegang tangan, tak tutup aurat, ikhtilat, kita tak rasa pula perkara tu mencemar kesucian Islam. Tapi bila non muslim buat video, aihh mula semua nak reactive. Di manakah senses kita, orang yang faham Islam dan yang tak faham Islam?


Lagi satu, pagi tadi tengok cinta ilmu. Ustaz Badli Shah cakap, kita kena tahu beza sunat dan wajib. Contoh buat majlis buka puasa ke, aktiviti kebajikan ke. Perkara tu sunat, buat dapat pahala. Tapi bila buat kebajikan tu, aurat tak tutup, pergaulan lelaki perempuan tak jaga. Walhal tutup aurat tu wajib, jaga batas pergaulan tu wajib. Jadi berhati hati lah kita dengan amalan kita. Yang tuan tulis ni pun banyak kelemahannya.


Sekian, teruskan perjuangan di akhir ramadhan, tapi jangan terhenti sampai 1 Syawal je.


Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

setuju

kueh