Tuesday, July 23, 2013

Muslim Overseas Camp 2013

Assalamualaikum...







"Alhamdulillah, dapat turut serta dalam Muslim Overseas Camp (MOC) buat kali-3. Bukan peserta sahaja yang mendapat pelbagai input, malahan para ajk teknikal dan faci juga belajar banyak perkara sepanjang pengendalian program. Untuk batch 14 KYUEM, good luck for your A-Level results nanti, semoga diberi keputusan peperiksaan yang cemerlang yang membuatkan anda lebih dekat kepada Allah s.w.t, insyaAllah. Keep calm and live according to your faith! :)" - fb


Statement atas aku copy paste je laa dari status fb aku. I should say, pengalaman jadi faci tahun ni lebih seronok dari tahun lepas. Mungkin sebab last year macam masa tu first time jadi faci dalam sesuatu program. So, untuk MOC tahun ni, kiranya ini pengalaman kelima selepas program freshers camp, winter camp puisi dan projek rebung.


Antara points yang menarik yang nak share from tazkirah Subuh ustaz Hasrizal ialah mengenai adakah kita berani untuk berdoa sesuatu yang mengubah hidup kita, berdoa untuk yang mendapatkan yang terbaik. Susah nak explain macamana, tapi secara kasarnya ustaz bagi contoh, ada seorang perempuan berdoa, ya Allah jodohkanlah aku dengan suami seperti nabi.. Lepas tu perempuan tu fikir, alamak kalau kawen dengan orang baik macam nabi tak boleh lah nak lilit lilit tudung, nak fancy fancy, kiranya kena bersedia untuk bersederhana sebagai isteri, in case kalau perempuan tu jenis suka bergaya sakan.


And then point lain yang ustaz ceritakan kalau si isteri PMS, si suami kena banyak sabar. Well, memang la masa PMS rasa nak mengamuk je, tapi kena pandai pandai control emosi lah, bukan sahaja si suami kena faham situasi si isteri, tapi wahai wanita, jangan guna PMS sebagai alasan untuk ber-emo-emo bagai. Berzikirlah...


Daripada ceramah ustaz Ridha pulak, first time dengar ceramah dia, memang best cara penyampaiannya. Suka provok peserta, aku sebagai faci pun stress, hahaha. Point yang ustaz tekankan, jadilah Muslim yang ada value, bukan sekadar nama. Contohnya jadi jurutera Muslim, jadi jurutera yang mampu berkhutbah di hadapan orang. Kalau ustaz yang bagi khutbah, orang tak heran sangat, tapi kalau engineer yang bagi khutbah, orang akan wwwwoooowwww. Sebab dia bukan sahaja ada ilmu kejuruteraan tetapi juga pengetahuan agama yang luas.


Pengalaman sebagai faci pula, pertamanya belajar untuk membuatkan peserta berfikir. Ya kadang kita fikir faci kena cakap banyak semasa aktiviti berkumpulan, tapi sebenarnya tidak. Tanggungjawab utama bila jadi faci, ialah cuba untuk membuatkan peserta berfikir, trigger minda diorang untuk cari solusi. And then after that kita share laa pengalaman yang kita ada so that diorang dapat sedikit overview tentang sesuatu perkara.


Keduanya belajar untuk sabar. Dalam kes MOC, kena sabar bukan sebab peserta nakal, tapi ada satu LDK di mana peserta akan ke satu stesen ke stesen yang lain. Macam aku jaga stesen yang menerangkan bagaimana nak solat dalam flight, kapal feri atau di darat. Bayangkan ada lima kumpulan. So, kena repeat untuk bercakap benda yang sama lima kali. Haha. Letih tak letih. Tapi kena sabar and kuat untuk kekalkan momentum sharing yang sama. Kalau kita ikhlas mengajar, insyaAllah ilmu mudah sampai kepada yang mendengar.


Dan ketiganya, belajar untuk mendengar soalan dan menjawab sebaiknya. Sebab peserta memang akan ada banyak soalan nak jawab, jadi dengar elok elok, jawab elok elok. Kalau tak tahu, minta refer kepada orang lain yang kita tahu lebih arif. Jangan memandai jawab perkara yang kita tak pasti.


Keempat, doa emak kita memang makbul. My mom told me something before moc and ada something berlaku. Jadi jangan melawan cakap mak, dengar cakap mak, dan jangan perlekehkan doa mak. Selalu selalu la minta mak doakan untuk kebaikan kita.


Actually banyak lagi la perkara yang dipelajari, hatta dari peserta sendiri. Ada yang minta maaf, walhal dia takde buat silap apa apa. Ucap terima kasih walaupun bukan jadi faci dia. Berbudi bahasa. Sopan santun. Sayang kawan. Berani bercakap di hadapan. Pemurah. And macam macam.


So, itu sahaja perkongsian untuk MOC 2013. Kalau ada rezeki, boleh la ke MOC 2014, insyaAllah...


Sekian, wassalam..

2 comments:

syairah said...

salam..nk tnye..

moc 2013 buat ktne ye? :)

Norain Ishak said...

Alhamdulillah, moc diadakan ILSAS, Bandar Baru Bangi.. :)