Monday, June 24, 2013

CERPEN : Budak Baik

Assalamualaikum..

PEMBERITAHUAN : Cerpen ini hanya rekaan semata-mata okies, tiada kena mengena sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Saya tak reti menulis, tapi sebab nak lepas gian menulis, saya tulis je la dengan kreativiti yang sangat terhad. Jadi kalau nak komen, sila komen. Selamat membaca :)

************


"Ting tong! Ting tong! Ting Tong!"

Bunyi loceng rumah berkali-kali membuat Nabil terjaga dari lenanya. Dia yang tertidur di atas meja kerana penat menelaah subjek Pathology segera turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu rumah. Dilihatnya Firdaus sedang berdiri longlai menyandar di tepi dinding.


" Yang kau bukak pintu ni lambat sangat apsal? Kau tak tahu ke aku dah lenguh-lenguh tangan tekan loceng ni?" bentak Firdaus lalu melangkah masuk ke rumah dalam keadaan terhuyung-hayang. Dia merebahkan badannya ke atas sofa di ruang tamu. Nabil yang sudah alah bisa tegal biasa dengan nada tinggi Firdaus segera menutup pintu rumah kembali.


" Kau ke mana Daus? Dah pukul 3 pagi baru sampai rumah ni," tanya Nabil sambil matanya melirik ke jam di dinding.


" Birthday party Ciara lah," jawab Firdaus nak tak nak.


" Kau minum lagi ke Daus? " tanya Nabil lagi yang risau dengan keadaan rakannya yang semakin melarat. Sudahlah mula berjinak ponteng kelas, sekarang sudah pandai ber-clubbing dan mengambil minuman keras. Berbuih mulut dia memberi nasihat, namun Firdaus buat endah tak endah sahaja.


" Yang kau nak sibuk ni apahal? Hidup aku, suka hati aku lah! Bukan aku ajak kau minum pun! Ahhh sudahlah, jangan kacau aku nak tidur!" kata Firdaus naik angin. Bantal di tangannya dibaling tepat ke wajah Nabil. Terkesima dia buat seketika. Nabil bangun dari duduk dan naik ke biliknya. Fikirannya celaru akan bagaimana dia dapat mengubah sikap Firdaus yang keras kepala itu.


************


Kafeteria di Brookfield Health Sciences Complex agak lengang tengah hari itu. Kelihatan beberapa pelajar perubatan tahun dua saja menjamu selera selepas kelas mereka tamat jam 3 petang.


" Fikir jauh ke bang, sampai nak tembus pintu tu je aku tengok," ujar Firas menepuk bahu Nabil yang sedang duduk di sudut tepi kafe.


" Derr bagi salam dulu lain kali. Nasib baik tak kena myocardial infarction aku ni," balas Nabil lalu menghirup jus oren di hadapannya.


" Sorry lah bro. Assalamualaikum, abang Nabil," ucap Firas sambil tersengih.


" Waalaikumussalam. Macam ni lah pemuda harapan agama, saling doakan kesejahteraan antara sahabat. Ni kenapa kau tak balik rumah lagi, ada study group ke?" balas Nabil dengan berhemah.


" Oh tadi aku dari Western Gate Building, pergi pinjam essay, pastu saja lalu ikut Brookfield ni, tengok dari jauh nampak kau ni termenung. Apahal? Ada masalah boleh lah cerita dengan aku," kata Firas pula.


" Pasal housemate kita lah, Firas," jawab Nabil lesu.


" Firdaus?" soal Firas. Nabil sekadar mengangguk.


"Dah agak dah. Yang kau nak pening kepala fikir pasal dia tu kenapa? Dia tu memang takkan berubah, dia tu degil. Huh. Semalam aku dengar je dia bunyikan loceng, tapi saja aku malas nak buka, memang nak dia tidur kat luar rumah. Tak tahan aku dengan bau dia. Tapi kau, punya lah baik hati pergi bukakan pintu untuk dia," ujar Firas sambil leka bermain dengan handphonenya.


" Jangan cakap macam tu bro. Buruk baik dia, dia tu tetap kawan kita, dia tu tetap housemate kita. Kalau kita buat benda tak baik dengan biarkan dia duk luar rumah sorang-sorang, apa beza akhlak kita dengan akhlak dia. Lagipun, kau tak ingat ke, mak Firdaus pernah amanahkan kat kita masa before kita fly hari tu suruh tengokkan dia. Takkan kita nak biar dia terus hanyut macam tu je, Firas," ungkap Nabil dengan nada kerisauan.


" Tengok je kan? Ada mak dia suruh pukul? Tampar? Cubit dia?" kata Firas dengan gelak kecil. Melihatkan wajah Nabil yang berubah serius, terus dimatikan gelaknya.


" Okey fine. I'm serious now. Kita nak buat apa sekarang?" kata Firas lagi.


" Sebelum kita nak ubah orang, aku rasa kita kena ubah diri kita ni dulu, kena ubah peribadi kita ni. Takut dek kerana akhlak kita yang tak berapa mulia ni, suka herdik orang, orang pun tak mahu dengar nasihat kita. Maka, jadilah kita naqib yang perasan bagus. Okeylah, aku nak pergi rumah adik usrah aku kat Castlewhite, nak baking! Jumpa kat rumah nanti. Assalamualaikum," kata Nabil lalu menggalas beg untuk berlalu dari situ. Firas tergamam dengan kata-kata Nabil yang dirasakan benar-benar menikam kalbu.


" Waalaikumussalam," jawab Firas perlahan sambil hatinya diselebungi rasa bersalah kepada rakannya itu.


**********


Kelas tutorial Clinical Science & Practise itu kurang digemari Danish kerana selalu sahaja dia tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh tutornya. Ini membuatkan dia rasa rendah diri dengan rakan sekumpulan yang lain.


" So, Danish, can you explain early management for patient with myocardial infarction?" soal Dr Linda, tutornya pada hari itu.


" Err first, get him to coronary care unit, and then err err," jawab Danish tergagap-gagap sambil kepalanya buntu apa lagi harus dijawabnya. Firdaus yang merupakan rakan sekumpulan merangkap rakan serumah senyum sinis dari tempat duduknya.


" Then supply oxygen, give subligual GTN to relieve the pain, aspirin 300mg, IV fluid, apply ECG to monitor the heart, " jawab Firdaus dengan penuh yakin.


" Yeah, that's excellent Firdaus," balas Dr Linda memuji Firdaus. Memang sudah budaya tenaga pengajar di sini, yang gemar memberikan pujian kepada pelajar, tapi yang jadi masalah bila pelajar menjadi bongkak bila dipuji guru selalu.


Usai tamatnya kelas tutorial, sengaja Firdaus menunggu Danish di pintu kelas.


" Aku selamatkan kau lagi this time," kata Firdaus sambil tersengih.


" Terima kasih," jawab Danish ringkas.


" Kasih diterima. Anyway, nak join aku tak pergi Club malam ni?" tanya Firdaus.


" Kita ni orang Islam, kenapa kita nak pergi berclubbing pulak. Tak faham lah aku dengan kau ni," jawab Danish seakan malas melayan ajakan Firdaus.


" Hey, aku ni pergi clubbing pun, result aku still gempak okey. Still dapat first honours untuk semua subjek. Kau ni, yang asyik dengan buku ni, soalan senang macam tadi pun tak mampu jawab, haih kesian. Takde life betul," balas Firdaus lagi dengan nada angkuh.


" Sunnatullah lah tu. Kau berusaha, dan kau dapat result baik. Mungkin aku kurang berusaha, jadi kena tingkatkan usaha aku, tapi bukannya dengan pergi clubbing," ujar Danish pula lalu melangkah keluar dari kelas. Semakin dilayan Firdaus, semakin sakit kepalanya.


" Hey, result ni kan Allah yang bagi. Aku pergi clubbing pun, Allah masih sayang aku tau, sebab tu bagi aku result baik," kata Firdaus lagi.


Danish yang sudah melangkah beberapa langkah tapak ke depan, menoleh ke belakang semula lalu berkata,


" Memang Allah sayang dekat kau. Sebab tu Dia panjangkan umur kau, sebab nak tengok and bagi kau peluang bertaubat sebelum terlambat, sebelum kiamat!" laju dia berkata-kata lalu meninggalkan Firdaus yang masih tercegat di pintu.


************


Mata Firdaus masih terkebil-kebil memandang siling bilik. Payah betul rasanya untuk menidurkan diri. Maklum sahaja dia sering tidur lewat, sama ada kerana clubbing, party ataupun bersengkang mata mengulangkaji pelajaran. Putus asa, lalu dia bingkas bangkit dari katilnya lalu menuju ke meja study. Komputer ribanya dibuka, punat turn on ditekan.

Selesai mengerjakan solat Isyak yang rasanya sekian lama ditinggalkan sebelum ini, dia cuba untuk tidur awal. Kata-kata Danish siang hari tadi benar-benar menyentap jiwanya hingga menyebabkan dia terbuka hati untuk menunaikan solat.


" Memang Allah sayang dekat kau. Sebab tu Dia panjangkan umur kau, sebab nak tengok and bagi kau peluang bertaubat sebelum terlambat, sebelum kiamat!"


Macamana kalau Allah ambil aku masa aku tengah clubbing. Lepas tu pihak Education Malaysia lapor kat berita, seorang pelajar perubatan di Cork, Ireland, maut kerana tercekik botol arak. Tak ke itu mati dalam keadaan sia-sia? Astarghfirullah, Firdaus bermonolog sendirian.


Laman facebook dibuka. Seperti biasa, banyak rakan-rakan di facebook yang berkongsi ayat al-Quran, hadis, kata-kata nasihat yang tertera di newsfeednya. Semua kemain lagi bagi nasihat guna status dalam facebook, taknak pula jumpa aku, nasihat aku face to face. Perli je lebih. Memang patut lah aku terasa... tapi diorang kata Islam itu indah. Aku tengok gaya diorang ni lebih suka menghukum je. Tak indah langsung! Lagi aku nak rebel macam ni, kata hati Firdaus lagi.


Newsfeed facebook nya di-scroll ke bawah lagi sehingga dia berhenti membaca status rakan perempuan yang sama belajar dengannya.


Arissa : Alhamdulillah, jiwa rasa lebih tenang setelah berhijab. Thanks ya Allah atas segala nikmat pemberian-Mu


Arissa dah berhijab? Dia dah pakai tudung? Biar betik. Dia tu zaman kolej dulu dah lah seksi, sosial gila, macamana dia boleh berubah macam ni. Apa ala pun dia nampak comel bila dia berhijab dengan betul, tudung menutup dada, pakaian tak ketat, baju pun longgar, pandai pulak tu.... Lamunan Firdaus terhenti bila Nabil masuk ke dalam biliknya dan menepuk bahunya.


" Baru balik Usrah ke?" tanya Firdaus.


" A'ah. Kau dah makan?" tanya Nabil pula.


" Dah, delivery kebabish je tadi. Nak buat macamana kan, orang tu pergi Usrah, bukannya nak ajak kita, kalau tak, dapat kita makan free. Budak jahat ler katakan," jawab Firdaus dengan nada merajuk dibuat-buat.


" Laa Firdaus, sorry lah tak ajak kau sebab aku ingat kau taknak join dah sebab dulu banyak kali aku ajak, kau selalu cakap kau sibuk. Next time, aku ajak okey? Siap bentang karpet merah pegi rumah Thaqif tu," ujar Nabil yang dalam diam gembira dengan reaksi Firdaus, entah apa yang mengubah fikirannya, dia sendiri tak pasti.


" Kesian aku ni, kurang kasih sayang dari housemates, tu jadi anak terbiar tu," kata Firdaus lagi.


" Ye lah minta maaf sekali lagi. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan lah gayanya ni. Aseef jiddan. Anyway, ni kau asyik tengok status Arissa ni, apahal? Ada apa-apa ke?" usik Nabil pula.


" Bro, dia dah pakai tudung ni. She's becoming a better person. Kau ubah aku jadi macam dia," ujar Firdaus jujur dari hati. Sememangnya dia kagum dengan Arissa yang peribadinya amat berbeza kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang.


" Okey, nak pakai shawl? Ke tudung bawal? Ke tudung ber-awning?" usik Nabil lagi.


" Haihhh ada yang nak kena ni," renung Firdaus terhadap Nabil.


" Oh okey kita berubah sama-sama okey?" kata Nabil sambil menghulurkan salam. Mereka berjabat tangan, tanda setuju untuk berubah, menjadi insan yang lebih dekat dengan Tuhan.


*****************


Dalam kepadatan pelajar di perpustakaan tingkat bawah, Firdaus mencari-cari kelibat Arissa, kerana dia tahu gadis itu suka mengulangkaji pelajaran di situ. Itu dia, hatinya berkata.


Kerusi di hadapan meja Arissa di tarik, lalu Firdaus duduk.


" Assalamualaikum ustazah Arissa,"


" Waalaikumussalam," jawab Arissa perlahan.


" You looks very nice with your new style and I suka,"


" So, what?"


" Apa yang buat you berubah drastik macam ni? " tanya Firdaus.


" Sebab I percaya Allah nampak semua benda yang I buat. I just nak buat baik kat dunia ni and hoping that Allah will not send me to hell fire," jawab Arissa


" So masa zaman you tak jaga solat dulu, you tak percaya lah?" saja Firdaus memprovokasi Damia. Tapi riak wajah Arissa masih tenang.


" Itu sejarah lama. I nak buka buku baru. Kalau kita bersungguh-sungguh insaf dan bertaubat kepada Allah, Allah akan ampunkan dosa kita kan?" tanya Arissa pula.


" Yeah, your are right. Talking to you buatkan I teringat video Mat Luthfi yang pasal Sebelah Sayap. Lebih kurang sama mesej dia. About fear and hope in life, that make us be a better person. You takut masuk neraka and you simpan harapan Allah akan ampunkan dosa," balas Firdaus panjang lebar. Dia diam seketika, begitu juga Arissa.


" I nak berubah, tapi I takut I akan kembali habit yang lama. You know kan, I baik dengan budak-budak Irish semua, susah untuk I said no to them bila diorang ajak pergi Club," kata Firdaus lagi merungkaikan keresahan hatinya.


" Firdaus, you know all about my past kan. And you also should know macamana susahnya I cuba untuk jadi macam hari ni. Tambah lagi dengan background family I, they did not practising Islam fully, masa I balik masa winter hari tu, diorang kata diorang tak suka tengok I baca Quran, solat. Ni this upcoming summer, I tak tahu macam mana nak dengar diorang membebel dengan I sebab I dah start pakai tudung. I cuma minta Allah kuatkan hati I untuk hadapi semua ni," ujar Arissa pula mengenai tentangam keluarganya. Firdaus menundukkan wajahnya, terpulang pada dia sama ada ingin menerima nasihat itu atau tidak.


" Firdaus, you boleh berubah, put trust in yourself, put trust to Allah, insyaAllah He will give you strenght if you are really determined to be a better servant towards Him," tambah Arissa lagi.


Firdaus mengangkat wajahnya, " InsyaAllah, I will try my best. Anyway, thanks for the courage, I'd really appreciate it," katanya lalu bingkas bangun meninggalkan Arissa.


*****************


Perjumpaan para naqib diadakan di rumah Thaqif, rumah yang sering dikunjung junior pelajar lelaki, dek kerana rumah itu tak pernah kosong dari makanan. Tetamu yang singgah pasti akan menjamah makanan hatta sekeping biskut sekalipun. Itulah kelebihan rumah mereka yang sering menjadi sebutan.


" Okey sekarang semua dah kenyang, kita buka majlis kita dengan al-Fatihah... InsyaAllah seperti biasa, ana sebagai ketua naqib kepada antum semua, nak meeting kita kali ini simple, short and sweet. Elakkan kita berbicara isu yang tak berfaedah. Jadi, agenda kita seperti biasa, ana nak dengar laporan bulanan tentang usrah yang antum bawak," ujar Thaqif dengan serius. Dengan memang tegas begitu semasa mesyuarat, tetapi amat disenangi oleh rakan taulannya.


" Yusuff?"


" Alhamdulillah, adik-adik usrah ana masih konsisten dan menunjukkan minat dalam usrah. Kami pun dah makin mesra and ada plan untuk berjaulah ke Mesir summer nanti, insyaAllah.


" Alhamdulillah, Dhiauddin?"


" Alhamdulillah semuanya okey cuma salah seorang adik usrah ana dia macam ada konflik dalaman and sekarang ni ana dalam proses untuk korek cerita dari dia untuk bantu apa yang ana boleh bantu,"


" Boleh ana tahu konflik dalaman yang dia hadapi?" tanya Thaqif.


" Cerita nya agak personal, jadi maaf ana tak dapat nak berkongsi dengan antum semua," jawab Dhiauddin dengan hemat. Seterusnya nama-nama naqib yang lain disebut hinggalah ke naqib terakhir, Firas.


" Firas? Tadi ana tengok masa makan, muram saje, mesti ada benda nak diceritakan ni," ujar Thaqif.


" Ana rasa ana tak layak jadi Naqib. Ana takde skills untuk jadi Naqib. Ana dapat rasa, adik-adik usrah ana datang usrah dalam keadaan terpaksa, ana takde rasa connection dengan mereka. Penyampaian ana, ana rasa kosong. Sesungguhnya ana gagal jadi Naqib yang baik," tutur Firas dalam keadaan sayu. Yang lain cuma diam. Mereka semua faham situasi Firas yang mengdepani adik-adik Usrah yang tidak biasa dengan Usrah dan mempunyai pengalaman tidak enak dengan Usrah semasa zaman kolej mereka.


" Sabarlah Firas. Ana percaya Allah nak bagi enta pahala sabar. Dan sebenarnya, enta bukan gagal, tapi belum berjaya," ujar Thaqif cuba memujuk.


" Mungkin betul kata Nabil tempoh hari, kalau akhlak ana sendiri tak baik, bagaimana ana boleh expect orang untuk mudah terima nasihat ana," kata Firas lagi.


" Firas, ana mintak maaf pasal kes hari tu. Ana tak berniat nak sindir enta. Ana sendiri pun akhlak bukan bagus pun," ujar Nabil.


" Jadi musim cuti easter ni, enta ada plan apa apa ke dengan adik-adik Usrah?" tanya Thaqif.


" Tak ada pulak. Sebab exam nak dekat and ana taknak bebankan diorang," jawab Firas.


" Ana rasa, buat masa ni enta kena terus berukhuwwah lagi, bertanya khabar, ambil berat. Setiap dua insan itu, ada jambatan hatinya mudah dibina, ada yang lambat sikit pembinaannya," kata Thaqif pula.


" Jambatan hati? Hang belajaq mana ayat ni, syeikh?" usik Taqiuddin.


" Terikut adik usrah, puitis sungguhlah bahasa dia. Ni ana copy paste istilah dia je. Anyway, Nabil, enta bukan ada something ke nak discuss pasal Firdaus?" Ujar Thaqif.


" Oh nasib baik ingatkan, almost terlupa. Sekarang ni, alhamdulillah, sahabat kita Firdaus, memang dia bersungguh sungguh niat untuk berubah. Ana tak tahu apa yang sparks dia untuk berubah tapi yang penting dia dah bersedia. Ana cerita sikit latar belakang dia. Dia anak tunggal. Parents dah bercerai. Kat Malaysia dia tinggal dengan emak dia. Mungkin faktor dia jadi "terbiar" sebab kurang kasih sayang and support dari keluarga. Jadi kita ni lah keluarga besar dia, kita kena support dia selalu," kata Nabil panjang lebar.


" Jadi, ana rasa kita perlukan orang yang rapat untuk bantu Firdaus ni. Yakni, housemates dia sendiri," kata Thaqif.


" Nabil lah, siapa lagi. Nabil ni paling berhati mulia sekali kat rumah tu," ujar Danish.


" Ana rasa Firas yang perlu kehadapan untuk menghulurkan bantuan," tutur Thaqif memberi cadangannya.


" Kenapa ana pulak? Ana agree dengan Danish, sepatutnya Nabil," kata Firas mengelak diri.


" Firas, tujuan ana cadangkan nama enta bukan sahaja sahaja tau. Ana boleh lihat enta suatu hari nanti akan jadi Naqib yang mantap, cuma enta kena polish skills tu dari sekarang. Dan inilah peluangnya. Jangan risau, ana pasti Nabil dan Danish pun akan bantu enta," ujar Thaqif cuba meyakinkan Firas akan kebolehannya diri sendiri.


" Okey okey, ana cuba. Tapi ada bahan bacaan tak untuk ana improvekan skills ana ni?" tanya Firas yang redha dengan cadangan Thaqif.


" Nanti ana pass kat enta. Buku tu dah berzaman-zaman dah dari batch dulu-dulu. Apa yang boleh guna pakai hari ni, guna lah, tapi update yang mana patut," kata Thaqif lagi.


" Okey..." dimindanya Firas sudah terbayang apa yang mahu dilakukannya kepada Firdaus.


" Yang enta senyum lebar ni kenapa?" Ujar Nabil.


" He he adalah, rahsia!"


" Alright semua, kalau takde apa-apa lagi, kita tangguhkan majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr," ujar Thaqif menutup pertemuan malam itu.


***************


Pintu rumah dibuka. Kasut ditanggalkan dan disusun rapi di rak kasut. Segera di melangkah ke biliknya. Sebaik sahaja masuk ke bilik, berdegup laju jantungnya melihatkan sekuntum bunga ros di atas mejanya. Siapa pula pemberinya? Arissa ke? Aihh perasan sungguh, getus hatinya.


Sekeping kad kecil yang dikepilkan bersama bunga itu dicapai Firdaus.

To: Firdaus,
..sarang hae yo...
From: Firas


Hampir nak terkeluar biji matanya melihat nama Firas. Buang tebiat ke dia ni bagi bunga dekat aku. Kalau muslimat ke bagi takpe lagi, eh. Ini muslimin bagi muslimin. Sebuah kepelikan. Dia keseorangan di rumah ketika itu, lalu dijenguk bilik rakan serumah yang lain, juga ada sekuntum ros merah yang sama.


Kedengaran suara Danish, Nabil dan Firas lantang memberi salam, menandakan semua mereka telah pulang ke rumah. Segera Firdaus menuruni anak tangga, membawa kuntuman ros merah yang diterimanya.


" Firas, ni apa ni?" tanya Firdaus.


" Lorhh itu bunga lah. Bunga ros merah yang bererti i love you," jawab Firas dengan ceria.


" Demam ke bagi kitorang semua bunga?" tanya Firdaus lagi.


" Aduhai, aku ikhlas lah bagi bunga tu kat korang. Kita kan kena sebarkan kasih sayang. Omputih kata, spread the love. Tak happy ke dapat bunga tu?" tanya Firas.


" Haha. Memang lah happy tapi still rasa awkward," balas Firdaus pula.


" Firas nak jadi sweet lettew tapi ikut cara muslimat, tak boleh nak go," kata Danish pula.


" Thanks anyway Firas. I really appreciate this. Terasa mendalam "cinta" kita ni, haha," kata Firdaus lagi.


" Danish, nanti hang suggest la kaedah sweet yang boleh guna pakai untuk muslimin," kata Firas pula.


Perbualan mengenai bunga ros merah itu semakin mengeratkan ukhuwah sebagai rakan serumah. Apa pula yang bakal dilakukan Firas untuk membantu Nabil, masih difikir-fikirkan.

Box spread the love dalam buku notanya ditanda betul. Next!

*****************


Hari Ahad. Danish, Firas, Nabil dan Firdaus hanya meluangkan masa di rumah. Bagi Firas, ini peluangnya untuk memantau Firdaus terutamanya dari aspek solat. Firas yang sedang berehat seketika dari ulangkajinya, membuka laman google, lalu dicari teknik mengajak rakan yang liat solat. Akhirnya dia menjumpai laman blog yang sesuai.


Wow! Cool gila! Jerit Firas di dalam hati bila membaca laman blog itu, "Salah satu cara untuk mengajak rakan yang liat solat ialah dengan meminta dia memberitahu kita bila waktu solat sudah masuk. Ini akan membuatkan dia peka dengan waktu solat dan dia akan rasa serba salah dan turut bersolat jemaah bersama kita. Namun awas, pastikan kita memberitahunya sebelum solat, bahawa kita menunaikan solat hanya kerana Allah taala dan bukannya kerana diri kita,"


" Dah masuk waktu Zuhur bagi kawasan Cork dan yang sama waltu dengannya, solat yuk!" ajak Firdaus lalu bergegas masuk ke dalam bilik air untuk berwudhuk. Firas menepuk dahi, belum sempat nak test trick ni, dia dah macam tahu-tahu pulak, katanya dalam hati.


Sebaik sahaja Firdaus selesai mengambil wudhuk, Firas yang berdiri di muka pintu lain menepuk-nepuk bahu Firdaus.


" Masha Allah brother. Inilah pemuda harapan agama! Solat tidak dilengah-lengahkan. Tunggu aku kejap okies, kita berjemaah sama untuk pahala 27 kali ganda!" kata Firas sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.


Danish yang menunggu giliran mengambil wudhuk tersenyum simpul melihat Firdaus yang juga tersenyum dengan pujian Firas. Memang benarlah kata Prof Muhaya, bagaimana dengan pujian, akan meningkatkan akaun emosi seseorang dan membuatkan seorang itu lebih percaya akan diri. Dalam hal Firdaus, pastinya dapat membuatkan dia lebih bersemangat untuk berubah menjadi Muslim yang lebih baik.


Pada hari-hari seterusnya, berdasarkan pemerhatian Firas, Firdaus jarang sekali melengah-lengahkan solat di samping Firas bersama-sama Danish dan Nabil acap kali memberi pujian. Box jaga solat ditanda betul. Next!

***********************

" Thanks belanja ice blended ni. Sama sweet macam brotherhood kita, hehe," ujar Firas lalu menyedut ice blended yang dibeli oleh Firdaus di dalam Wilton Shopping Centre.


" You're welcome... Apalah sangat ice blended ni compare dengan effort korang nak tarik aku kembali ke pangkal jalan ni," kata Firdaus pula.


" Tak lah Firdaus. Kau silap. Kau sebenarnya yang mencari jalan pulang, kami tak tolong apa sangat pun. Anyway, aku happy sangat bila kau dah tinggalkan amalan clubbing kau dulu," balas Firas lagi.


" Aku dapat rasa, sejak aku mula solat balik, hidup aku jadi aman je. Takde nak naik angin kat siapa siapa. Kalau tak dulu, korang lah selalu jadi mangsa amarah aku. Kesian kat korang," ujar Firdaus lagi.


" Salah kitorang jugak, kitorang cepat give up untuk tarik kau balik masa tu," kata Firas.


" Dah aku degil masa tu, apa Allah suruh, suruh solat pun tak buat, ini pulak nak dengar hambaNya suruh, memang laa degil masa tu, aku harap Allah ampunkan segala dosa dosa aku yang bertimbun," kata Firdaus penuh berharap.


" InsyaAllah. Allah kan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kalau kita betul-betul mengejar redhaNya, Allah akan rahmati kita dengan menjauhkan kita dari azab neraka. Anyway, nak tak kita tambah amal kita dengan baca Al Quran dan puasa?" tanya Firas.


Firdaus mengerut dahinya mendengar bicara Firas. Kita? Sedangkan dua amalan tu memang Firas dah biasa buat pun. Patutnya dia tanya, nak tak kau tambah amal kau dengan baca Al Quran dan puasa? Itulah Firas. Gayanya nampak je kasar, tapi sangat berhati-hati bila berkata-kata. Omputih pulak kata, the power of choosing the right word. Sudah tu pandai pula menyelitkan elemen motivasi. Masih Firdaus ingat lagi kata-kata seorang ustaz, penggunaan 'kita' bagi menggantikan 'awak' sedikit sebanyak mengurangkan rasa beban si pendengar ayat itu. Sungguh, memang benar!



Firdaus berusaha melazimi amalan tersebut. Dari suku muka surat al Quran, menjadi separuh muka surat al Quran, kini dia cuba konsisten dengan satu muka surat al Quran setiap hari. Selain itu, targetnya untuk cuba berpuasa sunat 3 hari dalam bulan itu juga tercapai, alhamdulillah. Semangatnya semakin kental!


Box puasa dan box al Quran ditanda betul. Itu sahaja target Firas. Dia bersyukur kerana Firdaus kini semakin lebih dekat dengan Islam.


******************


Firas keluar dari biliknya menuju ke dapur apabila bau wangi menyelinap masuk ke bilik tidurnya.


" Bro, masak apa ni sedap sangat bau?" tanya Firas.


" Ayam bakar je bro, itu je lah specialty guwa. Eh silap, itu je lah specialty ana," jawab Firdaus.


" Aihhh camtu bunyinya dah boleh jadi naqib lah ni, nanti aku kat inform Thaqif," kata Firas pula.


" Haa memang elok pun, untunglah adik usrah dia, naqib terror masak kot," kata Danish yang turun dari tingkat atas beriringan dengan Nabil.


" Jangan bro, aku ni tak habis menuntut lagi," kata Firdaus pulak.


" Takpe lah camtu. Take it slowly tapi jangan lambat sangat pulak, haha," ujar Nabil pula. Firdaus hanya tersengih sahaja sambil itu dia mencari cari kalau ada kertas kosong di dapur.


" Alamak takde kertas pulak kat dapur ni, aku nak kena salin resipi dari mak aku ni cara nak buat kuah black pepper," kata Firdaus.


" Kau pergi je la ambik buku nota aku kat atas meja dalam bilik tu," ujar Firas yang sedang menjamu nasi goreng yang dimasak Danish pagi itu.


Firdaus segera melangkah ke bilik Firas. Dia segera mencapai buku nota dan sebatang pen Firas. Sambil menunggu panggilannya dijawab, dia membelek laman muka surat buku nota itu.


" If I manage to help Firdaus to change himself,
-Spread the love
- Jaga Solat
- Al Quran
- Puasa

I will get a big reward from Ar..."
Potongan kertas itu sudah dikoyakkan. Adakah itu bererti Arissa? Segera dia meluru ke dapur semula.


" Firas! Apa semua ni? Arissa yang upah kau untuk tolong aku? Kau selama ni tak ikhlas dengan aku ker?" kata Firdaus dengan nada tinggi. Begitu dia tidak menyangkan sahabat yang sudah dianggap keluarganya sendiri sanggup menerima upah untuk memulihkan diri dia.


" Wo wo wo, apa ni? Bila masa Arissa upah aku pulak?" Soal Firas.


" Ni apa dia ni?" kata Firdaus sambil menunjukkan sehelai kertas yang telah terkoyak bahagian bucunya. Firas tergamam seketika. Nabil dan Danish kaku, apa yang dah jadi ni? Bila pula Arissa join meeting dengan ketua naqib pulak.


" Okey okey, aku boleh explain pasal tu, kejap," kata Firas lalu masuk ke biliknya. Sebungkus hadiah dan tong sampah di bawa ke ruang tamu


" Dah apa lagi kau nak cari tu?" Ujar Firdaus melihatkan Firas menyelongkar tong sampahnya.


" Nah," Firas menghulurkan bahagian bucu kertas yang terkoyak.


Firdaus menyambungkannya.

" I will get a big reward from Allah, insyaAllah"


" Astargfirullahal adzim. Firas, aku minta maaf sebab buat havoc tengah hari buta. Aku minta maaf sebab curiga dengan keikhlasan kau," ujar Firdaus. Firas hanya tersenyum lebar lalu mereka berpelukan.


" Ni, bukan reward untuk aku, tapi Arissa pass hadiah buku kat aku, suruh bagi kat kau. Aha seronok lah tu. Itu reward kau!" kata Firas lagi sambil menghulurkan hadiah yang dipos rakan perempuan mereka. Firdaus tersengih sahaja. Tiba-tiba teringatkan ayam bakarnya.


" Ya Allah, ayam aku!"


" Rileks bro, kami dah selamatkan ayam bakar mayonis kau ni dari jadi ayam bakar hangit!" Ujar Nabil dan Danish serentak.


Itulah kisah Nabil, Firdaus, Firas, Danish dan rakan-rakan mereka yang lain. Untuk mengubah peribadi seseorang bukanlah mudah, melainkan Allah mengetuk pintu hati seseorang itu dengan hidayah dan taufik dari yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



No comments: