Saturday, July 27, 2013

I Can Read Maps

Assalamualaikum.







Baru je selesai baca buku Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps edisi bahasa melayu. Yer, aku tahu buku ni dah lama, tapi aku je yang baru baca. Overall sangat menarik. Dan selepas membaca buku ni, baru aku faham beberapa perkara. Antaranya:

Kenapa ayah selalu carik barang, tapi tak jumpa.
Kenapa mak selalu confused kiri atau kanan bila ayah minta direction.
Kenapa perempuan suka membebel bila ada masalah.
Kenapa lelaki lebih suka mendiamkan diri bila ada problem.
Kenapa mak suka bersembang masa makan, dan ayah lebih suka senyap masa makan.
Kenapa perempuan suka berkias dan lelaki straight to the point bila bercakap.
Kenapa perempuan dan lelaki selalu tidak bersefahaman.


Kadang kita perempuan fikir lain dan lelaki pun fikir lain. Kita ingat dia fikir macam yang kita fikir, dan dia fikir kita fikir macam dia fikir. Eh kan dah pening. Well, this book motifnya adalah untuk kita lebih memahami insan berlawanan jantina kita dengan lebih baik. Key point terhadap perbezaan ini adalah disebabkan otak kita, hormon and biologi diri kita. So, kalau kita dapat acknowledge perbezaan ini, hubungan kita akan jadi lebih kurang ketegangan.







Siapa yang perlu baca buku ni? Yang belum kahwin dan yang sudah kahwin. Tapi mungkin ada beberapa topik dalam buku ni tak sesuai untuk mereka 18 tahun ke bawah. Anyway sangat digalakkan untuk yang bakal kahwin baca buku ni so that bila korang dah kawen, takde lah rasa macam "indah khabar dari rupa" je isteri/suami aku ni.


Belajar terima perbezaan untuk hubungan yang lebih harmoni dan bahagia. Gituhh dah macam kaunselor perkahwinan. And buku ni bukan sahaja untuk memahami jantina berlawanan sahaja, tapi untuk memahami diri kita sendiri juga. Yer baru faham kenapa perempuan mudah emo bila bercakap dan lelaki susah nak emo.


Erm buku camni laju je baca, baca buku sirah terkemut-kemut aku. Mungkin perlu memberi diri ini peluang baca bahan ringan untuk memupuk minat membaca. Dah lah susah nak membaca, sekali terus nak baca bahan berat, memang susah sikit le nak istiqamah nya. Ke terlalu memanjakan diri? Sobss. Perlu bermuhasabah.


Sekian, next book to read, heheh, nantikan insyaAllah.


Wassalam.

No comments: