Wednesday, July 31, 2013

Ibu Bapa Vs Cikgu Cikgi

Assalamualaikum.


Aku rasa aku ada nampak somewhere dalam newsfeed facebook ada orang share pasal ada pelajar tak siapkan kerja sekolah, and then cikgu denda dia, and pelajar tu jadi emosi and then bapa dia report kat polis. Lebih kurang macam tu la. Siapa yang tahu, boleh betulkan. Lagipun before ni kita dah selalu dengar kes kes cikgu denda pelajar pastu pelajar report kat parents dia.


Hurm. Kalau kita orang luar ni, yang bukan ibu bapa, kita mungkin rasa,

"huk alorh mengada-ngada gila budak ni. Kena denda je, nak report kat mak bapak. Ni lah budak budak zaman skang,"

Takpun kita mungkin rasa,

"Ish parents ni, manjakan sangat anak anak. Zaman dulu, students kena denda, kalau report kat mak bapak, kat rumah mak bapak marah budak tu lagi,"


Well, masalah macam ni, kena tengok dari banyak angle. Angle sebagai cikgu dan angle sebagai ibu bapa.


Sebagai cikgu, yer of course le kita marah anak murid kita buat hal, seperti tak siapkan homework, tak dengar cakap cikgu masa dalam kelas. Cikgu cikgu zaman lar ni bukan macam zaman dulu. Budak zaman dulu lain, budak zaman sekarang lain. Jadi the way to tackles this kind of students yang liat ni pun lain. Nak denda pelajar? Personally aku rasa tak kisah, supaya boleh bagi pengajaran kepada student yang liat tu dan students yang lain. Persoalannya sekarang, bagaimana nak mendenda pelajar tu? Adakah dengan denda tu dapat membuatkan pelajar itu bertambah rajin?


Pernah sekali tu dengar Celik Hati Prof Muhaya, prof cakap denda pelajar lebih kurang macam ni, tulis satu kertas kajang, tulis 'saya budak rajin' banyak kali, biar masuk dalam minda bawah sedar bahawa dia tahu dirinya seorang yang rajin. Pendek kata, denda yang berhikmah. Dalam nak menghukum, jangan lupa memuji walaupun students tu liat. Pujian itukan menambah akaun emosi. Tapi budaya kita ni, memang kurang pujian.


Tapi faham je lah, tugas cikgu sekarang makin mencabar, dengan stressnya, cikgu pun ada emosi juga. Siapa pulak nak topup akaun emosi cikgu cikgu ni? Hehs. Sebab dengar kata, tugas cikgu sekarang bukan sahaja mengajar, tapi kena buat kerja kerja administration juga. Kat sini lah pentingnya sabar, ingat reward cikgu kat dunia mungkin tak seberapa, tapi di akhirat kelak, besar ganjarannya. Jadi didiklah anak anak murid dengan penuh hikmah dan kasih sayang!


Sebagai ibu bapa pulak, haihh, susah nak cakap sebab bukan ibu bapa. Tapi kena selidik betul betul la dari anak anda yang kaki report tu. Kalau betul anak tu salah, takde lah nak suruh pergi rotan, tapi consult lah anak tu. Bagitahu, kenapa cikgu buat macam tu sekian sekian, bukan terus terus nak gi marah balik kat cikgu tu. Ibu bapa kena ingat ye, kalau anak buat jahat, orang tak tanya tau siapa cikgu kamu? Orang akan tanya, siapa mak bapak dia?


Bukan senang nak didik anak-anak zaman sekarang. Tengok anak anak buah macam macam perangai, I'm not ready yet to have kids. Ceh ayat bajet macam dah kahwin je. Ibu bapa ni pendidik utama anak anak, dan jadi pendidik, kesabaran memang kena super tinggi laa. And nak manjakan anak takde masalah, tapi kena ada limitnya.




Dari kiri: Aku, mak, mirah and ayah. Gambar tahun 2003 kot. Masa tu form 1. Omg, this was 10 years ago? Tuaaa!!!



Kalau nak down to memory lane, haha, kakak kakak aku memang zaman diorang dulu selalu la kena marah dengan ayah aku kalau result exam tak okey. Tapi masa aku tak lah, sebab result aku okey, ahah. Riak di situ, lol, just kidding. Sebab gap aku dengan kakak yang third tu 6 tahun, so tak ingat sangat.


Cuma zaman aku sekolah, serius tak pernah okey mak ayah aku check homework aku pun. Budak baik, mana pernah tak siap homework, hahah. Time after habis exam, aku kumpul results exam, and then tunjuk kat mak ayah aku dengan bangganya. Masa tu boleh kata aku buat baik dalam exam sebab nak impress mak ayah, tapi patutnya kita belajar elok-elok, sebab kita nak ilmu tu, sebab kerana Allah.


Satu perkara yang paling aku hargai dari parents aku, adalah kepercayaan diorang. Diorang percaya untuk hantar aku masuk SMK Sultan Abdul Samad. Padahal ibu bapa lain takut anak diorang masuk sekolah ni, and tukarkan diorang masuk sekolah Sri Aman. Kalau korang tinggal area PJ, haha tahulah sekolah tu banyak budak bermasalah, tapi ada jugak budak budak yang pandai. Kat Samad ni, kalau tak pandai pilih kawan, memang boleh rosak ah. Kiranya diorang percaya yang aku ni tak mudah terpengaruh dengan pengaruh yang tak baik.


Masa aku sekolah rendah dulu, kalau ada masa aku nyanyi kat rumah, then ayah aku dengar, then ayah aku akan report kat mak aku, suruh bagitahu aku jangan nak nyanyi nyanyi. Haha. Faham je la, ayah aku taknak aku ni minat dengan benda benda hiburan. So memang behave la aku. Nak buat lawak jenaka dengan ayah pun tak berani, sebab ayah cakap, kalau kita ni banyak bergurau, nanti jadi bodoh. So selalunya, ayah yang akan buat lawak dulu. Tak berani aku nak start. Hihi.


Ayah memang seorang yang tegas. So, bagaimana cara ayah didik tu mempengaruhi aku jugak. Ayah nak semuanya pantas. Sebab tu aku angin betul kalau orang tak punctual dengan alasan tak munasabah seperti tertidur atau terlupa. Dan aku pulak jenis tak suka tunggu orang yang melambatkan masa orang lain. Cakap sorry, ye aku maafkan lah tapi dalam hati angin jugak kahkah.


So kesimpulannya, yer ibu bapa dan cikgu mendidik kita. Tapi kesan ibu bapa itu lebih kepada anak anak. Ibu bapa jangan sesuka hati je nak serahkan tugas didik akhlak kepada guru guru. Dan guru pula, pekerjaan anda sangat mulia, jadi laksanakan dengan penuh hikmah.


Kepada mak ayah yang tidak membaca blog ini, terima kasih atas ketegasan yang mendidik Ain menjadi orang (aku orang kann kan kann?) yang insyaAllah berguna.

Kepada semua cikgu yang mendidik dari zaman Tadika Ar Rahman Bangsar, Sk Alam Shah, Smk Sultan Abdul Samad, Mrsm Taiping, Kyuem, dan UCC, terima kasih juga!


Alhamdulillah, Allah hantarkan insan insan ini untuk mengajar dan mendidik. Nikmat yang hebat!


Sekian, wassalam.

No comments: