Monday, July 15, 2013

Leader or Follower

Assalamualaikum people!


Alhamdulillah, hari ni masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah berpuasa. Aha. Skemanya ayat. Diharapkan kita semua masih lagi istiqamah dengan amalan amalan sunat yang dianjurkan masa bulan puasa ni. Buat qiyamulail, baca Quran dan sebagainya. Yang paling penting, kita berharaplah pada Allah, agar Allah terima amalan amalan kita ni, insyaAllah.


So, hari ni nak bercakap pasal "Leader or Follower?". Based on my own experiences, aku tend untuk classify kan orang. Bukan nak judges orang, tapi macam ada satu pemikiran seperti aku akan label, dia ni boleh jadi ketua ni, dia tu boleh jadi ketua ni. Mungkin classification yang aku buat ni berdasarkan bagaimana insan-insan ini membawa diri diorang. Atau senang cerita, perwatakan diorang lah. Ada yang dengan very good confidence level, ada yang biasa-biasa confidencenya, ada yang malu-malu kucing dan macam macam lagi perwatakan manusia di muka bumi ini.


Seorang leader ni, cara dia, of course mesti confidence tinggi tapi bukan over confidence. Seorang yang berfikiran kritis dan kreatif. Pandai berbicara, itu sudah pasti. Seorang yang terkehadapan dalam banyak perkara, kalau ada apa apa, dia akan volunteer dulu. Bila berhadapan dengan sesuatu masalah, dia akan jadi orang terawal untuk selesaikan masalah. Kiranya seorang leader seorang thinker jugaklah.


Cakap pasal diri sendiri ke? Definitely not! Haha. Betul kita ni khalifah di muka bumi, kita ni pemimpin, tapi when it comes to an organisation, aku rasa aku lebih baik dimanfaatkan sebagai seorang follower. Kenapa bukan leader? Haha I guess it just not so me. Mungkin sebab aku anak bongsu, plus zaman sekolah, aku budak biasa je and jarang lah ambik port bab bab jawatan dalam persatuan ke apa, so rasa lebih selesa jadi follower.


Contohnya macam projek Rebung. My friend, Ain Ariffin was the project director. And memang tabik spring lah kat dia handle banyak benda, nak kena fikir itu ini. And aku pulak cuma handle bahagian demo jaga gigi and tangan je, kira kecik je tugas tu. Personally aku rasa aku adalah follower sebab aku lebih suka terima arahan dari memberi arahan. Contoh macam untuk sambutan pelajar baru kat Cork, aku jadi pengarahnya, bila nak mengarah orang, I feel bad, haha. Tapi memang itu lah tugasnya. Kena gerakkan anak anak buah buat kerja.


Terfikir jugak, kalau semua nak jadi leader, siapa nak jadi follower? Kalau semua nak jadi follower, siapa nak jadi leader. Sebagai seorang follower, apa apa pun aku percaya, kita kena install jugak ciri ciri leader tu dalam diri kita. Paling koman pun, kita akan ada keluarga sendiri untuk dipimpin di kemudian hari. Nak jadi follower? Takde masalah. Tapi belajar untuk berani bercakap infront of the public. Be brave in making a decision. Belajar memberi idea. Belajar dan belajar. Be proactive. Belajar menjadi ahli pasukan yang bertanggungjawab. Jangan jadi follower yang mandom.


Dan kalau rasa kita follower, jadi lah follower yang baik. Aku ada lah a few kerja yang dimana diuruskan menerusi facebook. Kadang tu rasa macam diri ni jahat gila je takde bagi apa apa respon dalam group. So, di bulan ramadhan yang mulia ini, kalau korang ada sikap macam ni, jom ler kita ubah. Kasihanilah ketua ketua kita, yang mengharapkan komitmen kita dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Kalau ada pun benda tu bukan tanggungjawab kita, at least ambik tahu. Kita bekerja dalam satu team kan?





Teammates rebung yang sangat osem!



Anyway, tadi sempat lagi jawab kuiz, haha.

Are you a leader, follower, or a loner?
Follower

You arent a leader, but you are a great friend. Youd rather let someone else tell you what to do than make the choice yourself. You may be a leader eventually though...


Sekian sahaja, apa sahaja tanggungjawab yang kita pikul, sebagai leader mahupun follower, lakukan dengan amanah dan ikhlas kerana Allah.


Wassalam...

No comments: