Friday, May 17, 2013

NSRTAE Bone-Renal-Repro

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, tinggal lagi satu paper which is paper Clinical Science & Practise. Tak study lagi ni tapi nak update blog dulu. Hehs.



"In the age old tradition, run for more than 60 years in RCSI, results were read out to students from the top of the stairs in 123 St. Stephen’s Green."


Semalam ke kelmarin entah, pelajar final year Royal College Surgeon of Ireland a.k.a RCSI dah dapat result diorang. Perh, epik gila kot sebab diorang announce student id. Seronoknya haihhh dah habis final year and grad dengan jayanya. Yang UCC punya, takde pun macam tu. Huhu. Three years time to go, insyaAllah. And bila tengok gambar-gambar kat bayang ni, ya Allah, sangat inspiring tahu tak! Yes, diorang ni dah menghadapi pelbagai cabaran untuk grad, so, kita(budak medik especially) let's strive for the success together.



Rachael Horan, from Adare, County Limerick received the highest grades of the class in her final year medicine results today from RCSI. pictured with her classmates. 



Highest grades kot! Perh mantop nya beliau.




Ini kak Izyan tudung putih and kak Syarafina (kyuemians) yang tudung kelabu. This picture, pun sangat inspiring kot. All of them have work very hard to come to this stage. Ya Allah permudahkan lah jalan ku dan jalan sahabat-sahabatku dalam menjadi doktor suatu hari nanti.


Maybe jauh panggang dari api lah kalau nak compare dapat result A-level dengan result final med kot. Tapi perasaannya lebih kurang sama. Gembira tak terhingga. Rasa segala pengorbanan dan penat lelah berbaloi. Hoho.


Next nak cerita pasal tadi pergi tesco. Biasa je nampak, but this time, nampak moment this one mother dengan daughter dia tengah beli groceries. Aiyooo, tetiba teringat kalau pergi beli barang dengan mak. Pow aiskrim, pow air yogurt, pow burger, pow nuggets. Pastu kena jadi tukang tolak troli, hehs. Sabor, lagi 2 minggu je nak balik Malaysia, insyaAllah.


So, untuk kepulangan kali ini, instead of kita listkan makanan yang kita nak mak kita masak seperti tahun lepas, rasanya kita kena buat anjakan paradigma. This time, kita pulak list kan makanan yang kita nak masak untuk family kita, cewwah.



Mak dan ayah yang dirindui nun jauh di Kg Ulu Jelebu di sana.




This picture was taken on 16th September 2012. Aku rasa inilah kali terakhir aku jumpa arwah atuk sebelum menjemput panggilan Ilahi akhir bulan Mac yang lalu sebab aku balik Ireland pada 18 September tu. :'(


Tetiba nak emo. Sedih sangat kehilangan atuk ni. Sebab dah takde generasi atas daripada ayah and mak aku. Means that I have no more atuks or neneks. And kalau sejak ayah pencen and duk Jelebu, every raya kitorang akan pergi rumah atuk dulu kat Kg Sarin. Dekat je about 5 minit by car. Tahun ni? Raya di rumah sendiri je pula. Al-Fatihah untuk Allahyarham Haji Yaacob bin Yusuf. 


And lastly, aku dedicate lagu ni kat hangpa. Sekali dengar memang sedap, but lirik dia deep jugak.





"Dunia hitam, keliling malam, kesejukan, menunggu panggilan.."


Sekian, wassalam.

No comments: