Sunday, June 23, 2013

Merenung Ke Luar Jendela

Assalamualaikum.


Malam semalam kena sakit perut menggila. Haha. Exaggerated sangat ayat aku. Ye lah, dia sakit yang datang tiba tiba yang rasa macam nak pecah perut. Pastu dengan diarrhoea lagi. Memang all night tak nyenyak nak tido, sampailah after Subuh, cakap kat my parents nak kena gi klinik juga. Tapi tu lah, Klawang ni mana ada klinik 24 hours pun, so kena pergi bahagian Emergency kat Hospital Klawang tu la.


Huk alorh.. Kat situ pun bukannya ada doktor pun yang standby. So, yang ada medical assistant. Bukanlah nak memperkecilkan medical assistant, tapi wonder jugak ah mana doktor? Tu lah sibuk dengan Klinik 1Malaysia untuk bukak sana sini, benda yang sedia ada, taknak diimprovekan pula. Huhu.


Anyway, bila kita ditimpa sakit, kita masih ada sebab untuk bersyukur. Syukur nasib baik takde muntah-muntah. Syukur nasib baik tak kena masa travelling ke apa.


Then semalam, after dah terlantar lepas makan ubat, bangun, check facebook, baca berita pasal pemergian Sumaiyah Romli. Allahu Allah.. Terkejut sangat. Sebab masa PUISI last year, aku jadi faci untuk group arwah, so kira kenal agak rapat jugak lah walaupun itulah kali pertama dan kali terakhir jumpa arwah. Sedih sangat...






Sumaiyah dua dari kanan, wearing black tudung and coat.


Beruntung sangat arwah kerana dijemput Ilahi di saat imannya menggunung tinggi dalam pengembaraan di Jordan. Moga Allah tempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...


Next, pasal jerebu. Aku memang duk dalam rumah sokmo je laa cuma tengah hari tadi pergi kenduri kampung sebelah, ya Allah boleh tahan kuat jugak jerebu kat Jelebu ni. Ingat pedalaman macam kampung aku takde ler jerebu, rupanya sama je tebalnya. So, kena banyak minum air lah bohhh and kurangkan aktiviti luar. Risau jugak jerebu jerebu ni. Tambahan next week aku seminggu kat Slim River, harap tak berjerebu laa kat sana. Lemas kot duk dalam jerebu.


Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".


Surah Ad-Dukhann ayat 10-12


A good reminder for all of us.


Sekian, wassalam...

No comments: