Sunday, July 7, 2013

Projek Rebung 1.0 (Part 2)

Assalamualaikum...


Disebabkan tengah rajin, jadi aku sambung balik laa tulis pengalaman A to Z program kemasyarakatan Rebung 1.0.

2 Julai 2013 @ Selasa

Masa hari ni, ada klinik bergerak atau dalam bahasa omputihnya ialah mobile clinic. Ada beberapa stesen, pendaftaran, check bmi, check mata, check tekanan darah, check gula, consultation and last sekali stesen ubat and goodies bag. Aku mula-mula jaga stesen tekanan darah dengan Jue Jee. Lega jugak laa sebab nak check BP bukan susah sangat. Check guna mesin auto tuh, sembang sihat santai sikit. Seronok gak lah stesen ni.







Pastu, jaga stesen check gula. Hehe. Yang ni, aku just buat dekat other sukarelawan perempuan je, tak buat dekat real patients pun. And then saje jugak la offer kat sukarelawan perempuan lain nak buat testing check gula kat aku, hihi. Kalau buat sesama kita, kurang sikit cuaknya kot kan. Pastu ada juga jaga kaunter goodies bag. Haaaa yang ni best gila. Sebab dapat sembang lama sikit dengan orang kampung. Kalau nak dapat goodies bag, kena sembang dulu. Hahah.

So, aku just saje la tanya patients, tadi doktor cakap ape untuk test diorang ingat yak apa yang doktor pesan kat diorang. Sambil tu, aku just bagi 2 main advices lah yakni jaga makan dan exercise. Amboi sedap je mulut bai advice, haha, diri sendiri nak follow pun susah. Sebab tu, tagline bila dah jadi doktor nanti, "dengar cakap saya, tapi jangan tiru saya,".







Klinik bergerak kitorang kemudian tutup around 3.30pm jugak la. Lepas kemas-kemas dewan, ada ziarah komuniti pulak. Kitorang bagi barang groceries seperti minyak, tepung, gula dan beras kepada beberapa buah rumah kat area situ. Hehs. Tetiba rasa macam crew Bersamamu pulak. Balik dari ziarah, singgah rumah tok ketua pulak. Nice..






3 Julai 2013 @ Rabu


Masa hari ni, kitorang pergi ke Kampung Pos Bersih yakni sebuah perkampungan orang asli di Slim River. Sebelum sampai kat sekolah pos bersih ni, kitorang singgah jap ke kolam air panas slim river untuk menghayati pemandangan. Adalah segerombolan kambing err ke lembu (lol failed nak identify) tengah lepak kat tepi tu. Takde lah pegang air tu pun sebab nampak memang panas sangat. Harapan aku kepada Majlis Daerah agar improvekan kawasan ni jadi kawasan pelancongan. Sayang ohhh. Kalau tempat ni dicantikkan, mesti ramai orang luar datang.







Orite... So sampai sudah ke SK Pos Bersih. Kitorang pun terbahagi ke dua kumpulan. Satu kumpulan in charge untuk mobile clinics untuk penduduk orang asli. Satu kumpulan lagi in charge untuk celik sihat which is untuk demo penjagaan gigi and tangan. At first, aku cuak jugak sebenarnya nak buat demo dengan budak-budak sekolah kat sini, takut diorang tak faham aku ke, hehs, rupanya faham je semua.






Masa untuk dispendkan kat sekolah ni pun agak terhad. Dah lah ada 7 kelas nak kena handle dalam tempoh sejam setengah. But alhamdulillah, team celik sihat yang lain very helpful lah bagi ideas semua, and we managed to conduct celik sihat mengikut masa yang ditetapkan. Team celik sihat was being further dividen into two teams, team teori and team praktikal. Team teori ada dua group, so kitorang bahagi bahagikan kelas setiap team teori conduct di 3 kelas. Team lakonan gigi kuman berus yang talented lagi lah kesian kot, sebab kena berlakon 7 kali. Team praktikal, hoho, lagi lah terpaksa berpanasan untuk praktikal budak-budak sekolah tu. Anyway, good job!


Dah selesai mobile clinics and celik sihat, masa untuk bersukan. Budak laki main bola and "saje" kalah, haha. Budak perempuan pulak main volleyball. Haybattt sangat budak orang asli kot. Memang tak dapat nak challege oh. Sobs.


Kemudian dah penat-penat, kitorang pun gerak ke Sungai Bil. Ada yang mandi. Sukarelawan perempuan banyak yang celup kaki je termasuklah aku. Sangat menenangkan bagi memberi ketenangan kepada minda yang keliru. Ceh.







And then petang sikit, ada majlis ramah mesra dengan Exco Beli negeri Perak, YB Shahrul. Ada lah 3-4 orang tanya soalan. Haha. Aku ambik peluang jugak tanya soalan. Soalannya, haha, apa plan yb dalam usaha memantapkan pembangunan sahsiah belia dimana ada segelintir terlibat dalam gejala merempit, melepak? YB tu jawab lah, it is back to engagement beliau dengan orang belia sendiri lah, and then program rakan masjid, maksud kenain contact dengan golongan belia sendiri. And beliau tak mampu buat seorang, means semua kena take part and this whole process takes times.







And then malam tu ada BBQ, ada pemuda UMNO kot, aku pun tak sure. Yang pasti, ada gak wakil puteri UMNO datang. Eh. Hehe. No comments.


Sekian sahaja untuk part 2.
Yang belum baca part 1, boleh klik link bawah ni.

http://dunianorain.blogspot.com/2013/07/projek-rebung-10-part-1.html


Sekian, wassalam..

2 comments:

Yasmin Yahaya said...

lelaki sebelah tipah tu afiq kan? haha

Norain Ishak said...

Minye,,, oh budak tu ka yang muka macam kau tu kann?? Patut le bila aku tengok dia teringat kat ko. A ah ada iras.