Thursday, July 11, 2013

Kawan Ramai

Assalamualaikum..


Okey no more cerita rebung rebung yer, cuma dengarnya next rebung nak buat kat lenggong. Kalau jadi, bestnya sebab tu kampung ayah aku kot, boleh la jadi tour guide, haha. Semoga dipanjangkan usia untuk berbakti kepada masyarakat, insyaAllah.


Berbalik kepada tajuk entry, kawan ramai. Orang kata berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Eh. Based kata kata pujangga ni, kawan lah dengan banyak orang pun, takde masalah. Sebab kawan kawan jugak lah tempat kita nak minta tolong masa susah. Tapi ada jugak kawan yang stok masa senang je, ni yang tak berapa best tu.


Dalam banyak banyak kumpulan kawan tu, mesti ada jenis-jenis yang tertentu ataupun different circle of friends. And kita berada dalam setiap circle of friends itu. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku je lar ni, bila kita berada dalam satu kumpulan contoh kumpulan A, kita akan sangat jaga tingkah laku, sangat "behave" sebab kawan kawan dalam kumpulan A memang semua jenis "behave". So kalau kita tak behave, maka pelik lah kita rasa.


Bila masuk kumpulan B, orang orangnya lain pulak. Cara kita membawa diri kita sedikit lain. Cara kita bergaul pun mungkin sedikit terbuka. Bila masuk kumpulan C, mungkin kita jadi sedikit gila-gila. Bila masuk kumpulan D, kita jadi sedikit pendiam. Dan begitulah. Ianya seakan macam kita ada karekter atau pembawaan diri yang berbeza bila berada dalam kumpulan berbeza.


Bukannya hipokrit, tapi macam automatik pulak jadi macam tu. Selagi tak melanggar syariat Allah, di mana sahaja kumpulan kita berada, tetap tekunlah menjaga sahsiah seorang Muslim sejati. Always check ourselves before we check on others, okay betul ke cara aku bergaul macam ni, betul ke cara aku berinteraksi macam ni, ada gedik ke, ada over ke. People do make mistakes, so ask forgiveness from Allah s.w.t.


Semua orang mengaku, kalau kita tengah duduk dalam kumpulan usrah, rasa iman tinggi je, tapi bila keluar dari kumpulan usrah, masuk group lain rasa macam iman biasa, takpun merudum. So, adakah bermakna kita kena stop mix dengan kumpulan yang bukan usrah kita ni?


Kalau kita sedar kita berada dalam kumpulan yang membuatkan iman kita biasa-biasa, kita sendiri kena ubah situasi tu. Bila kita bercakap, biar butir bicara kita mengingatkan kawan kawan kita kepada Allah, kepada Islam. Bukannya nak kena bagi kuliah setengah jam ke apa, tapi kita sendiri kena usaha bila bercakap,biar sepatah dua jadi peringatan pada kawan kita dan diri kita. Jangan sampai hanyut dengan sembang lagha.








Sekian sahaja entry hari ni, semoga terus istiqamah memperbaiki diri dalam bulan Ramadhan ini..


Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

di mana bumi dipijak di situ langit di junjung..

luas sangat kot..kecikkan skop skit..

masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang rimau mengaum...

er - rasa 2 2 salah kalau bab isu 'memilih kawan'...

kueh

Norain Ishak said...

Kueh, paling penting jati diri kot. Pergi mana mana je, still maintain akhlak.