Monday, June 24, 2013

Watching TV Vs Reading Books

Assalamualaikum.

Pernah tak kita rasa, ya Allah, tak produktifnya hari aku ni? And then menyesal. And then esok tu still tak produktif dan tak make effort pun untuk menjadikan harinya produktif. Nak buat macamana dengan orang ni? Hantar kat pusat ternakan haiwan sebab sama je gaya hidup dengan ternakan, hidup hanya makan, tidur, makan, tidur? Eh jangan terasa dulu, kita mampu mengubahnya!


First of all, kita kena identify factors yang menyebabkan kita ni layu. Contoh macam entry aku yang lepas-lepas, aku suka tengok tv. Aku rasa tv kat rumah aku ni dari 7 pagi sampai 12 malam terpasang kot, hoho. Satu pembaziran, astargfirullahal adzim... So bila kita dah kenal pasti faktor tu, tindakan yang perlu diambil ialah? Pecahkan tv? Nooooo nooo, itu ganas sangat. Tv tu elok, tapi bila Tv dah sampai tahap yang membuatkan kita malas membaca, awasss.







Andai kata kita tak berdaya untuk berjihad di Syria, di Palestin, at least, di tempat kita sendiri ini, berjihadlah melawan nafsu kita sendiri. Itu benda yang paling kita berdaya dengan kapasiti yang kita ada dekat sini. So, untuk orang suka tengok tv, caranya:

1. Tentukan rancangan yang hendak ditonton, pastikan ia bermanfaat. Kat tv sekarang banyak kuliah kewangan, agama, kekeluargaan, pilih sahaja yang berfaedah.
2. Set time. Dan yakin diri, haha. Katakana cerita tu dari 9-10pagi, so tell yourself, okey 9-10pagi nak tengok cerita ni, lepas tu tutup tv and nak study benda ini selama sekian sekian minit.
3. Dont simply watch tv just because u are feeling bored because you will have tendency to watch rancangan yang tidak bagus and meleret leret. Setkan minda bahawa saya tengok tv mesti ada tujuan yakni untuk menimba ilmu. Saya tak mahu tengok cerita sia-sia. (Haaa ada gaya Prof Muhaya..?)


Jadi dengan ini, dapat melimitkan jumlah masa kita menonton tv. Okey bila dah dapat kenal pasti faktor yang membuatkan kita layu dan bagaimana mengatasinya, sekarang kita fokus kepada kelebihan yang kita ada.


Kelebihan yang aku ada: ipad ada internet, boleh download pdf akademik, ada adobe reader yang menyimpan ebook ilmiah. Contoh... Bagaimana nak memanipulasi kelebihan yang ada?

1. Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur. Orang lain ada yang berharap mereka dikurniakan masa yang lebih untuk membaca tapi mereka tak mampu atas sebab kesusahan keluarga atau kesibukan kerja.
2. Bersabar. Ingatkan diri akan ganjaran Allah s.w.t terhadap orang yang bersabar dalam menimba ilmu pengetahuan.
3. Jangan menyesal di kemudian hari. Macam tahun lepas, menyesal cuti 3 bulan macam tak produktif sangat. I dont want to feel regret again this year! So, kena kerja keras!
4. Ambil semangat kiasu semasa di Cork


So itulah serba sedikit nasihat untuk tuan tulis. I'm struggling with my interest to tv, haha. InsyaAllah, akan usaha untuk manfaatkan masa. Mohon doanya. Sebab doa orang kepada seorang sahabat tanpa diketahui sahabat itu makbul. Hehe. Jazakumullahu khayr..


Sekian, wassalam...

No comments: