Sunday, July 7, 2013

Projek Rebung 1.0 (Part 1)

Assalamualaikum semua..!

Sekarang dalam bas, perjalanan dari Slim River ke Wisma MBM di Bandar Tun Razak. Alhamdulillah, projek Rebung 1.0 yang berlangsung sejak 30 Jun hingga 6 Julai telah pun berjalan dengan jayanya. So, hari ini just nak cerita lah serba sedikit pengalaman dari A to Z sepanjang program kemasyarakatan Rebung 1.0 ni.


29 Jun 2013 @ Sabtu


Kami semua sukarelawan rebung telah pun berkumpul dengan wisma mbm. Ada sesi taaruf kejap, sebab most of the volunteers were from KMB. Aku je kot KY masa tu because Tipah tak sampai lagi masa tu. After that, kitorang gather dalam unit masing-masing. Ada tiga unit, pendidikan, komuniti dan kesihatan. Aku kan person in charge untuk demo penjagaan gigi and tangan, so aku dalam unit kesihatan. Sebenarnya agak blur juga masa discuss pasal pelaksanaan mobile clinics sebab ni first time join benda ni, tapi lama-lama okey.




Paling tak menahan, kena buat demo depan sukarelawan lain sambil ditonton juga oleh Encik Hasnol merangkap Presiden Majlis Belia negeri Perak. Haha. Banyak jugak lak dikomen masa buat simulasi depan diorang, tapi semua komen membina, and sangat appreciate lah cadangan penambahbaikan. Ye lah, nak cakap depan kanak-kanak ni aku rasa lagi susah kot daripada nak cakap depan orang dewasa. Walaupun ada 8 orang anak buah, tapi still susah jugak nak mingle dengan mesra alam dengan budak-budak. Hehs.


30 Jun 2013 @ Ahad


Kami bergerak ke Slim River. Sampai-sampai je kat sana, masuk dewan kejap and masa tu YB Dato Rosnah tengah bagi sumbangan kat atas pentas. After that, kitorang beramai-ramai, berhimpit-himpit dalam sebuah bas kecik @ coaster, ikut YB tersebut pergi ziarah orang-orang susah. Pengalaman pahitnya, dah lah pagi tu tak breakfast, so ziarah lima buah rumah dengan lapar dan dahaga di tengah hari yang terik. Memang sesungguhnya aku sedang menghayati kesusahan orang susah. Hoho.




And then lunch, pastu sesi penyerahan keluarga angkat. Haha. Memang cuak ah time ni. Masa tu aku sorang je, sebab kak Zay tak datang lagi. So, kiranya jadi anak angkat tunggal sekejap laa. And then balik rumah, sembang santai, tidor, sembang santai, makan. Rumah keluarga angkat agak besar jugaklah. And Kg Sawa ni memang kebanyakan rumahnya rumah batu la, ada dua tiga bijik je yang masih rumah papan. So, I should say kampung ni agak moden.


1 Julai 2013 @ Isnin


Ahaaa hari yang dinanti-nanti telah tiba. Lol. Celik Sihat kat SK Slim Village. Kitorang buat tiga sesi, darjah 1, darjah 2 and darjah 3. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Semua sukarelawan sangat supportive, I'm proud of you guys seriously ohh. Sebabnya I can see everyone effort untuk menceriakan suasana supaya tak jadi serius sangat untuk budak-budak sekolah tu.




And then petang tu ada sukaneka kat dewan. Games macam biasalah, tapi most of them really enjoyed main frisbee sebab mungkin diorang tak pernah main kot. Aku pun kira first time jugak main tu. Budak-budak semua sampai taknak balik dari dewan kot sebab tak puas main. Puaslah jugak kitorang pujuk nanti hari Khamis datang lagi. Hoho.




Okey.. Sekian sahaja.. InsyaAllah, nanti kalau rajin, aku akan update lagi cerita pasal Rebung.
Sekian, wassalam....

Part 2: http://dunianorain.blogspot.com/2013/07/projek-rebung-10-part-2.html

Part 3: http://dunianorain.blogspot.com/2013/07/projek-rebung-10-part-3.html



Ps: Pictures credited to kamel.

1 comment:

Arai Lekir said...

menarik program ni