Tuesday, July 30, 2013

Bersyukurlah Malaysia Masih Aman

Assalamualaikum.


Lebih kurang tiga minggu je jadi "princess", 24 Ogos balik Cork balik. 26 Ogos terus start class. Dah boleh bayangkan dah kelam kabutnya itu. Tapi tunggu, keep calm and live according to your faith no matter where you are! Haha. So, talking about being a princess at home, takde lah princess sangat. Just bila in term of mak tanya nak makan apa, nak beli apa kat bazar, wahaha, terasa la princessnya. Takyah masak cuma kena basuh pinggan seperti biasa.









Malam tadi tengok berita, semua kisah orang kena tembak, kisah pistol merata rata. Pelik jugak ah, apa pistol ni boleh beli kat pasar malam ke apa. Teringat masa tunggu ayah aku sampai masa aku duduk kat bus stop depan ktm seremban, takut kot weyh. Kot kot lah ada orang gila mana yang nak buat tembakan rambang kat orang awam ke. Tempat awam ni, walaupun ramai orang, still kita rasa insecure.


Masa kat ireland, nak jalan kaki sorang pun takde hal. Memang lah malang itu tak berbau, tapi takde lah rasa macam takut ke apa. Hehs. Kat Ireland je la. Sebab masa pergi London Januari lepas sorang sorang tu takut jugak, maklum la kat London kota besar, banyaklah jenis jenis orangnya. Sekarang ni pun Malaysia dah sama macam kat US, yang macam kes tembak tembak ni. Allah...


Kes di Syria, Palestin, Mesir. Kita boleh nampak pembunuhan yang terang terangan. Tapi kat Malaysia pun ada. And ada juga "pembunuhan" yang kita tak nampak. "Pembunuhan" minda dan daya fikir sama ada kita sedar atau tidak. Terima sajelah apa yang orang buat kat kita. Selagi orang tak tembak tepat di kepala kita, selagi itu kita terima. Kesan "pembunuhan" ni, timbullah golongan yang sering berkata, "bersyukurlah, malaysia masih aman,". Yer lah, aman. Harga ayam naik, disuruh jangan makan ayam. Nampaknya, cukai naik, kita tak perlu la bayar cukai? Nice pak menteri ever! Padahal kita complain, agar pihak berwajib boleh gunakan kuasa mereka untuk membantu rakyat menambah baik kualiti kehidupan.


Mendefinisikan aman kepada skop yang sempit seperti tiada peperangan atau pembunuhan berskala besar seperti di Syria menunjukkan sempitnya otak insan tersebut. Sedangkan definisi aman ini lebih besar kalau kita cuba berfikir secara lebih luas.


Dalam konsep negara, aman itu bererti kesejahteraan penduduknya dari aspek ekonomi dan juga sosial. Dari aspek ekonomi, rakyat tidak ditekan dengan harga barang yang tinggi yang gagal dibendung pihak berwajib. Dari aspek sosial, kurangnya kes seperti pembuangan bayi, zina, maksiat berleluasa. One more, dari aspek akhlak, aman sesebuah negara juga bererti tiada golongan yang mengamalkan rasuah, ataupun golongan yang mengkorupkan negara. Dan dari aspek yang obvious, kalau negara itu aman, rakyat nya tak takut pun nak keluar rumah kerana rakyatnya percaya kadar jenayah amat amat amatlah rendah!


Malaysia? Pinjam ayat Nabil, lu fikirlah sendiri. Sounds harsh, but sometime we have to learn it in a hard way pun.


Sekian, di penghujung ramadhan, teruskan momentum perjuangan anda mencapai taqwa, moga Allah redha.


Wassalam.

2 comments:

An Najwa said...

Bersyukurlah Malaysia masih aman.. *sakarstik*

Aman la sangat, aman luaran bukan dalaman.. ^_^

Norain Ishak said...

An Najwa, betul! Tapi orang nampak yang luaran, yg dalam kebanyakan manusia tidak sedar! Nilai syukur itu penting tapi tak kena pada gaya.