Monday, July 8, 2013

Projek Rebung 1.0 (Part 3)

Assalamualaikum..


Okey sekarang aku sambung bahagian terakhir pengalaman A to Z program Rebung 1.0.


4 Julai 2013 @ Khamis

Semasa hari ini, team rebung terbahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan pergi ke SMK Dato Zulkifli dan satu kumpulan lagi ke SMK Felda Trolak. Aku berada dalam team ke Felda. Excited sangat sebab dapat masuk felda, hihi. Anyway, modul program sama je yakni program motivasi dengan pelajar SPM. Sangat enjoy kot dapat sembang santai dengan budak-budak sekolah menengah ni. Haha. Aku rasa aku lebih senang mingle dengan diorang dari anak anak kecil. Hoho. Ni based on comparison bila buat demo penjagaan tangan and gigi dengan sesi motivasi ni lah.








Aku just bagi sharing sikit sikit je la. Tapi rasa macam lama jugak membebelnya, haha. Entahlah. Sebab aku takde adik, so bila duk dalam group of 7 students tu, aku memang treat diorang macam seorang kakak yang nak adik adik dia berjaya dalam kehidupan diorang di dunia dan akhirat. Disebabkan sekarang zaman teknologi, so aku mintak lah facebook diorang so takde la lost contact and boleh keep track on what happen kat diorang. Kakak penyayang betul kan aku? Haha.






Sesi motivasi yang supposedly habis pukul 12, end up habis pukul 1pm. Budak budak tu pun tak puas nak sembang santai kot, hoho. After that, kena rushing untuk prepare sukaneka pulak. Haaaaahhh. Ada banyak jugak games nya. Antaranya lari ikat kaki, makan epal sambil tutup mata, baling belon air and macam macam lagi. Budak budak pun nampak enjoy je. Tarbiyah badanniyah sungguh diorang dan juga faci faci, hihi.






Malam tu pulak ada ceramah kat Masjid tentang persediaan Ramadhan. Ibrahnya, kena sentiasa bersemangat untuk tingkatkan amalan dalam bulan puasa tahun ni. Mampu atau tidak, kita yang tentukan.


5 Julai 2013 @ Jumaat


Aktiviti cuma gotong royong masjid and kubur je. Aku dalam team masjid, or also known as orang masjid, haha. Ada yang menyental lantai, ada yang cuci longkang, ada yang mencuci tingkap, ada kemas buku, ada yang cuci kipas, ada yang susun telekung dan sejadah, ada yang vacuum karpet. Aku mostly buat kerja vacuum. Haihhh memang membakar kalori sungguh (tapi berat sama jer aduhai).






Gambar kat atas ni serius tak sedar siapa tangkap, haha fokuss fokus bakar lemak.

Pastu petang tu balik rumah, kemas kemas barang sebab esok tu nak balik, pastu tidur and tidur and supposedly petang tu ada gotong royong untuk makan makan orang kampung buat untuk budak budak Rebung. Tapi aku tak pergi sebab ikut Yang hantar mak angkat aku gi Tapah sebab nak gi Kelantan. Ceh skip buat kerja ye Ain.

Then malam tu before makan makan bbq, kitorang anak angkat kena gi depan untuk introduce kan keluarga angkat masing-masing. Alamak haii malu kot dah lah aku sorang, sebab kak Zay dah balik masa awal pagi tu. Masa ucapan tu, aku tak cakap banyak pun cuma berharap Allah memberikan rahmat kepada keluarga angkat aku. Rahmat Allah itukan segala-galanya. And doa is the best gift aku boleh beri.


6 Julai 2013 @ Sabtu


Allah... Sekejap sungguh masa berlalu. Sedih jugak lah. Sebab dah biasa dengan budak Rebung buat kerja sama-sama. And the same time rasa puas, sebab at least, minggu ini minggu yang produktif jugak laa aku rasa.







Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Teruslah melakukan kebaikan dan jangan pernah lelah,
Meskipun tiada yang memuji, tetapi ada yang memerhati,
Terima kasih kerana memberi inspirasi.







Sekian sahaja cerita program Rebung 1.0 dari aku. Paling penting, bila kita buat kerja kebajikan, kena selalu tajdid niat. Takut kita leka sampai kita lupa, kita buat kerja kerana siapa, kerana orang atau kerana nak mencari keredhaan Allah s.w.t.


Part 1: http://dunianorain.blogspot.com/2013/07/projek-rebung-10-part-1.html

Part 2: http://dunianorain.blogspot.com/2013/07/projek-rebung-10-part-2.html

Sekian, wassalam...

No comments: